Sabtu, 22 Januari 2011

Nik Ajis tawarkan NoteBook dan BlackBerry kepada bloggers yang berminat menabur fitnah...

1.  Pakatan Rakyat nampaknya begitu bersungguh-sungguh mahu mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandang oleh YB Badrul. Semalam, Speaker DUN Selangor telah mengumumkan bahawa kerusi DUN Pelabuhan Klang telah kosong. Ini berikutan menurut Pakatan rakyat, ADUN tersebut telah gagal untuk menghadirkan diri ke Sidang Dun selama 6 bulan tanpa sebarang sebab yang munasabah.

2.  Semalam, YB Badrul menafikan bahawa beliau gagal menghadirkan diri tanpa sebab. Menurut beliau, satu surat sakit yang menyatakan sebab kenapa YB Badrul tidak dapat hadir ke sidang telah diserahkan kepada Speaker DUN Selangor. Untuk makluman, kerusi DUN Pelabuhan Klang sebanrnya telah dimenangi oleh YB Badrul atas tiket PKR. YB Badrul kemudiannya telah mengumumkan untuk keluar dari Pakatan rakyat sebagai wakil rakyat Bebas sebelum mengumumkan untuk menyertai UMNO.

3.  Tindakan YB Badrul yang keluar dari Pakatan rakyat memberi satu tamparan hebat kepada kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid. Tindakan ini juga telah memberi satu kesukaran kepada kerajaan negeri untuk membuat perubahan atau menggubal perlembagaan negeri yang memang sedia maklum memerlukan mandat 2/3 majoriti dalam dewan.

4.  Sebagai rekod, ADUN Pakatan Rakyat yang berjaya membentuk kerajaan negeri sebenarnya kini masih kekurangan 2 undi untuk mendapatkan mandat 2/3 majoriti. Disebabkan ini juga sehingga hari kerajaan Pakatan rakyat masih gagal menggubal undang-undang berhubung isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri. Mustahil untuk Pakatan Rakyat mengharapkan sokongan dari ADUN lain termasuk dari BN untuk memenuhi mandat 2/3 yang mereka ingini.

5.  Jadi mahu tak mahu kerajaan Pakatan Rakyat perlu menjari jalan bagai mana untuk menjadi sebuah kerajaan negeri yang memiliki mandat untuk memerintah dan menggubal undang-undang. Salah satu cara yang bermain di fikiran mereka adalah dengan mencari jalan bagaimana hendak mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang bagi mengadakan Pilihanraya Kecil semula di sana.

6.  Ini kerana, berdasarkan rekod dan keputusan Pilihanraya UMUM yang lepas, jelas menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat berjaya memperolehi majoriti lebih daripada 4000 undi. Jadi dengan ini mereka sangat yakin sekiranya mereka berjaya mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang maka sacara tak langsung mereka mampu memenangi kerusi tersebut jika Pilihanraya Kecil diadakan.

7.  Seperkara lagi, menurut Harakah Daily, PAS kononnya sedang berusaha untuk menangkis sebarang usaha menfitnah dan memburuk-burukkan yang menurut dakwaan mereka datang daripada beberapa bloggers pro-kerajaan. Malah Harakah Daily juga turut menyebut beberapa laman blog yang kini sedang mengancam kedudukan dan kredibiliti PAS.

8.  Apapun, para bloggers yang pro-Pakatan patut berasa bersyukur kerana telah menerima saguhati dari pemimpin PAS sewaktu perjumpaan antara bloggers dan kepimpinan PAS. Menurut sumber antara saguhati yang diperolehi adalah antaranya RM500 seorang, Note book, Blackberry. Jadi memang sepatutnya lah untuk para bloggers pro pakatan lebih bekerja keras untuk menabur fitnah dan mencaci maki.
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE