Isnin, 3 Januari 2011

Jumlah 'anak haram' yang akan lahir 9 bulan akan datang bakal berkurangan... Syabas JAIS !!!

1.  Syabas kepada Jabatan Agama Islam Selangor di atas operasi pencegahan maksiat yang dijalankan pada malam tahun baru yang lalu. Dengan operasi yang dijalankan ini setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah kelahiran anak luar nikah pada 9 bulan yang akan datang. Ini kerana, mereka yang telah ditahan mungkin belum sempat melakukakn maksiat.

2.  SMB juga berharap agar operasi seperti ini dijalankan setiap masa, bukan hanya tertumpu pada hari-hari tertentu. Semua Jabatan Agama di setiap negeri juga perlu mengambil inisiatif seperti JAIS bagi mengurangkan kadar kemaksiatan yang berlaku. Kekerapan operasi yang dijalankan akan membuatkan orang ramai takut untuk melakukan maksiat.

3.  Selain itu, tindakan keras juga perlu dikenakan kepada pihak hotel kerana membenarkan pelaku maksiat menggunakan hotel mereka bagi melakukan perkara sumbang. Pusat-pusat hiburan yang membenarkan orang Islam meminum minuman keras di premis mereka juga perlu dikenakan tindakan. Permis ini hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan sewajarnya denda yang sangat tinggi mesti dikenakan jika mereka melanggar peraturan hingga menjejaskan keuntungan yang diperolehi.

4.  Selain itu, mereka-mereka yang ditahan keran melakukan perkara maksiat juga perlu dikenakan tindakan keras mengikut undang-undang Islam. Denda RM1000.00 sebenarnya sudah tidak relevan kerana jumlah kecil ini pastinya mampu dibayar. Mereka juga perlu diberi kaunseling dan amaran keras agar tidak mengulangi kesalahan disampin dinasihatkan agar segera mendirikan rumah tangga.


5.  Ahli keluarga dan ibu bapa juga perlu dipanggil untuk sessi kaunseling. Meraka juga mesti dimaklumkan akan perilaku anak-anak mereka. Terdapat kes di mana faktor ibu bapa juga menjadi penyebab berlaku maksiat di kalangan anak-anak. Hantaran yang terlalu tinggi hingga membebankan, kurangnya didikan agama dan perhatian ibu bapa, halangan untuk berkahwin atas alasan belum bersedia dan pelbagai lagi punca dari ibu bapa menjadi faktor anak muda memilih untuk melakukan maksiat dan perkara sebegini perlu dipandang serius.

"263 orang dikenakan tindakan berkhalwat dalam operasi Ambang Tahun Baru 2011

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan 140 pasangan dalam operasi mencegah kemungkaran secara besar-besaran di seluruh Selangor sempena malam 'Ambang Tahun Baru 2011' malam kelmarin.

Daripada jumlah itu, 263 orang dikenakan tindakan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995 Negeri Selangor kerana kesalahan berkhalwat, manakala pasangan mereka yang bukan beragama Islam dilepaskan.

Selain itu, 43 kes membabitkan tindakan kaunseling dan 98 kes lain hanya menerima arahan beredar.


Pegawai Perhubungan Awam (JAIS), Nurhamizah othman, berkata operasi itu dilakukan di beberapa lokasi tumpuan pengunjung dengan fokus utama membabitkan kelakuan kurang sopan di tempat awam, minum arak dan berkhalwat.

Katanya, operasi membabitkan dua fasa itu dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan dan pegawai masjid di semua daerah terbabit.

"Fasa pertama dimulakan dengan memberi perhatian di kawasan panas iaitu tempat tumpuan pengunjung setiap kali sambutan tahun baru, seperti taman rekreasi, dataran dan sekitar pusat beli-belah terkemuka.

"Kawasan seperti ini sangat popular di kalangan pengunjung terutama remaja setiap kali menjelang awal tahun baru berikutan kawasan terbabit turut menganjurkan majlis sambutan dengan menyediakan pertunjukan bunga api dan konsert yang disertai artis," katanya yang ditemui di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, sejurus operasi berakhir, kelmarin.

Nurhamizah berkata, pada fasa kedua, operasi ditumpukan di hotel bajet yang di sekitar negeri ini yang sering digunakan kebanyakan remaja dan dewasa untuk melakukan kegiatan maksiat selepas berakhirnya sambutan tahun baru.
Katanya, mereka yang ditahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam ialah remaja berusia 13 hingga 21 tahun, manakala mereka yang terbabit khalwat pula terdiri daripada mereka yang berusia 19 tahun hingga 30-an.

"Bahagian Penguatkuasaan JAIS turut menahan beberapa pasang pelajar institusi pengajian tinggi (IPTA) yang didapati bersekedudukan di hotel bajet sekitar Selangor.

"Malah, terdapat beberapa orang yang ditahan turut didapati positif mengambil dadah selepas menjalani ujian saringan air kencing dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)," katanya." - B. Harian Online

Show Comments: OR

1 ulasan:

  1. Nikah kan je, tak perlu buang masa dengan masuk keluar Mahkamah, Kalau dah nikah, korang nak buat apa pun korang punya pasal jangan meliwat dah le, kalau masuk Mahkamah tak semestinya dia nak bertaubat, jadi jawapan yang sesuai NIKAH KAN JE

    m8

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE