Advertisement - Contact Us

Rakyat Pulau Pinang dijadikan hamba pencacai di bawah pentadbiran ber'hemah' Lim Guan Eng...

GEORGETOWN, 9 Feb: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan Bekas Ketua Menteri, Tan Sr. Dr.Koh Tsu Koon, kononnya kejayaan yang dicapai oleh kerajaan Pulau Pinang sekarang adalah hasil usaha yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Lim berkata, kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh rakyat negeri ini kepada kerajaan negeri adalah faktor utama kepada kejayaan yang berjaya dicapai.

Memang tidak dinafikan, kejayaan sesebuah kerajaan mentadbir turut disumbangkan oleh kerjasama dan sokongan dari rakyat. Rakyat memainkan peranan yang sangat penting untuk menentukan jatuh bangunnya sebuah kerajaan. Seperti yang berlaku di Tunisia, kuasa rakyatlah yang telah menjatuhkan rejim kerajaan yang dianggap mereka kejam dan tidak demokrasi.

Namun begitu, kerajaan yang baik dan cemerlang juga diperlukan bagi memastikan pentadbiran dan pembangunan berjalan lancar dan teratur. Kerajaan perlu bijak merancang, menentukan dan membuat keputusan dalam urusan pentadbiran supaya tindakan yang diambil memberi kesan positif kepada semua pihak. Rakyat pastinya akan memberi sepenuh kepercayaan kepada kerajaan yang mampu membentuk pembangunan yang baik dan dalam masa yang sama tidak meminggirkan soal kebajikan rakyat.

"Dr. Koh berkata pengurusan kewangan terbaik mereka pada tahun 2007 apabila berjaya memperolehi lebihan bajet sebanyak RM43 juta. Namun begitu pada hakikatnya setelah kerajaan negeri ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR), lebihan bajet kita adalah sekali ganda.

"Sebagai bukti pada tahun 2008, kerajaan negeri berjaya mencapai lebihan bajet sebanyak RM88 juta. Manakala pada tahun 2009 pula lebihannya adalah lebih dari RM77 juta. Ini adalah hasil dari amalan perbelanjaan berhemah yang dilaksanakan, " kata Limi.

Lim yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih berkata, keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri adalah antara penyumbang kepada kejayaan ini jika dibandingkan dengan kerajaan sebelum ini yang banyak mengamalkan ketidaktelusan dalam pentadbiran mereka.

Kejayaan kerajaan negeri Pulau Pinang kini sebenarnya sedikit sebanyak disumbangkan oleh pentadbiran kerajaan terdahulu. Kerajaan DAP hanya meneruskan momentum dari apa yang telah direncanakan dari kepimpinan terdahulu. Kerajaan DAP perlu sedar bahawa mereka bernasib baik kerana hanya perlu menyambung pentadbiran dari kerajaan BN yang sememangnya telah banyak menyusun pembangunan dan ekonomi untuk tempoh masa akan datang.

Lebihan yang dicatatkan oleh kerajaan BN mungkin kurang berbanding DAP disebabkan sewaktu pentadbiran BN, banyak pembangunan yang dipacu untuk kebaikan Pulau Pinang. Kerajaan negeri ketika itu sanggup berbelanja lebih asalkan ia tidak merugikan dan menyusahkan rakyat. Lain halnya dengan kerajaan DAP. Guan Eng dan penyamun bawahannya sanggup menghalau rakyat Pulau Pinang, mencuri dan merampas prasarana milik rakyat yang dibina oleh kerajaan terdahulu, merampas dan mengambil alih tanah dan banyak lagi tindakan singkat yang menguntungkan kerajaan tetapi menyusahkan rakyat.

Tanah yang dirampas di Pulau Pinang kemudiannya diatur agar pembangunan mewah dijalankan atas tanah tersebut. Kediaman dan premis jutaan ringgit dibina dan dimiliki hanya oleh golongan kaya terutama dari luar. Jadi tidak hairanlah bila Guan Eng akui yang kerajaannya berjaya membawa masuk pelaburan walhal hakikatnya ia adalah atas kepayahan penduduk tempatan.

"Kita harus berterima kasih kepada rakyat negeri ini yang telah memberi kepercayaan sepenuhnya terhadap kepimpinan kerajaan negeri sehinggakan mereka sanggup untuk memberi komitmen dengan bekerjasama dengan kerajaan negeri sedia ada, " ujar beliau. - Harakah Daily

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama