Sabtu, 15 Januari 2011

Hilang bau syurga kalau buat Nik Ajis murka... Baik minta ampun segera !!!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui beliau marah dengan penulis blog termasuk propembangkang kerana memperbesarkan isu pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau akan menegur penulis blog propembangkang kerana menulis cerita ‘khianat’ terhadapnya mengenai isu tersebut pada majlis dialog tertutup dengan golongan tersebut di Kuala Lumpur.


“Isu pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong saya tutup buku dah, bahkan saya sudah sebut, pendirian saya semasa jumpa tempat sulit dengan tempat terang serupa sahaja.


“Tetapi tentulah kena tegur blogger, nak dengar atau tidak itu dia punya pasal. Macam kawan kita (yang) buat khianat kepada kita, kita kena sebut kepada dia jangan buat begitu, dia nak dengar atau tidak itu dia punya pasal, dosa dia tanggung.
 
“Blogger atau tok guru atau ibu bapa, bahkan sesiapa pun serupa sahaja, hidup atas dunia ini kena faham bahawa kita menumpang bumi Allah, menumpang makan butir padi Allah buat, menumpang udara Allah buat, menumpang segala-gala,” katanya.


Nik Abdul Aziz diminta mengulas tujuan pertemuan beliau dengan lebih 150 penulis blog pada Majlis Makan Malam dan Dialog di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.Program anjuran Kerajaan Pas Kelantan itu akan turut dihadiri beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan telah dirancang sejak tahun lalu sebagai sebahagian persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Namun isu pertemuan di Istana Terengganu pada 24 Disember tahun lalu dijangka dibangkitkan penulis blog propembangkang yang tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Nik Abdul Aziz sebelum ini. Pertemuan yang telah menghangatkan kembali isu penyatuan antara UMNO dan Pas dikatakan telah membimbangkan beberapa pihak dalam pakatan yang didokongi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.


Kemuncak kebimbangan itu jelas dilihat apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa memberi penjelasan mengenai pertemuan itu kepada pemimpin tertinggi pembangkang lain termasuk kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Show Comments: OR

5 ulasan:

  1. ahah jadi para2 blogger yang nak masuk syurga ala PAS tu pi la sujud sembah daulat pd nik aziz,kan di doakan masuk nereka susah kita nanti,

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Salam.. Terima kasih kerana link kan artikel saya di dalam blog tuan.. mohon jasa baik tuan untuk link kan blog saya di dalam blog tuan..
    www.malaysianutd.blogspot.com
    TQ

    BalasPadam
  4. gi syurga naik roket biaDAP...
    dia ingat syurga tu bapak dia punya ke?.
    bolih menentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak masuk.
    kenapa baghal sangat ahlul2 pasberg nih.
    pasberg kata orang islam bolih jual arak..
    khalid gereja peminum tegar...
    untung jadi ahlul pasberg...tak lama lagi bolih makan babi panggang bersama cina biaDAP.
    nik ajis sedang berunding dengan ALLAH minta halalkan babi.

    BalasPadam
  5. Mohon promosikan blog kami untuk PRK Tenang.

    http://tenangprk.blogspot.com/

    Terima kasih.

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE