Advertisement - Contact Us

Melayu Pulau Pinang dijual hidup-hidup oleh Lim Guan Eng... Inilah harga yang terpaksa dibayar oleh orang Melayu Pulau Pinang...

KUALA LUMPUR 7 Jan – Teguran Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  itu tepat kerana sejak diperintah pembangkang terdapat banyak pilih kasih berlaku terhadap apa jua tindakan kerajaan negeri terhadap rakyatnya.


Adun Bertam, Zabariah Wahab berkata teguran yang dibuat oleh Muhyiddin itu ada benarnya kerana sejak kebelakangan ini tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri  banyak tertumpu kepada sesuatu pihak sahaja sedangkan pihak lain turut melakukan kesalahan yang sama.

“Apa yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri itu ada benarnya, kerana sejak Pulau Pinang di perintah pembangkang,, seringkali berlaku pilih kasih oleh kerajaan negeri terhadap apa jua tindakan yang dilakukan.

“Contohnya apabila membabitkan isu gerai haram dan kawasan kediaman, yang sering menjadi mangsa ialah orang Melayu dan India, isu perobohan gerai haram  oleh pihak berkuasa tempatan yang dikenakan tindakan hanya kawasan perniagaan orang Melayu dan India, gerai kaum Cina tidak pula dikenakan tindakan  sedangkan mereka berniaga di kawasan yang berhampiran.

 Di  beberapa kawasan yang dimenangi oleh BN terutama di sebelah Seberang Perai Utara, kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP telah mempergunakan JKKKN yang rata-ratanya berbangsa Melayu bagi memporak-perandakan keharmonian di kawasn tersebut. Antara tindakan mereka termasuklah merampas dewan orang ramai dan dewan serbaguna, merampas gerai-gerai dan kedai milik JKKKP, mengambil alih Pasar Malam secara paksa dan pelbagai lagi. Mereka menggunakan pelbagai cara demi untuk menghalalkan tindakan mereka termasuk menipu dan mempergunakan surat rasmi milik Pejabat daerah, meminta sewa secara haram dan macam-macam lagi.

“Dahulu, ketika kita (Barisan Nasional) memerintah tidak timbul masalah sebegini, sesiapa sahaja boleh berniaga walaupun dijalankan secara tidak sah, asalkan perniaga mereka tidak menganggu orang ramai, “ katanya ketika dihubungi UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya  Lim Guan Eng bersikap adil dalam melaksanakan polisi pentadbirannya bagi memastikan setiap lapisan rakyat tanpa mengira kaum di negeri itu dapat menikmati pembangunan serta kemakmuran ekonomi.

Zabariah berkata, kerajaan negeri tidak seharusnya memilih bulu atau pilih kasih jika ingin melakukan sebarang tindakan kerana menjadi tanggungjawab kerajaan negeri berkhidmat untuk semua bukan segelintir pihak sahaja.

“Sebagai Ketua Menteri dia perlu adil, jangan mengira kaum, dia jadi Ketua Menteri untuk rakyat Pulau Pinang bukannya jadi Ketua Menteri untuk parti politik atau sesuatu kaum sahaja, tanggungjawabnya adalah untuk semua rakyat Pulau Pinang.

Lim Guan Eng dan DAP sebenarnya mempunyai misi tersendiri bagi mengukuhkan penguasaan di Pulau Pinang. Mereka menggunakan pelbagai cara bagi mengusir orang Melayu dan India di sebelah pulau. Dalam masa yang sama mereka membawa masuk penyokong-penyokong kuat DAP ke Pulau bagi memastikan kerusi yang mereka menangi akan terus kekal menjadi milik DAP. Tidak hairanlah apabila melihat jumlah pengundi baru yang didaftarkan oleh DAP menunjukkan peningkatan yang sangat mendadak dan amat luar biasa jumlahnya. Pengusiran terancang ini termasuklah di Kampung Buah Pala, Tanjung Tokong, Balik Pulau, Teluk Bahang dan beberapa tempat lagi.

“Tidak harus ada perbezaaan dalam apa jua perkara, rakyat  tidak harus jadi mangsa walaupun mereka mempunyai fahaman politik yang berbeza. BN tidak pernah melakukan pilih kasih atau memlih bulu dalam melaksanakan tanggungjawabnya, walaupun kita tahu mereka itu berbeza fahaman politik,” katanya.

Menurutnya, apa yang utama ialah rakyat dapat menikmati keselesaan hidup serta faedah daripada kemakmuran serta pembangunan hasil daripada kemakmuran dan kestabilan ekonomi serta politik di negara ini.

Zabariah berkata, jika perkara seperti itu dipolitikkan dan yang akan menjadi mangsa adalah rakyat,  perkara sebegitu tidak harus diamalkan  kerana boleh mengundang pelbagai masalah sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati.

Menurutnya, Guan Eng perlu membuktikan seperti apa yang dinyatakan iaitu mengamalkan pentadbiran Cekap, Amanah dan Telus (CAT) dan bukan hanya pandai berkata-kata tetapi tidak mampu melaksanakannya. MediaUMNO.

Orang Melayu Pulau Pinang seharusnya sudah mulai sedar akan tindakan jahat yang cuba dilakukan oleh anak Lim Kit Siang ini. Guan Eng menjadikan apa yang dilakukan oleh PAP dan Singapura sebagai Role Model bagi menguasai Pulau Pinang. Guan Eng cuba membawa masuk seramai mungkin bangsa Cina terutama di kalangan ahli perniagaan dari China, Taiwan, Hong Kong dan lain-lain ke Pulau Pinang. Dalam masa yang sama, harga hartanah yang melambung tinggi di sebelah pulau membuatkan bangsa Melayu dan India tidak akan mampu memliki hartanah di sana. Yang mampu hanyalah golongan ahli perniagaan yang kaya yang dibawa masuk oleh Guan Eng dan secara tak langsung mereka inilah yang akan menyokong dan mengukuhkan kedudukan DAP di Pulau Pinang. Percayalah...

2 Ulasan

  1. itu pun masih ramai org Melayu penang yang tak sedar mereka dipijak-pijak oleh orang cina

    BalasPadam
  2. fitna adalah tidak halal...janganlah sesekali menfitna tanpa fakta-fakta..itu bukanlah ajaran islam sebenarnya..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama