Advertisement - Contact Us

DUN Kerdau menjadi destinasi terakhir untuk PKR sebelum terjubur... Oooppppssss, 'terkubur'...

Sesungguhnya ajal maut menjadi hak mutlak Allah dan tidak ada satu pun yang mampu melambatkan atau mempercepatkan ajal maut seseorang itu. Semuanya sudah pun mejadi ketentuan Allah. Allah berhak menarik nyawa seseorang itu walaupun dalam keadaan sihat walafiat dan Allah berhak menyembuhkan seseorang itu walau dalam keadaan nazak.

Belum pun berlangsung PRK DUN Merlimau di Melaka, negara sekali lagi dikejutkan dengan pemergian seorang lagi pemimpin peringkat DUN untuk mengadap Ilahi. ADUN Kerdau di negeri Pahang, Dato' Zaharuddin Abu Kassim dari UMNO telah meinggal dunia jam 7.15 petang tadi setelah terjatuh dalam bilik air akibat serangan jantung. Kematian beliau telah disahkan oleh Pegawai Perubatan hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada UMNO dan seluruh rakyat Pahang. Sebelum ini beliau telah pun beberapa kali menerima rawatan di hospital kerana mengalami masalah kesihatan yang serius. Yang Dipertua dewan undangan Negeri Pahang akan mengeluarkan laporan kekosongan DUN Kerdau sebelum ianya diumumkan secara rasmi oleh SPR.

Satu perkara yang mungkin sedikit menyedihkan apabila ada suara-suara sumbang dari pihak tidak bertanggungjawab kononnya cuba mengaitkan PM dengan kematian beberapa wakil rakyat secara berturut-turut akhir-akhir ini. Suara sumbang tersebut mendakwa bahawa PM membawa nasib malang atau 'suwey' sehingga meragut nyawa ramai wakil rakyat. Suara sumbang ini jelas cuba untuk menafikan ketentuan Allah dan ia merupakan satu tindakan dari seseorang yang boleh digelar 'dungu'.

Apapun SMB mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Dato' Zaharuddin dan berharap ianya dapat ditempuhi dengan redha dan sabar. Kepada seluruh jentera BN, bersiap sedialah kerana Kerdau bakal menanti selepas Merlimau... Al-Fatihah...

ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.

NONEAllahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia
di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.

"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan.

Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.

Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.

Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.
azlanSementara itu, ahli parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin yang terjatuh di dalam bilik air di rumahnya itu telah dibawa ke hospital dan dimasukkan di unit rawatan rapi, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan.

"Menurut pembantunya, Datuk Zaharuddin sebelum itu mengadu sakit perut dan pembantunya membawanya ke bilik air, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya.

Ismail berkata allahyarham ketika itu sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Temerloh.
Dikebumikan esok

Beliau berkata jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Taram, Kerdau selepas Zohor esok.
Perkembangan itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Ketika ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau, Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung.

Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. - MalaysiaKini

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama