Advertisement - Contact Us

AWAS !!! Cikgu Maarof mengalami halusinasi sewaktu berkempen bersama Cikgu Mala... Bahaya untuk Cikgu Mala dan seluruh penduduk DUN Tenang...

1.  Inilah contoh manusia yang mahu menjahanamakan masa depan anak bangsa. Tatkala diamanahkan untuk membimbing, mengajar dan mengasuh anak bangsa, mereka ini memilih untuk mengabaikan tanggungjawab dan cenderung untuk menumpukan perhatian kepada perkara tak sepatutnya. Cikgu Maarof yang juga suami calon PAS, Cikgu Normala sebenarnya bukanlah ikhlas sangat untuk memikul tanggung jawab sebagai seorang guru.


2.  Apatah lagi untuk mengajar di sekolah milik kerajaan. Sebagai seorang ahli PAS yang juga merupakan pembangkang pastinya minat untuk mengajar di sekolah kerajaan bukanlah menjadi keutamaan. Cikgu Maarof hanya mahukan gaji yang dibayar sebagai guru bukan untuk mendidik para pelajar apatah lagi di sekolah milik kerajaan.

3.  Jadi tidak hairanlah melihat Cikgu Maarof sanggup mengambil cuti sakit yang panjang. Biasanya, gaji akan tetap dibayar walaupun mengambil cuti sakit asalkan ia masih dalam kuota yang dibenarkan. Sebagai seorang yang diistiharkan sebagai sakit oleh pakar perubatan jadi sedikit ganjal apabila kita melihat Cikgu Maarof langsung tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit sepanjang beliau membantu isterinya berkempen di DUN Tenang.

4.  Jika ini keadaannya, maka Cikgu Maarof sebenarnya tidak layak menerima cuti sakit apatah lagi hingga mencecah hampir sebulan. Tindakannya merupakan satu kerugian yang amat besar kepada kerajaan, sekolah, masyarakat dan para pelajar di bawah bimbingannya. Tindakan Cikgu Maarof membuktikan sikapnya yang mempergunakan keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan kepada kakitangannya tanpa rasa tanggungjawab.

5.  Menurut laporan media, Cikgu Maarof mendapat cuti sakit setelah disyaki mengalami kemurungan yang agak serius. Perlu diingat, kemurungan merupakan sejenis penyakit yang mempunyai kaitan dengan masalah mental. Ia boleh diakibatkan oleh pelbagai faktor malah kesan jangka panjangnya juga boleh dikatakan berbahaya jika tidak dikawal dari awal.

6.  Banyak contoh-contoh yang dapat kita lihat akibat dari penyakit kemurungan ini. Gangguan mental ini adakalanya boleh mencapai tahap mengalami halusinasi, bercakap seorang diri, hilang keyakinan diri dan pelbagai lagi. Malah terdapat kes kemurungan di mana melibatkan bunuh diri, mencederakan diri sendiri, kes membunuh ahli keluarga, mengugut dan banyak lagi kes yang tidak mahu kita dengar.

7.  Pada pendapat SMB, penyakit kemurungan tidak boleh dipandang ringan. Ia bukan sahaja melibatkan diri si pesakit tetapi ia membabitkan orang disekeliling termasuk ahli keluarga dan isteri. Menjadi tanggunjawab Cikgu Mala untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada si suami. Mampukah Cikgu Mala memberi khidmat terbaik kepada masyarakat DUN Tenang jika ditakdirkan menang apatah lagi dalam masa yang sama perlu menjaga suaminya yang sakit. Tekanan hidup yang melampau mungkin boleh mengakibatkan Cikgu Maarof hilang kawalan mental dan mungkin boleh mendatangkan bahaya kepada Cikgu Mala.

"PAS hari ini menafikan bahawa suami calonnya di kerusi pilihan raya kecil Tenang - Maarof Abdul Mutalib menghadapi penyakit serius seperti didakwa dalam akhbar arus perdana dan beberapa blog pro-BN.

NONEMenurut ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Hatta Ramli yang juga ahli parlimen Kuala Krai, setakat ini, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan suami Normala Sudirman itu menghadapi masalah kesihatan yang serius.

"Tidak ada indikasi beliau ada penyakit yang serius, yang bahaya, tidak ada.

"Beliau bukannya lumpuh atau hilang ingatan. Rasanya (ia) bukannya isu.

"Kalau ada pakar minta rujuk kepada pakar besar, terpulanglah pakar tersebut," kata Dr Hatta Ramli.

Beliau yang juga seorang pengamal perubatan berkata berdasarkan surat cuti sakit yang diberikan kepada guru berkenaan selama 21 hari, hanya mencatakan sakitnya sebagai "simple depressive disorder".

NONE"Masalah kemurungan boleh berlaku dalam banyak hal. Kita tidak tahu apa puncanya, tetapi beliau pernah digambarkan sewaktu isterinya diisytiharkan menjadi calon, beliau diarahkan berpindah 24 jam.

"Mengikut amalan perubatan antara tekanan dan kemurungan boleh berlaku kerana kematian keluarga, atau perpindahan. (Jadi) kemurungan mungkin boleh berlaku," katanya.

Dr Hatta mengulas laporan akhbar dan blog yang mempersoalkan status Maarof kerana bercuti cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Malah sijil sakit itu juga disiarkan di sebuah blog berkenaan dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.
Bersama isteri

Mengulas lanjut, Dr Hatta berkata pihaknya tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai kemurungan tersebut.

tenang ceramah normala received flowerBagaimanapun, katanya antara terapi dan jalan penyelesaiannya mengenai isu ini adalah bersama-sama dengan isteri, keluarga dan orang yang disayanginya.

Mengulas mengapa Maarof mengambil cuti yang banyak, Dr Hatta meminta perkara tersebut dirujuk kepada doktor yang memberi cuti berkenaan.

Beliau juga berkata sijil sakit itu "tidak wajar" didedahkan kepada umum kerana ia merupakan dokumen sulit dan peribadi antara majikan dan pekerja.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mempertahankan Maarof yang didakwa berkempen untuk isterinya.

"Beliau tidak kempen, atau memberi ucapan, tetapi (beliau) mendampingi isterinya," katanya.
Utusan Malaysia hari ini memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'. Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini." - MalaysiaKini

1 Ulasan

  1. Halal ke dui yang dimakan hasil tipu helah..kena tanya cikgu Mala tu?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama