Custom Search

Jumaat, Februari 11, 2011

Tasek Gelugor sudah muak dengan Tan Sri Nor. Hanya Dato' Shariff mampu kembalikan kekuatan UMNO Tasek Gelugor...

Bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yakcop hari ini didakwa dengan pengubahan wang haram, setahun selepas beliau didapati memiliki RM2 juta di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang.



Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Hasbie, 38 diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Tan Sri Nor Mohamed Yaacop merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor. Parlimen Tasek Gelugor boleh dikatakan merupakan salah satu kubu kuat UMNO dan biasanya sesiapa pun yang menjadi calon di Tasek Gelugor mewakili BN tidak akan menghadapi kesukaran untuk memenanginya. Di Tasek Gelugor, Tan Sri Nor adalah merupakan calon 'payung terjun' yang dipilih di saat akhir menggantikan penyandangnya, Dato' Seri Mohamad Shariff Bin Omar. Beliau merupakan orang luar dan pemilihan beliau dibuat oleh Pengerusi BN ketika itu yakni Tun Abdullah Badawi.

Pada ketika itu, Tun Abdullah mahu melantik Tan Sri Nor dalam kabinetnya tanpa melalui tiket senator. Jadi Parlimen Tasek Gelugor dijadikan mangsa manakala Dato' Shariff dijadikan korban. Perlantikan Tan Sri Nor telah mengguris banyak pihak termasuk penduduk Tasek Gelugor dan Dato' Shariff sendiri. Dato' Shariff hilang semua jawatan apabila Tan Sri Nor dipergunakan sepenuhnya untuk menjatuhkan Dato' Shariff.

Bagi SMB Tan Sri Nor bukanlah seorang ahli politik yang hebat dan layak memimpin. Mungkin beliau memiliki kelebihan dan kepakaran dalam bidang ekonomi terutama dalam membuat perancangan atau pelan tindakan ekonomi namun tidak dalam bidang politik.

Jika bersalah, beliau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, timbalan pendakwa raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anslen Charles Fernandis, memohon agar mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM100,000 kerana kesalahan yang dilakukan sangat serius dan jumlah yang diperoleh adalah tinggi.

Tidak bekerja

Bagaimanapun, Hasbie yang tidak diwakili peguam, memohon agar mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana beliau tidak bekerja dan terpaksa menanggung keluarga.

Semenjak Tan Sri Nor dipilih sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan ketika itu dilantik memegang portfolio Kementerian Kewangan oleh Tun Abdullah maka ramailah individu yang mengelar diri mereka sebagai penyokong dan pengikut setia Tan Sri Nor. Mereka-mereka ini pernah cuba untuk mempergunakan Dato' Shariff demi kepentinagn politik mereka tetapi gagal apabila Dato Shariff dengan pengalaman yang ada telah dapat mengesan niat serong golongan ini. Jadi, apabila Tan Sri Nor diumumkan sebagai calon Parlimen tasek Gelugor maka mereka inilah yang mula-mula bersorak riang. Mereka mula merangka strategi untuk mengusir Dato' Shariff dari politik dan Ustaz Shabuddin digunakan untuk mencabar Ketua Bahagian Tasek Gelugor.

Golongan ini ada antaranya telah berjaya memperoleh pelbagai projek bernilai jutaan ringgit sewaktu Tan Sri Nor menjadi Menteri Kewangan. Tetapi Allah itu Maha Kaya. Apabila Dato' Seri Najib dipilih menerajui kepimpinan negara menggantikan Tun Abdullah, beliau telah melakukan banyak rombakan kabinet. Antaranya termasuklah melibatkan Tan Sri Nor. Tan Sri Nor ditukarkan portfolio dari Menteri Kewangan ke Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri. Beliau kembali ke jawatan asal sebagai salah seorang perancang ekonomi negara. Tugas beliau hanyalah merancang dan tidak melibatkan peruntukan projek . Maka ramailah yang kecewa dengan rombakan yang berlaku.

Beliau meminta mahkamah mempertimbangkan jasanya selama berkhidmat dengan kerajaan yang telah bekerja di bawah kepimpinan tiga orang Perdana Menteri.


"Saya telah setahun tidak bekerja dan saya berhenti kerja tanpa mendapat pencen," katanya

Empat hari selepas ditahan oleh SPRM berhubung penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta di pangsapurinya itu, pejabat Nor Mohamed mengeluarkan kenyataan yang Hasbie telah meletakkan jawatan.

nor mohamed yakcopHasbie, seorang rakyat Sarawak dilantik sebagai setiausaha politik pada tahun 2008 ketika Nor Mohamed adalah menteri kewangan kedua.

Nor Mohamed (kanan), yang berasal dari Pulau Pinang adalah juga ahli parlimen Tasek Gelugor. Beliau dilantik sebagai menteri kewangan kedua dari 2004 hingga 2009.

Sebagai menteri di jabatan perdana menteri, Nor Mohamed kini bertanggungjawab terhadap Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang berkuasa menentukan projek-projek kerajaan. - MalaysiaKini

4 ulasan:

  1. Tasek Gelugor, Sg Dua dah banyak berubah dan maju. Tak semacam Datuk shariff pegang jawatan, masih "ala" kampung. Malah Saya boleh tabik Tasek Gelugor dah semakin cantik, meriah, bangunan baru, kawasan perumahan, pasaraya pun dah ada bertambah, kaum Melayu pun bertambah ramai. Tasek Gelugor perlu pemimpin muda, berwawasan, tak mudah patah semangat, serta bijak menguruskan hal rakyat.

    Apa pun yang pasti, pembangunan serta rakyat diberi keutamaan. Kenapa masih nak berpuak-puak dan inilah kelemahan orang kita, kerana segelintir org kita mengambil sikap tak apa tak kisah, tak suka, berdendam, mudah termakan cakap org, maka tergadailah Pulau Pinang. Sedar tak sedar PRU 13 bakal mendatang, terfikirkah kita bahawa betapa perit, susah dan sakit kepala bagaimana nak merampas semula Pulau Pinang akibat segelintir masyarakat kita yg tak bersatu hati? Apa yg berlaku pada org melayu Pulau Pinang skrg ditindas, dihalau, kedai diroboh, ada pemimpin Pakatan Melayu tak boleh nak bersuara membantu bangsa sendiri pastinya memudaratkan lagi luka bukan menyembuh. Saya sendiri pun pedih telinga kalau ada orang cakap "Padan Muka Org Pulau Pinang sokong lagi pembangkang, dah elok-elok aman damai boleh cari makan nak tukar kerajaan pembangkang". Ehmm nak bertekak pun tak boleh nak buat apa sbb nasi dah jadi bubur, nak dpt balik mmg susah kalau cina bersatu atas nama bangsa mereka, kerana mereka kini mula "naik tocang" sbb DAP mmg bijak mengumpan kaum mereka dgn isu isu sensitive. Mcm kaum kita juga kalau boleh termakan umpan knp mereka tak boleh?

    BalasPadam
  2. Tan Sri Nor seorang calon yang baik dan seorang yang pandai dalam urusan ekonomi dan pembangunan negara termasuk merancang untuk membawa orang melayu ke tahap yang lebih tinggi.Walaupun beberapa komen diatas ada kebenarannya kerana beliau tidak mempunyai penasihat politik yang cerdik.Orang keliling beliau hanya merancang untuk membunuh karier beliau.Beliau perlu banyak turun padang sendiri dan jangan serah kepada pegawai2 jabatan menyelesaikan saja.Pemuda Tasek Gelugor umpamanya membuat banyak program yang memberi manfaat kepada rakyat tasek gelugor.Tan Sri perlu turun hari bekerja bukan hanya masuk kampung pada hari cuti sabtu dan ahad.Pergilah melawat sekolah pada hari bekerja,jabatan2 di Tasek geugor,masjid/surau.Kami orang tasek gelugor bukan mau pemimpin yang salur peruntukan saja untuk baiki masjid/surau tetapi turut serta bermesra dengan kami.Pengundi dan penyokong Dato Sharif dan Tan Sri Nor

    BalasPadam
  3. Tan Sri Nor, Jangan sekali-kali tersalah pilih, orang bawahan terdekat Tan Sri Nor ada skandal... skandal wang & skandal dengan isteri orang , pemimpin tak bermoral & tak bermaruah...(dah ramai orang tahu dan nampak) memalukan Ahli UMNO dan Pusat Khidmat saja..... tolong siasat habis habisan... ambil tindakan demi maruah Tan Sri.

    BalasPadam
  4. Terpanggil untuk Menyuarakan pendapat terutamanya bilamana PRU 13 dah diambang.
    Tasek Gelugor sebenarnya tiada pemimpin berpotensi atau cendikiawan yang boleh menjadi Ahli Parlimen.. Sebab itu dari mula kerusi Parlimen ini diujudkan tiada lagi seorang pun Ahli Parlimen di pilih dari anak tempatan..
    Anak tempatan Tasek Gelugor kena terima Siapa saja yang Pucuk Pimpinan pilih untuk Bertanding di kawasan ini maklumlah anak tempatan tak layak ???
    Benarkah begini??? Apa komen anda???

    BalasPadam