Selasa, 25 Januari 2011

Akibat kecuaian Cikgu Mala, ramai anak muda telah hancur masa depannya...

1.  Percayakah anda, kerajaan sebenarnya telah kerugian berjuta ringgit hanya disebabkan seorang manusia bergelar muslimat bernama Cikgu Mala. Pastinya umum sudah mengenali siapa sebenarnya Cikgu Mala. Beliau merupakan calon PAS bagi pilihanraya kecil DUN Tenang. Lawan yang akan menanti beliau adalah Saudara Azhar @ Tok Ai dari BN.

2.  Kenapa SMB membangkitkan soal kerugian yang dialami oleh kerajaan gara-gara Cikgu Mala? Sebenarnya ia bagi menjawab semula dakwaan yang dikemukakan oleh PAS terhadap calon BN yang kononnya Tok Ai telah cuai sewaktu berkhidmat sebagai ADO hingga mengakibatkan tanah seorang penduduk telah dilelong.

3.  Malah percayakah anda, atas kelekaan dan kegagalan Cikgu Mala berkhidmat sebelum ini telah mengakibatkan ribuan anak-anak dan para pelajar telah gagal memperolehi keputusan cemerlang di sekolah. Bukanlah niat SMB untuk mempertikaikan hak Cikgu Mala untuk memilih prinsip perjuangannya bersama PAS, cuma ingin mengaitkan dakwaan 'bangang' yang dihadapi oleh Tok Ai dengan apa yang sepatutnya boleh dipertikaikan terhadap Cikgu Mala.

4.  Sepanjang zaman kanak-kanak hinggalah Cikgu Mala melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dan kemudiannya berjaya memasuki Maktab Perguruan, siapakah sebenarnya yang membantu Cikgu Mala hingga berjaya. Bukankah Cikgu Mala bersekolah di sekolah milik kerajaan dan menyambung pengajian di Maktab Perguruan juga milik kerajaan?

5.  SMB yakin dan percaya, jika dari mula kita sudah mengetahui bahawa pelajar kita seperti Cikgu Mala akan bangkit menjadi pembangkang kelak apabila dewasa maka nescaya kerajaan masih juga akan tetap akan menghulurkan bantuan kepada pelajar tersebut. Ramai juga pelajar yang datang dari keluarga yang hardcore pembangkang, namun kerajaan tetap tidak mengenepikan hak dan peluang pelajar tersebut walau jelas suatu hari nanti mereka akan meneruskan sinambungan keluarga mereka sebagai pembangkang.

6.  Kenapa kerajaan masih memberi bantuan? Niatnya murni dan tulus. Bagi melahirkan generasi yang berani bersuara, maju, berwawasan dan berpandangan jauh. Kerajaan tidak mempedulikan samada seseorang pelajar itu akan menyokong kerajaan atau akan bangun menentang kerajaan. Jadi tidak hairanlah jika kita lihat Cikgu Mala mampu terus berjaya di bawah bantuan kerajaan walaupun hari ini beliau menjadi calon menentang kerajaan.

7.  Dakwaan yang dihadapi oleh Tok ai sebenarnya bagi SMB adalah merupakan satu dakwaan yang tidak boleh diterima akal. Pemilik tanah tersebut memang mangakui bahawa dia telah gagal menjelaskan ansuran bulanan. Jadi rasionalnya dan pasti menjadi kelaziman bahawa tanah tersebut bakal mengahadapi tindakan dilelong. Dimana salah Tok Ai? Adakah disebabkan Tok Ai tidak menasihati pemilik tanah agar menjelaskan ansuran bulanan makanya keslahan tersebut ditanggung oleh Tok Ai?

8.  Jika itu diambil kira, maka tidak ada bezanyalah dengan apa yang berlaku pada Cikgu Mala. Adakah semua anak didik dan pelajar Cikgu Mala berjaya mencapai keputusan cemerlang dengan semua 'A'  sewaktu Cikgu Mala menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru? Jawapannya pastinya tidak. Maka hubung kaitnya, Cikgu Mala boleh dipersalahkan kerana cuai menjalankan tugas sebagai seorang guru hingga mengakibatkan tidak semua anak didiknya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

9.  Mungkin isu ini hanyalah isu kecil dan tak layak dibangkitkan dalam PRK DUN Tenang. Tetapi yang menariknya isu inilah yang digembar-gemburkan oleh PAS bagi menarik sokongan pengundi di sana. Adakah ini disebabkan PAS atau Pakatan Rakyat sebenarnya sudah betul-betul ketandusan isu dan sudah tidak ada agenda bernas untuk dibangkitkan? Hanya pemimpin PAS sahaja yang mempunyai jawapannya.
Show Comments: OR

1 ulasan:

  1. Salam,

    Nak tumpang tanya la??? kerajaan tu sapa sebanarnya??? rakyat ke individu???? mushkil la sampai hari ni nak jawap persoalan yg kawan tanya ni... klu yg individu tu nampak mcm Mesir la skang ni...yg rakyat tu mcm mana la plak kan??? TQ.

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE