Advertisement - Contact Us

Puak PR menggigil kepala lutut melihat populariti PM dan kerajaan BN semakin meningkat...

Memang sewajarnya lah untuk seluruh rakyat Malaysia terutama para pelajar dan rakyat Malaysia yang telah dibawa pulang dari Jeddah untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri dan melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana telah diselamatkan dari terus terperangkap dalam pergolakan di Mesir. Kerajaan Malaysia bersungguh-sungguh mencari jalan terbaik bagaimana untuk menyelamatkan rakyat Malaysia di sana dan hasilnya seramai 770 rakyat Malaysia di bawa pulang manakala selebihnya dalam proses untuk turut dibawa pulang.

SEPANG, 7 Feb – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid, merupakan misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir, berikutan keadaan yang tidak menentu di negara berkenaan.

“Kerajaan mengambil keputusan dalam apa jua keadaan, kita akan melancarkan misi menyelamatkan pelajar-pelajar dan warga Malaysia.

“…dan misi ini sebagai misi untuk kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali… tidak kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka mesti diselamatkan dengan kadar yang segera,” katanya.

Kejayaan kerajaan Malaysia berusaha keras untuk membawa pulang rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik memberi kelebihan kepada kerajaan BN dan sekaligus menaikkan semula populariti kerajaan. Pakatan Rakyat pastinya meleleh air liur melihat PM dan kerajaan BN menerima pujian yang melambung tinggi dari seluruh rakyat Malaysia. Usaha kerajaan ini jelas mengaplikasikan moto yang menjadi teras kerajaan BN yakni 'Rakyat Didahulukan'. 

Beliau berkata demikian ketika menyambut kepulangan kumpulan pertama 778 pelajar dan rakyat Malaysia, yang dibawa keluar dari Mesir menerusi Ops Piramid melalui Jeddah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Rakyat Malaysia itu termasuk penuntut di Mesir, menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia dari Jeddah, tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10 pagi.

Ketibaan kumpulan itu turut disambut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seramai 459 orang adalah penumpang MAS manakala 319 lagi penumpang AirAsia.

Ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan juga perlu diucapkan kepada badan-badan kerajaan yang terlibat, badan korporat seperti Tabung Haji, Mas, Air Asia dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Tidak dilupakan kepada anggota tentera yang bertungkus lumus memastikan operasi ini berjalan lancar.

Ops Piramid merupakan usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir, yang sedang dilanda pergolakan, ke Jeddah di Arab Saudi sebelum dibawa pulang ke tanah air.

Turut menyambut kepulangan mereka ke tanah air ialah anggota keluarga masing-masing.

Najib berkata oleh kerana misi tersebut bukan sesuatu yang mudah, kerajaan telah membuat perancangan yang teliti, termasuk membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir untuk ditempatkan sementara di Jeddah sebelum dibawa pulang ke tanah air.

Apa yang menyedihkan adalah apabila melihat tindakan Pakatan Rakyat yang terus-terusan mencari jalan untuk mempolitikkan isu ini. Sedang pihak kerajaan bersusah payah membantu anak-anak mereka, puak PR ini masih tidak tahu bersyukur malah tergamak memfitnah dan melakukan pelbagai pembohongan. PR mendakwa kononnya para pelajar perlu mengeluarkan sejumlah wang bagi membayar proses pemindahan ini walhal sebenarnya satu sen pun tidak perlu dibayar kerana semuanya ditanggung kerajaan termasuk makan dan minum.

Beliau berkata pelbagai pihak terlibat dalam misi tersebut kerana matlamatnya hanya untuk memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Perdana Menteri berkata kerajaan bimbang tentang keselamatan warga Malaysia di Mesir kerana di negara berkenaan kini, tiada lagi pentadbiran awam dan yang berasaskan undang-undang. - UMNO Online

SMB berasa tersentuh apabila melihat seorang ibu yang menasihati anaknya dimana anaknya antara yang dibawa pulang dari Mesir. Nasihat ibu tersebut adalah supaya anaknya bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang aman damai. Pastinya menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan keamanan dan kemakmuran negara. Anasir-anasir jahat terutama yang datang dari puak PR yang tak bertamadun dan tak tahu bersyukur wajib ditentang habis-habisan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama