Advertisement - Contact Us

Selepas lanun Somalia kini tiba giliran 'LANUN' Malaysia pula untuk seluruh rakyat tumbangkan...

1.  Pilihanraya Kecil DUN Tenang kali ini sah bakal memperlihatkan pertembungan 2 penjuru antara calon dari Barisan Nasional, Saudara Mohd Azhar Bin Ibrahim ditentang calon Muslimat PAS, Puan Normala Sudirman. Saudara Azhar, 39 tahun merupakan bekas ADO kawasan Rengit dan turut memegang beberapa jawatan penting dalam parti serta Pemuda. Manakala Puan Normala, 38 tahun merupakan bekas guru. Kedua-dua calon adalah anak tempatan dan memang dikenali di kalangan penduduk setempat.

2.  Sebaik tempoh penamaan calon ditutup, SPR telah menerima 3 bantahan dari kedua-dua pihak, namun ketiga-tiga bantahan tersebut ditolak. Sehubungan itu, tepat jam 11 pagi, SPR secara rasminya mengumumkan kedua-dua calon yakni dari BN dan PAS sah bertanding bagi merebut kerusi DUN Tenang. Dan dengan ini juga secara rasmi tempoh untuk berkempen bagi kedua-dua calon bermula hingga jam 12 malam, 29 Januari 2011.

3.  Sementara itu, Perdana Menteri semalam telah mengucapkan tahniah kepada anggota PASKAL kerana berjaya menumpaskan kegiatan lanun yang cuba merampas sebuah kapal dagang milik syarikat Malaysia di Perairan Teluk Aden. Dalam Kejadian tersebut, lanun-lanun Somalia pada mulanya telah berjaya merampas kapal milik MISC yang membawa muatan minyak pelincir.

4.  Atas kecekapan Kapten kapal yang sempat menghidupkan isyarat kecemasan sebelum berlindung di dalam sebuah bilik khas telah membawa kepada tindakan pantas anggota PASKAL. Serangan dari helikopter telah dilancarkan ke atas kapal induk milik lanun Somalia dan ini membuatkan lanun-lanun yang berada di atas kapal MISC tidak sempat untuk berpatah balik ke kapal induk.
Lanun yang harus dihapuskan...

5.  Anggota PASKAL kemudiannya telah menyerbu lanun-lanun Somalia ini di atas kapal MISC dan berlaku tembak-menembak antara kedua-dua pihak. Hasilnya, Anggota PASKAL berjaya memberkas ke semua tujuh lanun Somalia yang bersenjatakan AK-47 tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

6.  Hakikatnya, lanun Somalia mungkin mudah untuk ditewaskan. Yang menjadi kesukaran dan kesullitan adalah untuk menumpaskan lanun di dalam Malaysia. Lanun yang berkot dan bertali leher sebenarnya lebih berbahaya jika dibandingkan dengan lanun Somalia ini. Mereka ini sanggup menggunakan apa saja yang menjadi kepakaran mereka termasuk mempergunakan hadis dan ayat Al-Quran, kebolehan dalam ekonomi dan pelbagai lagi untuk menghalalkan apa yang haram dan seterusnya untuk berkuasa dan menguasai negera Malaysia tercinta.

7.  Untuk menumpaskan 'lanun-lanun' ini, kita tidak memerlukan anggota PASKAL mahupun komando. Seluruh rakyat Malaysia perlu sedar dan tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Tidak seharusnya kita terus dipergunakan oleh lanun-lanun ini kerana akhirnya kitalah sebgai rakyat Malaysia yang akan merana. Cukuplah peluang yang kita berikan kepada mereka. Lebih banyak peluang diberikan maka lebih jahanamlah negara yang kita sayangi ini...

1 Ulasan

Terbaru Lebih lama