Ahad, 30 Januari 2011

N. Gobala ter'tampar' anggota polis sebelum ter'sumbat' ke dalam lokap... Azminlah rupanya yang terbahak-bahak ketawa...

1.  Aduh !!! Dah lebam dahi Sang Anwar gara-gara ditepuk dek tangan sendiri. Semuanya angkara tindakan bekas orang kanan, orang kuat, bekas pencacai, bekas lembu dicucuk hidung milik Sang Anwar yakni YB N. Gobala yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Serai setelah mengumumkan untuk meletak semua jawatan dalam PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas. Beliau membuat pengumuman tersebut menerusi laman twitternya.

 2.  Tindakan Gobala ini merupakan sambungan pada rentetan tindakan wakil rakyat Pakatan Rakyat yang kebanyakannya dari PKR keluar dari parti dan menjadi wakil rakyat Bebas. Malah kedudukan konsesus Bebas dalam Parlimen juga dilihat semakin mantap dengan pertambahan ahli oleh YB Gobala. Secara keseluruhannya pula, BN hanya memerlukan 3 kerusi lagi dari Pakatan Rakyat untuk memperolehi 2/3 suara dalam parlimen jika semua MP Bebas mesra BN.

3.  Tindakan Gobala memang sudah diduga sejak dari awal apabila kebelakangan ini beliau dilihat begitu lantang menghentam kepimpinan PKR terutama Anwar dan Azmin. Beliau turut mengkritik pemilihan Majlis Tertinggi PKR yang disifatkan sebagai tidak adil hingga mengakibatkan beliau tewas dalam merebut jawatan Naib Presiden. Kekecewaan Gobala kepada PKR terus memuncak apabila Anwar dan Azmin memilih untuk melantik orang baru yakni N. Surendran sebagai Naib Presiden Parti.

4.  Dalam masa yang sama, Gobala turut mendedahkan beberapa isu panas di dalam laman twitternya terutama membabitkan Sang Anwar dan Azmin. Antaranya, Gobala mendakwa bahawa Sang Anwar menjadi dalang di sebalik tindakan menutup dan cuba meroboh sebuah kuil India. Akibat kritikan pedasnya, akhirnya Gobala telah diarahkan untuk memberi surat tunjuk sebab kepada parti atau tindakan keras dikenakan. Susulan kepada arahan ini, Gobala dengan angkuh menyatakan bahawa beliau tidak akan menjawab sebarang surat tunjuk sebeb sehingga Anwar menafikan semua tuduhan yang dibuatnya.

5.  Dan hari ini, Ahli Parlimen Padang Serai secara rasminya mengumumkan untuk keluar PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas. Sukar untuk dipercayai dengan tindakan Gobala ini jika faktor pengorbanan, usaha keras dan sokongannya kepada Anwar selama ini diimbas semula. Siapa yang tidak kenal dengan N. GobalaKrishnan. Seorang pengikut Anwar yang begitu agresif, radikal, berani, lantang bersuara dan bertindak serta sanggup melakukan apa sahaja demi PKR.

6.  Kehadiran Gobala di setiap Pilihanraya Kecil yang telah diadakan memang amat mengerunkan. Bukan sahaja menggusarkan parti lawan yakni BN malah kehadirannya pasti akan diberi perhatian yang lebih oleh pihak polis. Lihat sahaja bagaimana Gobala melakukan provokasi melampau hingga memaksa pihak polis bertindak agresif terhadapnya.

7.  Berbekalkan pembesar suara di tangan, Gobala akan melaungkan provokasi hingga mampu mencetuskan keadaan yang tegang. Pernah berlaku pergelutan, tolak menolak, tampar menampar, tumbuk menumbuk hingga terbaring di jalan sewaktu pihak polis cuba mengambil tindakan menenangkan N. Gobala. Akhirnya, baru-baru ini, Gobala mendedahkan bahawa tindakan agresifnya berlaku setelah menerima arahan peribadi dari Sang Anwar agar mencetuskan kekecohan agar akhirnya pihak polis dapat dipersalahkan kerana bertindak agresif.

8.  Lihat saja betapa taat dan setianya Gobala kepada Sang Anwar. Gobala sanggup dicucuk hidung seperti dipukau dan akibatnya telah disumbat ke lokap hanya disebabkan kesetiaannya yang tak berbelah bahagi kepada Anwar. Itu semua dahulu. Kini segala-galanya berubah. Jelas menunjukkan bahawa Anwar sudah tidak mampu menyembunyikan sifat jahat dan bangsatnya lagi. Gobala akhirnya sedar bahawa dirinya dipergunakan oleh Anwar dan Azmin untuk kepentingan mereka semata-mata.

9.  Percayalah, tindakan Gobala yang keluar PKR bukanlah penamat, Selepas ini sudah pasti lebih ramai lagi pemimpin dari Pakatan Rakyat terutama PKR akan mengikut jejak N. Gobala untuk keluar dari PKR. PKR kini bukan lagi memperjuangkan keadilan kepada rakyat. PKR kini sebenarnya menjadi sebuah parti eksklusif milik mutlak Anwar dan Azmin. Malah tidak keterlaluan jika SMB katakan bahawa Azmin lah punca semua ini berlaku dan tidak mustahil Azmin mempeunyai agenda tersendiri untuk berkuasa sepenuhnya dalam PKR, termasuk menyingkirkan Anwar bila tiba masanya. SMB akan dedahkan hal ini dalan entry akan datang...

"Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu.

Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.
"Selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam PKR dan teruskan kerja saya melalui NGO baru," katanya dalam mesej yang diposkannya jam 10.50 pagi tadi.

Namun Gobalakrishnan, tidak menyebut nama badan bukan kerajaan (NGO) baru yang akan disertainya bagi meneruskan kerja-kerjanya.
NONEDi Kulim, Bernama melaporkan Gobalakrishnan, juga mengisytiharkan dirinya keluar daripada PKR dan
kini menjadi ahli parlimen Bebas berkuat kuasa serta merta.

Gobalakrishnan, 50, mengumumkan keputusan itu pada sidang media yang diadakan di pejabatnya di Paya Besar Lunas, dekat Kulim.

Dengan keputusannya itu, katanya beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak akan mengeluarkan sebarang surat mengenai perkara itu kepada PKR.
Sudah fed up

"Saya sudah fed up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR," katanya.

Katanya beliau bersama beberapa orang temannya terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai.

Beliau juga sempat membidas Anwar yang dakwanya bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja dalam mencapaikan cita-citanya tetapi kaum India juga tidak terkecuali.

azlanKatanya beliau yakin hasrat Anwar untuk menakluk Putrajaya akan tersasar sekaligus gagal kerana bagaimana mahu mentadbir negara dengan masalah dalaman parti pun semakin teruk.

"Kerana itulah saya membuat keputusan keluar parti yang saya juga menjadi salah seorang pengasas ketika penubuhannya. Nampaknya parti ini sudah nak runtuh, jadi biarlah saya keluar sebelum “rumah” ini runtuh," katanya.

Gobalakrishnan berkata tindakannya keluar parti adalah tindakan bersendirian dan terpulanglah kepada penyokong-penyokongnya sama ada mahu ikut bersamanya atau kekal sebagai anggota PKR.

Sementara itu, Setiausaha PKR Cabang Padang Serai S Nagalingam yang turut hadir pada sidang media itu berkata timbalan pengerusi cabang berkenaan Johari Ismail akan memangku jawatan ketua cabang yang dilepaskan Gobalakrishnan.
Majoriti 2/3
Empat ahli parlimen telah meninggalkan PKR sejak pilihan raya umum 2008 - Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) manakala seorang lagi Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Bahru) dipecat dari parti.
azlanPKR kini mempunyai 23 kerusi di Dewan Rakyat, berbanding 30 yang dimilikinya selepas pilihan raya umum Mac 2008.
Selain yang dipecat dan berpaling tadah, mereka juga gagal mempertahankan kerusi Hulu Selangor berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad.
DAP mempunyai 29 kerusi dan PAS pula, 23.
BN hanya memerlukan tiga lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk berpaling tadah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Jumlah yang diperlukan adalah 148 kerusi dan ini boleh dicapai menerusi 138 kerusi yang dimenanginya bersama sokongan tujuh ahli Bebas yang mesra BN (termasuk MP Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali) berserta tiga yang lain.
Sudah diduga
Keputusan yang diambil Gobalakrishnan bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau dikatakan enggan menjawap surat tunjuk sebab PKR yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.

Sebaliknya dalam jawapan angkuhnya di Twitter pada 21 Januari lalu, Gobalakrishnan berkata, "Kenapa mesti saya jawab surat tunjuk sebab? Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan parti mesti jawap soalan saya dulu. Saya tak akan berhenti sehingga mereka jawab.”
Kemarahan Gobalakrishnan memuncak apabila beliau tewas pada pemilihan PKR yang didakwanya dicemari penyelewengan.

Beliau semakin berang apabila kepemimpinan parti itu, melantik pendatang baru, N Surendran sebagai naib presiden. Gobalakrishnan mendakwa ahli politik novis itu tidak mampu mewakili kepentingan masyarakat India.

NONESerangan terakhirnya ke atas PKR apabila dia mengecam pemimpin parti itu kerana terbabit dengan perasmian Kuil Sivan di Petaling Jaya dan mendakwa Awnar secara peribadi mengarahkan kuil itu ditutup menyaksikan beliau diberi amaran.

Namun, Gobalakrishnan enggan menutup mulut tetapi sebaliknya, beliau banyak memuat-naikkan beberapa ulasan di Twitter di mana beliau membidas pemimpin parti, khususnya Anwar dan timbalan presiden, Azmin Ali." - MalaysiaKini
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE