Rabu, 12 Januari 2011

UMNO Kedah : Muka-muka 'Expired' terus diberi kepercayaan untuk menggoncang kepimpinan PR Kedah...

1.  Mampukah Bn merampas kembali negeri Kedah dari tangan kepimpinan Pakatan Rakyat terutamanya PAS? Walaupun Najib telah mengumumkan transformasi kepimpinan melibatkan pemimpin peringkat Perhubungan Negeri dengan melantik Dato' Bashah sebagai pengerusinya namun apa yang dapat dilihat seperti tidak ada perubahan yang mampu melonjakkan kembali populariti BN.

2.  SMB beranggapan bahawa perubahan yang sepatutnya berlaku di Kedah bukan setakat melibatkan kepimpinan perhubungan negeri namun ia harus pergi lebih jauh lagi. Mungkin perlu ada perubahan drastik dari segi kepimpinan peringkat Bahagian. Itupun sekiranya UMNO dan BN benar-benar berhajat mahu merampas kembali negeri Kedah.

3.  Apa yang dapat diperhatikan, kepimpinan BN yang terdapat di negeri Kedah selepas berlakunya transformasi oleh Najib masih merupakan muka-muka lama yang sudah 'expired'. Harus diingat bahawa muka-muka inilah yang sebenarnya telah 'berjaya' menyerahkan negeri Kedah kepada kepimpinan Pakatan Rakyat. Dan nampaknya mereka inilah juga yang dilantik dan dipertanggungjawab untuk mengambil kembali negeri Kedah dari tangan PAS.

4.  Bukankah 'tsunami politik' yang berlaku dalam PRU12 yang lalu salah satunya adalah disebabkan kegagalan pemimpin BN menunaikan tanggungjawab dengan berkesan kepada rakyat? Jadi apa jaminan yang mengatakan bahawa muka-muka lama yang dilantik ini mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat? Adakah rakyat sudah lupa alasan kenapa muka-muka lama ini ditolak dalam PRU12 yang lalu? Atau sebenarnya negeri Kedah sudah ketandusan pemimpin baru atau mereka ini sebenarnya sudah 'dicantas' awal-awal lagi oleh muka-muka lama ini?

5.  Realitinya, walaupun perkembangan politik semasa terutama yang dipaparkan melalui media jelas menunjukkan kepincangan wujud dalam kepimpinan Pakatan Rakyat namun hakikatnya, porak peranda yang berlaku dalam keluarga UMNO dan BN di Kedah telah menenggelamkan kepincangan Pakatan Rakyat. Tidak mustahil jika keadaan ini tidak diatasi segera, cita-cita yang diwar-warkan oleh Dato' Mukhriz untuk merampas kembali negeri Kedah tidak akan menjadi kenyataan.

"Cuba kita lihat pandangan dari salah seorang rakan blogger berkenaan dengan situasi dan kedudukan UMNO di negeri Kedah.
  1. Berita yang diperolehi dari spy - Leman dan KAKILEAKS yang berlegar disekitar bangunan Tunku mengatakan bahawa Dato Ahmad Lebai Sudin telah menolak jawatan Ketua Penerangan yang telah ditawarkan kepadanya bagi memantapkan Umno Kedah.
  2. Alasan yang kononnya diberikan ialah beliau tidak sanggup bekerja dibawah orang yang kurang berkelayakkan! Sekurang-kurangnya sama level dengan dialah.
  3. Diberitakan juga beberapa warlord-warlord lain akan diberikan jawatan-jawatan utama seperti Setiusaha, Bendahari dan Ketua Penerangan - antara nama yang terpancut keluar adalah seperti Dato "THE HIT MAN - Tajul Urus", Dato' Md Rozai - "the two time winner Recycle candidate" dan Dato Johari Baharom.
  4. Kalau begitulah keadaannya memang sah kita balik ke belakang, kalau tak purba pun ke zaman dragon and socerer.
  5. Terfikir pula bila mengenangkan hasrat Dato Seri Najib yang inginkan "a winnable candidate" sedangkan yang dok ada pun dah pernah kalah dan ada yang sampai dua kali. Yang amat merisaukan bila Bashah dilantik tu bukannya apa, pastinya beliau mempunyai kata pemutus untuk menentukan calon-calon pada pilihanraya kelak.
  6. Jadi beliau dijangka akan meletakkan nama-nama seperti tersebut diatas sebagai calon-calon pilihannya yang dah diketahui keputusannya - KALAH, sebelum pun pintu dewan membuang undi dibuka.
  7. Adalah diharapkan sangat-sangat agar Dato Seri Najib tolong-tolonglah, bantu-bantulah letak calon yang terbaik, sesuai, acceptable oleh akarumbi untuk mengisi jawatan eksekutif dalam Umno Kedah agar mendapat sokongan dan keyakinan rakyat." - Blog Tok Senawi
Show Comments: OR

1 ulasan:

  1. bagi peluang, mana lah tahu tuah Datuk Ahmad Bashah, dah ketentuan Allah SWT

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE