Advertisement - Contact Us

Guan Eng kecut perut !!! Gerakan dah jumpa formula terbaik nak rampas Pulau Pinang...

IPOH 6 Feb. - Parti Gerakan yakin mampu menawan kembali Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan strategi baru yang dirangka parti itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Chang Ko Youn yang enggan mendedahkan strategi itu berkata, rakyat Pulau Pinang juga tidak berpuas hati dengan pencapaian ekonomi kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Gerakan perlu mula menyusun strategi bermula dari sekarang jika bercita-cita hendak merampas semula negeri Pulau Pinang. Banyak perkara perlu dilakukaan dan yang paling penting adalah mengembalikan kekuatan Parti Gerakan bagi mendapatkan semula keyakinan rakyat Pulau Pinang. Guan Eng dan DAP sebenarnya telah berjaya memanipulasikan pemikiran rakyat Pulau Pinang terutama kaum Cina dan mengukuhkan kedudukan dan kuasa mereka. Gerakan perlu mencari satu kunci yang utuh bagi meyakinkan rakyat Pulau Pinang akan kredibiliti dan kemampuan Gerakan dan ianya perlu jauh lebih baik dari apa yang dibawa oleh kerajaan DAP.

"Beliau (Guan Eng) hanya tahu eksploitasi ketidakpuasan hati rakyat Pulau Pinang terhadap dua perkara iaitu sistem penyampaian kakitangan kerajaan dan kelakuan sesetengah pemimpin.

"Maka, setiap kali berucap dalam tempoh tiga tahun ini, beliau menghentam kakitangan kerajaan dan UMNO. Ini dua sahaja perkara yang dia tarik sokongan tetapi dari segi pencapaian ekonomi, apa pun tiada," katanya.

Inilah sebenarnya style Lim Guan Eng menipu rakyat Pulau Pinang. Guan Eng tanpa rasa segan silu mengaku dan memukul canang kononnya kerajaan negeri pimpinannya telah berjaya membawa masuk pelaburan dari luar. Walhal hakikatnya, pelaburan yang masuk ke Pulau Pinang adalah merupakan hasil usaha kerajaan negeri terdahulu yakni BN dan dengan kerjasama MITI.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Gerakan negeri di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Tack, Kampung Simee di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.
Dalam pada itu, Ko Youn berharap para pengundi di Pulau Pinang akan menyokong Barisan Nasional yang boleh merancang serta membangunkan ekonomi negeri tersebut.

Sementara itu, Zambry sewaktu berucap pada majlis itu menyeru orang ramai menghargai keamanan dan kemakmuran di negeri ini.

Mengambil contoh kekacauan yang berlaku di Mesir ketika ini, beliau mengingatkan bahawa sekiranya keamanan itu hilang, maka ia tidak mudah untuk diperoleh kembali.

Kemakmuran yang dikecapi oleh rakyat Malaysia sebenarnya adalah daya usaha kepimpinan kerajaan Barisan Nasional. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mempertikaikannya. Kehadiran Anwar dan Pakatan rakyat hanya meyumbang kepada pergolakan politik Malaysia. Anwarlah yang bertanggungjawab membawa masuk budaya demostrasi dan reformasi seperti yang pernah berlaku pada 1999. Syukurlah reformasi itu tidak berlarutan seperti yang berlaku di Mesir dan Tunisia. Jika tidak, belum tentu Malaysia mampu pulih seperti sediakala dalam masa singkat jika reformasi itu merebak dan menjahanamkan negara. Syukurlah Allah masih memelihara negara Malaysia tercinta...

"Kita boleh menikmati segala-galanya tetapi sekiranya tiada keamanan yang dicapai, maka ia menjadi tidak bermakna," katanya.

Selain itu, beliau turut yakin Gerakan mampu mengembalikan keyakinan pengundi di negeri ini untuk turut sama-sama menyumbang kepada kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang. - Utusan Online

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama