Advertisement - Contact Us

Rejim Hosni tumbang di Mesir... Selepas ini, Rejim Al-Juburi pula bakal ditelanjangi...

Akhirnya... Suara rakyat membuktikan kemampuan untuk menundukkan sebuah kerajaan diktator. Walaupun semalam Hosni mengumumkan untuk tidak meletak jawatan namun hari ini beliau terpaksa tunduk dengan tuntutan rakyat yang mahu dirinya berundur. Ditambah dengan desakan dari negara luar termasuk dari negara-negara kuasa besar seperti Amerika membuatkan Hosni tidak ada pilihan lain.

Dengan pengunduran Hosni maka pentadbiran Mesir diambil alih oleh kuasa tentera sementara menanti Pilihanraya Presiden baru atau perlantikan pemangku Presiden. Demonstrasi dan protes yang terbesar pernah berlaku di Mesir membuktikan bahawa rakyat sudah tidak tahan lagi malah rakyat sanggup melihat kehancuran negara dengan rusuhan tanpa kawalan dari terus berendam air mata hidup dalam kepimpinan Hosni yang dilabel sebagai diktator.

Wujud ura-ura kononnya Anwar ingin membawa semangat rakyat Mesir ke Malaysia. Kononnya Anwar mahu rakyat Malaysia bangkit dan menjatuhkan kerajaan BN bagi memberi laluan kepada dirinya sebagai Perdana Menteri. Inilah bangangnya Si Anwar. Kerajaan Mesir adalah jauh bezanya dengan kerajaan Malaysia. Rakyat Malaysia sedar tidak ada sebabnya untuk bangkit seperti di Mesir. Kemakmuran dan keharmonian yang dikecapi di Malaysia tidak memerlukan rakyat untuk bangun menentang dan sekaligus menggadaikan segala apa yang telah rakyat Malaysia miliki. Kalaupun Anwar masih berhajat untuk bertindak seperti yang berlaku di Mesir, SMB percaya Anwar akan gagal mendapatkan sokongan dari rakyat malah tidak mustahil mungkin hanya Anwar dan Azmin sahaja yang akan terpekik terlolong di depan PutraJaya...

Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman.

Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

NONEBerita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.

Presiden dan keluarnya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh.

Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh akhirnya terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.

Mubarak, 82, meletakkan jawatan hari ini selepas 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu.

Mubarak terhindar daripada banyak serangan sebelum ini tetapi suara rakyat akhirnya membuktikan sesuatu.

NONEEnam kali pembunuh upahan cuba menamatkan riwayatnya. Perang sampai ke pintu rumah.

Jiran mengebom negaranya. Kerajaan pimpinannya hampir muflis. Aktivis berulang kali menyumpahnya di jalan raya. Tetapi Mubarak selama itu terus juga berkuasa.

Kebanyakan rakyat Mesir masih belum dilahirkan apabila pendahulunyanya Anwar Sadat dibunuh pada 1981.

Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan.

Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden lapan hari kemudian, pada 14 Oktober 1981. - MalaysiaKini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama