Isnin, 3 Januari 2011

AWAS !!! Semakin ramai 'penderhaka' akan timbul semata-mata untuk terus dicalonkan dalam PRU akan datang...

1.  Alahai... Mungkin inilah strategi puak Pakatan Rakyat semata-mata untuk melonjakkan nama mereka. Seperti sudah menjadi trend tatkala menghampiri desas desus pilihanraya umum yang dijangka kian hampir. Jika sebelum ini mereka ini hanyalah sekadar pemimpin Pakatan Rakyat yang 'mangkuk hayun' dan langsung tidak menyumbang kepada rakyat dan negara namun kini semua nya berubah.

2.  Mereka cuba menggunakan pelbagai isu yang sebenarnya langsung tidak relevan hanya untuk melonjakkan publisisti murahan mereka. Segala-galanya hanyalah untuk satu tujuan, ingin terus kekal sebagai wakil rakyat baik di peringkat ADUN ataupun Parlimen.

3.  Semuanya ingin menjadi hero di mata Anwar Ibrahim agar nama terus dikekalkan dalam list Anwar sebagai calon untuk bertanding dalam PRU yang bakal menjelang tiba. Mereka inilah kononnya pembela nasib rakyat, pejuang keadilan dan pemimpin yang taat setia kepada Anwar. Walhal jika dinilai sumbangan mereka sepanjang diangkat sebagai wakil rakyat, jelas dan nyata, "HAPRAK".

4.  Terbaru berkenaan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh ADUN Sri Muda. Siapa sebenarnya ADUN Sri Muda ni? SMB langsung tidak mengenali siapakah dia. Mungkin disebabkan ADUN ini terlalu sibuk mengaut kekayaan tatkala memegang jawatan ADUN hingga namanya tidak langsung popular sebagai pemimpin yang berbakti kepada negara dan rakyat.

5.  Namun kini semuanya berubah. Berbekalkan isu perlantikan SUK baru negeri Selangor, maka ADUN ini bersungguh-sungguh membangkang keputusan Sultan Selangor atas perlantikan ini. Tidak kisahlah digelar penderhaka atau pengkhianat, asalkan dapat melonjakkan nama di mata Anwar, itu sudah memadai.




6.  SMB amat bersetuju dengan cadangan YB Zulkifli yang mahu kerajaan atau pihak berkuasa mengenakan tindakan undang-undang termasuk ISA terhadap ADUN 'bangang' ini. Kenyataan ADUN ini sebenarnya sangat berbahaya dan jelas menderhaka atas keputusan Sultan. Tindakannya juga boleh mencetuskan rasa kurang selesa di kalangan rakyat dan boleh menggugat ketenteraman negara.

"KUALA LUMPUR 2 Jan. – Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini mencadangkan beberapa tindakan tegas diambil ke atas pihak yang menghina serta menderhaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Muhammed Khusrin Munawi.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, semua pihak yang mengugut dan menentang perkenan Sultan Sharafuddin dalam isu tersebut perlu didakwa di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana ‘Perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya gantung sampai mati.

Selain itu katanya, pertuduhan alternatif juga boleh dibuat di bawah Seksyen 121 (1B) kerana ‘merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan raja pemerintah sebuah negeri’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya pula adalah penjara seumur hidup.

“Ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan, apatah lagi bertolak ansur, kerana amat biadab lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat di negeri Selangor melakukan perbuatan derhaka seperti itu. Jangan biarkan mereka ini terus memaki-hamun dan mempertikai kedudukan sultan kerana kelak ia menjadi barah.

“Bagi maksud ini, teman (saya) mencadangkan kepada mana-mana rakyat Selangor supaya membuat laporan polis menurut Seksyen 121 atau Seksyen 121 (1B) supaya tindakan segera boleh diambil. Kita tidak mahu sejarah membaringkan diri di bawah kereta sultan berulang lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com, bagi menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap beberapa pemimpin pembangkang yang berterusan mempertikai, menentang serta mengugut Sultan Selangor dalam isu pelantikan Mohammed Khusrin.

Antara paling biadab ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang mendakwa, ketegasan Sultan Sharafuddin untuk tidak berganjak daripada keputusannya merestui pelantikan Mohammed Khusrin, biarpun mendapat pelbagai kecaman daripada pembangkang, sebagai ego.

Malah, tidak cukup dengan kebiadaban itu, wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut juga menyifatkan pelantikan SUK baru berkenaan sebagai bukti tindakan pilih kasih yang diamalkan oleh institusi beraja Selangor terhadap pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, jika pemimpin pembangkang masih hendak mempolitikkan isu tersebut serta sengaja mahu menimbulkan ketegangan, beliau mencadangkan darurat diisytiharkan di negeri Selangor dan dilantik sebuah Majlis Gerakan Negeri untuk mentadbir negeri buat sementara." - Utusan Online

7.  Rakyat sepatutnya sudah boleh menilai siapa pemimpin yang berbakti kepada rakyat dengan pemimpin yang berbakti kepada poket sendiri. Manusia seperti ADUN Sri Muda ini sewajarnya tidak boleh diberi peluang lagi untuk menjadi wakil rakyat. Semua orang memerlukan wang dan kuasa untuk hidup, tetapi tidak septutnya wang dan kuasa didahulukan melebihi kepentingan kepada rakyat dan negara.

Show Comments: OR

1 ulasan:

  1. kan dulu masa PRK Hulu Selangor, Paduka Tuanku pernah bertitah: Tak suka cara pemerintahan baginda, tak yahlah dok kat Selangor.

    bahasa halus si bingai: "Pegi berambuslah dari Selangor."

    Aku Yang Bingai

    Bolasepak - Kontrak Rajagopal bagai telur di hujung tanduk?

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE