Advertisement - Contact Us

AWAS !!! Niat Lim Guan Eng di sebalik penubuhan portfolio hal ehwal bukan Islam...

PULAU PINANG 16 Feb. - Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengumumkan penubuhan portfolio baru untuk menjaga hal ehwal bukan Islam yang akan bertanggungjawab ke atas perkara membabitkan agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, ini merupakan pertama kali portfolio seumpama itu diperkenalkan di negeri ini yang mana beliau sendiri akan menjadi Exco.

Menurutnya, Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy pula dilantik sebagai Timbalan Exco Hal- Ehwal Bukan Islam itu.

Beliau menjelaskan, cadangan penubuhan portfolio tersebut telah dikemukakan Ramasamy dan diluluskan semasa mesyuarat Exco minggu lalu.

Dimanakah rasionalnya penubuhan portfolio baru di negeri Pulau Pinang? Portfolio yang ditubuhkan ini adalah untuk menjaga hal ehwal agama bukan Islam dan ianya dipengerusikan sendiri oleh ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Penubuhan portfolio baru ini merupakan satu lagi langkah popular yang diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

Tujuannya jelas, adalah untuk menarik sokongan masyarakat bukan Islam di Pulau Pinang. Kerajaan negeri sedar bahawa sokongan masyarakat Melayu beragama Islam di Pulau pinang mulai pudar terhadap kerajaan negeri. Apatah lagi beberapa tindakan yang diambil kerajaan negeri dilihat tidak memihak malah boleh dikatakan menindas masyarakat Melayu sejak akhir-akhir ini. Ini termasuklah tindakan meroboh gerai, pengambilan tanah Melayu, rampasan terhadap prasarana seperti dewan dan beberapa lagi membuatkan orang Melayu muak untuk menyokong kerajaan negeri.

Memandangkan timbul ura-ura bahawa kabinet bakal dibubarkan dan PRU akan diadakan dalam masa terdekat, maka kerajaan negeri terpaksa mencari alternatif lain bagi mengekalkan sokongan terhadap mereka dan sekaligus Pulau Pinang kekal dalam tangan mereka. Orang bukan Islam pastinya gembira dengan penubuhan portfolio baru ini apatah lagi ianya dipengerusikan sendiri oleh guan eng.

"Tidak seperti jawatankuasa agama di bawah Kerajaan Pusat yang menggalakkan hubungan harmoni di kalangan penganut pelbagai agama di negara ini, kerajaan negeri tidak menubuhkan jawatankuasa sebaliknya Exco portfolio penuh.

"Ini membuktikan keikhlasan kerajaan negeri terhadap perkara-perkara berkaitan agama," katanya di sini hari ini.

Setiausaha Agung DAP itu memberitahu, penubuhan portfolio tersebut amat bertepatan dengan pengiktirafan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Dengan penubuhan portfolio baru ini, tidak mustahil akan ada pihak yang akan membanding-banding peranan dan sumbangan antara portfolio yang menjaga hal ehwal Islam dengan portfolio baru ini. Malah penubuhan portfolio baru ini mampu mencetuskan konfrontasi antara agama. Seperti cadangan penubuhan IFC yang ditentang sebelum ini, perkara sama mungkin boleh wujud dengan penubuhan portfolio baru ini.

Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu memastikan konfrantasi seperti ini tidak timbul jika benar-benar ikhlas dengan penubuhan portfolio baru ini. Peruntukan yang diberi kepada portfolio Hal Ehwal Islam perlu diasingkan dengan peruntukan portfolio baru ini. Maksudnya peruntukan kepada portfolio baru ini merupakan bajet yang lain dan bukan ditarik, dibahagikan samarata atau datangnya dari peruntukan untuk portfolio hal ehwal Islam. Malah bajet yang diperuntukan juga tidak boleh melebihi bajet kepada portfolio Ehwal Islam bagi menjamin kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi.

Jelasnya, ia sudah pasti akan mempromosi kepelbagaian dan interaksi positif masyarakat dalam perkara membabitkan kebudayaan, agama dan sosial.

"Meskipun terdapat perbezaan agama dan budaya, rakyat tetap bersatu menerusi aspirasi yang sama dengan mempraktikkan nilai-nilai moral sejagat ke arah keamanan, keadilan, kesederhanaan dan harmoni.

"Kerjasama bukan konfrontasi, saling menghormati bukan toleransi dan memahami bukan kejahilan akan menjadi penentu kejayaan portfolio baru ini," ujarnya.

Beliau menambah, kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak seperti dalam ucapan Perdana Menteri pada Perbahasan Umum Sesi Ke-65 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu di New York 27 September lalu yang tidak mahu kumpulan ekstremis dan militan menggugat perpaduan serta keselamatan di negara ini.

"Kerajaan negeri prihatin dengan kemunculan kumpulan-kumpulan ekstremis yang memainkan isu-isu perkauman untuk kepentingan diri sendiri.

"Pulau Pinang telah menjadi sasaran dan dilabel sebagai anti-Melayu walaupun isu-isu itu melibatkan hanya 10 peratus Melayu atau hanya seorang Melayu daripada 10 pihak terlibat," katanya lagi dalam kenyataan itu. - Utusan Online

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama