Advertisement - Contact Us

Maaf tidak wajar diterima begitu sahaja. Perlu kenakan tindakan baru PADAN MUKA...

1.  Begitu mudah untuk memohon maaf. Setelah jelas melakukan kesilapan dan kesalahan dengan mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan, selepas itu memohon maaf. Perlu diingat "Terlajak perahu boleh diundur' terlajak kata buruk padahnya".

2.  Bagi SMB, hukuman dan tindakan tetap perlu dikenakan terhadap ADUN Sri Muda ni. Penerimaan maaf adalah perkara kedua. Dah memang sewajarnya untuk memohon maaf tatkala jelas melakukan kesalahan. Hukuman yang perlu dikenakan bukan bertujuan untuk membebankan, tetapi sebagai peringatan kepada ADUN tersebut dan kepada orang ramai agar sentiasa menjaga mulut dan lidah serta mengawal tatasusila agar kesalahan seperti ini tidak berulang.

3.  Tanpa hukuman yang sewajarnya akan menjejaskan ketegasan, kredibiliti dan maruah pihak istana. Orang ramai termasuk golongan yang tidak bertanggungjawab seperti ini tidak berasa takut untuk melakukan kesalahan sama jika maaf diterima begitu sahaja tanpa disusuli hukuman sewajarnya. Mereka akan beranggapan bahawa hanya dengan memohon maaf akan dapat menyelesaikan masalah yang mereka timbulkan secara sengaja.

"SHAH ALAM, 5 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei bersedia meminta maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tersinggung dengan kenyataannya dalam laman blog srimuda.blogspot.com yang disiarkan pada 30 Disember lalu.

Beliau bagaimanapun tidak mengakui kenyataannya itu ditujukan kepada Sultan Sharafuddin tetapi kepada Setiausaha Sulit baginda dan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang memberikan tafsiran mereka sendiri ke atas peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.


Shuhaimi juga menuduh media, terutamanya Utusan Malaysia memanipulasi kenyataan beliau di blog tersebut.
Kenyataan itu disampaikan oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Azmizam Zaman Huri pada sidang akhbar di pejabat DUN Sri Muda di Kota Kemuning di sini.

Azmizam juga memberitahu yang Shuhaimi tidak dapat hadir pada sidang akhbar itu kerana menghadiri program bersama rakyat." - Utusan Online

2 Ulasan

  1. Salam Suara Melayu Baru ...

    Mantap artikel anda. Minta izin linkkan blog saudara bersama blog kami. Wasalam.

    BalasPadam
  2. Tu lah masa PRU dulu PKR tak sangka nak menang jadi segala orang drebar teksi ke... mangkuk ke nak jadi calun mereka terima.

    Termasuk lah dia ni yang kelihatannya kurang akal yang layak jaga bot penambang jer.

    Tiada kewibawaan langsung.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama