Advertisement - Contact Us

Haluan nik Ajis kian sesat. Syurga bukan lagi hala tuju utama parti PAS...

KOTA BHARU 21 Feb. - Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah  menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu pandai 'bermuka-muka' apabila cuba menarik perhatian orang Melayu dengan menyatakan parti itu mengutamakan perjuangan kaum pribumi tersebut.

Beliau berkata, keadaan itu jelas kerana Menteri Besar Kelantan tersebut tidak pernah menyesal atau menarik balik kenyataan menghina orang Melayu yang dibuatnya sebelum ini.

Apa sebenarnya prinsip yang dipegang oleh Mursyidul Am PAS, Nik Ajis ni. Sekejap dia cakap begitu, dan kemudiannya dengan mudah mengubah pendirian. Setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Ajis sebenarnya sudah tidak menggambarkan kedudukan dirinya yang sebelum ini gah digelar sebagai seorang ulama. Semuanya bergantung kepada isu semasa dan setiap dakwaan dan fatwa kononnya hanya memenuhi tuntutan dan keperluan politiknya.

Sebelum ini, Nik Ajis sering menghantam bangsa Melayu sedangkan dirinya sendiri pun berbangsa Melayu. Umum mengetahui bahawa ahli UMNO merupakan bangsa Melayu. Dan boleh dikatakan keseluruhan bangsa Melayu merupakan beragama Islam. Nik ajis gemar menuduh bangsa Melayu yang menyokong UMNO sebagai kafir dan tidak berbau syurga . Manakala bangsa Melayu yang menyokong PAS akan ditentukan tempat di dalam syurga.

"Terlalu banyak penghinaan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz terhadap orang Melayu malah terlalu banyak kenyataannya bertentangan dengan ajaran Islam, perkara ini harus disedari supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan kata-katanya.

"Dia tidak pernah menyesal dengan kenyataan yang dibuatnya, tidak pernah untuk menarik balik. Tiba-tiba hari ini keluar kenyataan bahawa Pas mengutamakan perjuangan untuk orang Melayu, untuk apa kalau bukan menarik sokongan orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mengakui perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

Namun kini semuanya sudah berubah. Apatah lagi memandangkan tarikh untuk pilihanraya Umum ke 13 dijangka kian hampir. Nik Ajis dilihat cuba mencari jalan selamat bagi meraih semula sokongan orang Melayu. Ini kerana berdasarkan statistik dan peratusan sokongan Melayu kepada PAS melalui PRK akhir-akhir ini jelas menunjukkan bahawa PAS sudah ditolak oleh kebanyakan bangsa Melayu.

Nik Ajis terlalu mengaharapkan sokongan Melayu jika mahu PAS menjadi sebuah parti yang kekal relevan. Nik Ajis mahu orang Melayu melupakan setiap dakwaan dan tuduhan yang pernah dilemparkannya. Secara tiba-tiba, Nik Ajis mendakwa bahawa PAS akan tetap mempertahankan kedaulatan dan hak orang Melayu sebagai bangsa pribumi di bumi Malaysia. Sudah tidak keluar istilah kafir dari mulut Nik Ajis. Semuanya kerana ingin menambat hati orang Melayu supaya menyokong PAS.

Abdullah berkata, sekiranya benar Nik Abdul Aziz memperjuangkan hak orang Melayu dan ingin menegakkan Islam di negara ini, Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO, bukannya terus bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Apabila DAP mengganggu-gugat hal ehwal agama Islam di Selangor dan Pulau Pinang, di mana suara Nik Abdul Aziz? Tidak kiralah ia berlaku di negeri lain, sebagai orang yang ada jawatan besar dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam, dia wajib bersuara.

"Kalau begitu cara Pas untuk menegakkan Islam, lebih baik cara UMNO, biarpun tidak ada perkataan Islam pada nama parti itu tetapi jelas selama 50 tahun UMNO telah sedaya upaya menyebarkan Islam di negara ini, lihat pondok-pondok dan sekolah agama terus berkembang tidak ada sebarang halangan malah ditubuhkan agensi atau jabatan khusus untuk menjaga hal ehwal Islam dengan peruntukan yang besar," katanya.

Apa sebenarnya niat di sebalik kenyataan yang dibuat oleh Nik Ajis? Kenapa secara tiba-tiba Nik Ajis tidak menjadikan agenda penubuhan negara Islam sebagai matlamat utama perjuangan PAS? Adakah sekutu PAS terutama DAP masih tidak merestui hajat PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang melaksanakan hukum Islam sepernuhnya? Jadi PAS terpaksa beralih memperjuangkan aegnda Melayu, yang sebelum ini ditolak oleh PAS dan cuba mendiamkan agenda negara Islam.

SMB tidak berminat untuk menyentuh isu mengkafirkan orang Islam seperti yang telah dilakukan oleh PAS terutama Nik Ajis  Ini kerana segela tindak tanduk PAS mengambarkan mereka sebuah parti yang 'cakap tak serupa bikin'. Mereka mengkafirkan orang Melayu yang jelas Islam dan menolak sebarang kerjasama sesama Islam. Tetapi dalam masa yang sama, mereka mengampu, mengiakan, menuruti, menjadi hamba kepada sebuah parti yang secara nyata dan terang-terangan menolak sebarang usaha ke arah memartabatkan agama Islam yakni parti DAP. Adakah PAS selayaknya menjadi parti yang mampu membela nasib orang Malayu dan Islam?

Katanya, sebagai contoh, Nik Abdul Aziz tidak membenarkan sambutan Maulidur Rasul di negeri ini kerana menganggapnya bidaah sedangkan ulama-ulama di seluruh dunia berpendapat ia wajar disambut secara besar-besaran bagi mengingati sirah Rasulullah SAW dan sebagai pengajaran kepada umat Islam hari ini.

"Apakah Nik Abdul Aziz boleh memberikan jaminan bahawa apabila Pas bersama DAP dan PKR memerintah, agama Islam dapat dipertahankan? Lihat saja di Selangor, Exco DAP boleh mengganggu hal ehwal Islam, di Pulau Pinang sudah ada Exco untuk agama lain.

"Apakah kita lupa kata-kata Karpal Singh tentang hasrat Pas untuk melaksanakan dasar Islam di negara ini, lebih malang ada pula pemimpin Pas sanggup memberi nyawa mempertahankan Karpal," katanya.

Pada masa sama, beliau yang juga ahli Pas yakin parti itu tidak akan melaksanakan dasar perjuangannya untuk menegakkan Islam sekiranya memerintah kerana ia telah dibuang ke tepi dan menjadikan kuasa atau kemenangan pada pilihan raya sebagai matlamat utamanya.

"Nik Abdul Aziz sememangnya berbohong apabila mengatakan tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk berdakwah. Pas tidak pernah berdakwah kepada DAP, Pas hanya menjadi pengikut DAP," katanya. - Utusan Online

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama