Khamis, 6 Januari 2011

Khalid Ibrahim : Sudah la gagap, bengap pula. Betapa malangnya Negeri Selangor...

1.  Alahai... Kesian lak bila tengok Khalid Ibrahim cuba menegakkan benang yang basah. Sampai tergagap-gagap punya cuba nak menipu rakyat. Ntah kalau dibiarkan Khalid bercakap mungkin boleh meleleh-leleh air liur dibuatnya.

2.  Inilah sebenarnya perwatakan yang dimainkan oleh Khalid Ibrahim. Dari mula menjawat jawatan Menteri Besar Selangor hinggalah sekarang. Bijak memanipulasikan pelbagai fakta dan perkara. Mungkin bersandarkan kebolehan inilah yang membuatkan Khalid terus mampu kekal bertahan di persada Menteri Besar. Ditambah pula sokongan dari 'malaun-malaun' PR yang lain membuatkan Khalid terus ampuh.

3.  Ini jugalah yang berlaku dalam isu membabitkan perlantikan SUK Negeri selangor. Kenyataan yang dibuat oleh SU Sultan mahupun sultan Selangor sendiri berjaya disalahtafsir oleh 'mangkok' bernama Khalid Ibrahim. Malah Khalid dengan begitu yakin mengadakan sidang media kononnya telah mendapat perkenan dan sokongan istana bagi menghalang perlantikan SU yang baru.

4.  Adakah Khalid bertindak begitu berani untuk memanipulasi kenyataan istana? Ataupun sebenarnya Khalid begitu bodoh untuk menentang perlantikan ini? Khalid perlu sedar tindakannya kali ini bakal memakan diri sendiri malah tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ia bakal membuka kebodohan diri sendiri dan pantadbiran di bawahnya.

5.  Khalid dengan begitu angkuh ingin mengadakan Sidang DUN Tergempar dan berhasrat untuk menggubal Undang-Undang Tubuh Negeri selangor. Perlu diingat, kerajaan PR selangor bukanlah 2/3 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Mereka memerlukan sekurang-kurang 2 sokongan dari BN untuk mencapai hasrat mereka menggubal undang-undang. Mampukah Khalid meyakinkan 2 ADUN BN untuk mencapai hasratnya itu?

6.  Sultan Selangor juga dalam kenyataan Baginda hari ini juga jelas membayangkan kekecewaan terhadap tindakan yang dibuat oleh Khalid ini. Baginda juga sebenarnya tidak merestui hasrat Khalid untuk mengadakan Sidang DUN Tergempar. Menurut Sultan Selangor, Khalid perlu mendapat perkenan Istana jika mahu menggubal sessuatu undang-undang terlebih dahulu.

7.  Sebenarnya pertemuan Khalid dan Sultan Selangor semalam langsung tidak memihak kepada Khalid. Itulah hakikatnya. Baginda Sultan tahu bahawa kuasa perlantikan SUK terletak di tangan SPA secara mutlak. SPA boleh menerima pandangan dari kerajaan negeri namun perlu diingat SPA tidak semetinya melantiik berdasarkan senarai yang diberi oleh kerajaan negeri.

8.  Tindakan Khalid yang tidak menghadiri majlis anjuran istana juga menunjukkan keputusan yang dibuat oleh istana jelas bertentangan dengan apa yang diingini oleh Khalid. Niat tersembunyi Khalid mungkin untuk mensabotaj pihak istana atas rasa ketidak puasan hati Khalid terhadap keputusan yang dibuat istana. SMB yakin bahawa kerajaan PR tidak akan mampu bertahan lama sekiranya hubungan dingin antara kerajaan negeri dan pihak istana diambil kira.

9.  Hakikatnya, apa yang sedang dilakukan oleh Khalid dan konco-konconya hanyalah untuk mendedahkan kebodohan dan kedangkalan diri sendiiri. Hala tuju mereka hanyalah untuk menegakkan benang yang basah. Isu yang dibangkitkan jelas tidak rasional dan menunjukkan betapa kolotnya mereka dalam hal-hal pentadbiran. Mereka sentiasa berlagak bak pembangkang walaupun sebenarnya sebuah kerajaan negeri. Natijahnya, mereka gemar bermusuhan dengan kerajaan persekutuan hingga mengheret institusi DiRaja dalam permusuhan ciptaan mereka.

Show Comments: OR

3 ulasan:

  1. Nak habak mai .. Si Gagap ni banyak jasanya kat orang melayu. Semasa kat PNB dulu PNB kasi dividen ada yg sihingga 20%. Kalau di bandingkan dgn MB atau Menteri drp BN dia jauh lebih bijak.
    Hangpa ingat KJ tu bijak ke ? Umno hampir lingkup semasa bapa bininya jadi PM.

    BalasPadam
  2. ada yang hebatnya dengan si gagap ni...tapi sayang...kehebatannya dipergunakan oleh anwar hingga membuatkan dia jadi bengap...

    BalasPadam
  3. ye ke bijak?
    sekarang ni macam hampeh je aku tengok..
    dahlah gagap, bengap pulak tu.
    sejak jadi jurucakap DAP
    bertambah lagi gagapnya.
    seriously memang aku malu ada MB macam tu..
    kekadang rambut pun serabai..
    pakai samping pun macam nak terburai..

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE