Advertisement - Contact Us

Orang Melayu yang tolak DEB boleh dikategorikan sebagai 'Bangsat Syok Sendiri'...

Hanya 3 orang dari kalangan bumiputera yang termasuk dalam senarai individu paling kaya di Malaysia. Dalam 3 individu tersebut, hanya 1 orang sahaja yang tersenarai sebagai top10. Beliau adalah Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary yang memiliki Yayasan Al-Bukhary dan peneraju DRB-Hicom. 2 lagi individu menduduki tangga ke-11 iaitu pemilik Kumpulan Arab-Malaysian dan seorang lagi adalah pemilik Kenchana Petroleum yang juga merupakan anak mantan Perdana Menteri, dato, Mokhzani Mahathir.

Yang lainnya kekal dikuasai oleh bangsa asing yakni dari bangsa Cina. Tan Sri Robert kuok kekal sebagai pendahulu sebagai individu terkaya dan diikuti rapat oleh pemilik Maxis, Tan Sri T Ananda Krishnan di tempat ke-2. Walaupun Tan Sri Robert tidak lagi tinggal di Malaysia namun sumber kekayaannya tetap datang dari bumi Malaysia malah beliau turut digelar sebagai jutawan gula.


Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan
Malaysian Business.

azlanMenurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.

Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.

Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.

mokhzani mahathirMereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.

Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilaiRM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion. - MalaysiaKini

Apakah kesimpulan yang boleh kita katakan berdasarkan kedudukan kekayaan yang tersenarai ini? Jelas menunjukkan bahawa kedudukan dari kaum bumiputera jauh ketinggalan dan masih tidak mampu menyaingi bangsa lain. Hasil dari bumi Malaysia masih lagi dibolot, didominasi dan dimonopoli oleh bangsa lain, bukan dari bumi putera yang sepatutnya menjadi pemilik terhadap sumber di bumi Malaysia.

Adakah disebabkan bumiputera kurang berusaha dan masih berada di takuk yang lama berbanding bangsa lain yang kuat berusaha dan sentiasa mencari peluang baru menjadi penyebab kenapa bumiputera masih ketinggalan? Atau adakah bumiputera hanya layak menjadi kuli bawahan kepada orang-orang kaya ini? Bukan niat SMB untuk merendah-rendahkan kemampuan kaum bumiputera, namun inilah realitinya.

Jadi rasanya tidak salah jika kerajaan terus membantu kaum bumiputera untuk terus survive dalam gelombang yang serba mencabar ini. Kenapa perlu ada pihak yang sering mempertikaikan peranan kerajaan membantu bumiputera? Apatah lagi pihak yang mempertikai itu datangnya dari kaum bumiputera. Kaum bumiputera perlu sedar dan bersyukur kerana kerajaan Malaysia masih dikuasai oleh kaum bumiputra. Bayangkan jika kerajaan juga dikuasai oleh bangsa asing. Adakah nasib bumiputra akan terbela?

2 Ulasan

  1. layarilah http://freemalaysiakini.com , percuma bagi membaca berita yang berbayar di malaysiakini...sebarkan kepada pembaca blog anda

    BalasPadam
  2. "Tak cukup lagi tu. Tak patut ada terselit satu nama Melayu kat senarai top 10. Selagi kami tidak mencapai 100% dalam senarai 100 orang terkaya di Malaysia, maka kami dianggap masih tertindas. Kerajaan tak adil kerana ada juga orang Melayu terselit kat senarai tu". Begitulah agaknya luahan rasa kiasu-kiasu yang masih menjerit-jerit di seluruh dunia mengatakan mereka tertindas di negara ini.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama