Advertisement - Contact Us

PR mula mati akal tatkala PM sedang menyusun strategi baru bersama semua Ketua Bahagian UMNO...

KUALA LUMPUR, 8 Feb. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar sikap pakatan pembangkang yang sanggup memburuk-burukkan negara dengan meminta rakyat melakukan tindakan sia-sia bagi menjatuhkan kerajaan.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO adalah sebuah kerajaan yang mantap dan sentisa melakukan yang terbaik demi kepentingan dan kebajikan rakyat.

“Pembangkang kononnya cuba ikut apa yang dilakukan oleh rakyat di negara-negara seperti Mesir, Yaman dan Tunisia sedangkan keadaannya adalah berbeza iaitu rakyat di sini tidak ada yang tertindas atau ditindas sebaliknya sentiasa prihatin terhadap rakyat,” katanya kepada UMNO-Online.

Pakatan Rakyat sebenarnya sanggup melakukan apa sahaja asalkan populariti parti mereka berada di tahap tertinggi. Mereka gemar memainkan isu remeh dan langsung tak rasional bagi memastikan nama Pakatan Rakyat bermain di bibir rakyat. Bagi memenuhi aegnda jahat mereka maka rakyat yang tak berdosa sering dipertaruhkan. Merekalah yang membawa masuk budaya demostrasi jalanan kononnya atas nama reformasi dan keadilan. Akibatnya terpaksa ditelan oleh negara dan rakyat.

Dalam hal ini, beliau menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar menolak mana-mana pihak yang mahu menghuru-harakan negara ini.

“Saya berkeyakinan bahawa rakyat di negara kita ini matang dan sedar apatah lagi untuk melaksanakan perkara-perkara yang akan memburukkan keadaan, memusnahkan kemanan yang kita kecapi dan merosakkan kesejahteraan yang telah dibina,” ujarnya.

Tegasnya, pakatan pembangkang sekarang ini sudah tidak tahu apa lagi yang hendak dilakukan ekoran pelbagai kegagalan dalam perancangan mereka selain pertelingkahan dan retaknya persefahaman dalam pakatan itu sendiri.

Rakyat Malaysia kini sebenarnya sudah jauh lebih bijak. Apa yang berlaku pada tahun 1999 tatkala bekas TPM, Sang Anwar dipecat tidak akan berulang lagi. Rakyat sedar tidak ada gunanya melakukan perkara tak berfaedah seperti berdemostrasi hanya disebabkan oleh manusia jahat seperti Anwar. Tidak sepatutnya keamanan dan keharmonian negara diperdagangkan hanya disebabkan Anwar apatah lagi kerajaan yang memimpin sekarang yakni BN telah berjaya membawa aspirasi sebenar, seperti mana yang diingini oleh rakyat Malaysia. 

Hanya mereka yang tidak tahu bersyukur tak langsung tidak menghargai keharmonian yang selama ini mereka kecapi sahaja yang mahu melihat negara bergolak. Antara negara yang mengalami kekacauan sekarang seperti Mesir dan Tunisia berbanding negara Malaysia sebenarnya amat jauh bezanya. Tidak pernah berlaku penindasan di Malaysia kerana selama ini kerajaan berusaha keras bagi memastikan seluruh rakyat menikmati apa yang sepatutnya. Malah kerajaan berusaha keras bagi membela nasib rakyat yang benar-benar memerlukan. Negera Malaysia juga mengamalkan konsep demokrasi sebenar dan konsep yang dipilih rakyat ini jugalah yang mengangkat BN sebagai sebuah kerajaan. Jadi tidak ada sebab yang konkrit yang memerlukan rakyat Malaysia bangkit seperti yang berlaku di Mesir.


“Pakatan pembangkang telah sekian lama retak, berpecah dan hampir pupus kerana orang sudah tidak percaya pada perjuangan mereka. Jadi mereka tentunya akan buat pelbagai onar untuk pastikan kehidupan mereka sebagai pembangkang akan dapat terus bernyawa.

“Mereka akan buat macam-macam keburukan seperti apa yang mereka disuarakan pada rakyat kononnya pemerintahan BN adalah pentadbiran yang rakus dan tidak pedulikan rakyat. Ini adalah satu pembohongan yang sangat besar,” tegasnya.

Dalam hal ini, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN turut membidas sikap pembangkang yang turut memanipulasikan pertemuan Perdana Menteri dengan Adli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak hujung minggu lalu.

“Pembangkang mulai gentar kerana selepas Program Transformasi Kerajaan (GTP), Government transformasi program, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kita ada Program Transformasi Politik yang ini telah dilakukan oleh Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO, Presiden BN dan juga Perdana Menteri Malaysia.

“Tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri yang lepas iaitu bertemu dengan tiap-tiap Adun dan ahli-ahli Parlimen malahan pada 12 Februari ini Datuk Seri Najib akan bertemu dengan tiap-tiap ketua bahagian kerana ini merupakan trasformasi politik.”

PM Malaysia yakni Dato' Seri Najib melakukan banyak perubahan terutama dari segi pendekatan yang dibawa bagi memastikan kerajaan BN terus diterima rakyat. Usaha beliau yang melakukan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat dan akan datang dengan ketua-ketua bahagian merupakan satu lagi transformasi yang harus dipuji. Perkara ini tidak sepatutnya dipolitik. Ini menunjukkan PM komited terhadap tanggungjawabnya dan mahukan semua wakil rakyat BN turut komited terhadap tugas menjaga kawasan. 

Pertemuan yang diadakan juga bagi memastikan setiap wakil rakyat atau pemimpin di peringkat bahagian tidak hanya goyang kaki setelah berjaya menjadi pemimpin. PM mahu mendengar setiap permasalahan yang wujud di kawasan masing-masing. Dalam masa yang sama PM juga mahukan cadangan peyelesaian bagi setiapa masalah yang timbul. Kalau tidak dapat diselesaikan serentak, setidak-tidaknya rangka cadangan perlu disediakan dan kerajaan boleh memilih yang mana yang menjadi keutamaan.

Ujarnya lagi, dengan perancangan rapi dan pelaksanaan yang lancar maka pembangkang semakin gentar kerana mereka tahu bahawa agenda dan pembohongan mereka akan terus gagal.

“Melalui pertemuan yang berlangsung antara Perdana Menteri dan semua ADUN maka tentunya transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan akan sampai hingga ke akar umbi.

Tambahnya, pakatan pembangkang cuba memancing populariti dengan isu-isu lapuk yang mula dimainkan semula oleh mereka termasuklah membangkitkan hal-hal berkaitan peribumi Sarawak.

Saya baru-baru ini terbaca dalam media elektronik dimana Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah menyebut jika sekiranya pakatan pembangkang mendapat kuasa dan berkerajaan maka orang pertama yang akan dikenakan ISA ialah Tun Dr. Mahathir serta kemudiannya diri saya. Persoalannya kenapa mereka nak kenakan saya. Inilah bukti kerakusan mereka, tetapi janganlah mereka berangan-angan kerana impian mereka hanya ibarat angan-angan Mat Jenin. - UMNO Online

Memilih Pakatan Rakyat menjadi sebuah kerajaan adalah merupakan satu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan. Pakatan Rakyat terutama PKR dan PAS sepatutnya menumpukan untuk menyelesaikan masalah dalaman parti mereka sebelum mula bercakap soal nasional dan untuk menjadi kerajaan. Kepincangan yang berlaku dalam PKR hingga membawa kepada keluarnya pemimpin dan pengasas parti mereka secara besar-besaran menjadi bukti bahawa PKR tidak layak untuk memimpin sebuah negara. Mereka bercakap tentang ketelusan, demokrasi dan keadilan tapi dalam masa yang sama mereka gagal melaksanakannya walaupun dalam peringkat parti mereka sendiri.



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama