Jumaat, 14 Januari 2011

ADUN Komtar : KIMMA mahu ADUN ini lompat dari tingkat 28 kalau masih tak mahu meletak jawatan...

1.  Berbelit-belit lidah ADUN Komtar ni bercakap bila ditanya berkenaan isu tindakan biadapnya termasuk kenyataan yang dikeluarkan dari mulutnya kepada peniaga nasi kandar di Pulau Pinang. Mungkin ini cara anak-anak buah Lim Guan Eng menyelesaikan masalah. Berdolak dalih dengan 1001 alasan dan akhirnya alasan tersebut jugalah yang menjerut leher sendiri.

2.   Semalam, ADUN Komtar tersebut mendakwa tindakannya yang membawa keluar tong gas dari premis peniaga nasi kandar tersebut adalah disebabkan dia ternampak api dari dapur berhampiran dengan tong gas tersebut. Jadi, dalam kekalutan antara peniaga dan penguatkuasa, timbullah si ADUN ini sebagi 'hero' yang kononnya cuba mengelakkan dari berlaku kebakaran.

3.   kih...kih...kih...Macam Superman daaa. Tapi yang peliknya, air muka ADUN tersebut tidak menggambarkan tindakannya yang sedang membantu. Manakan tidak, dengan wajah yang bengis dan angkuh, ADUN ini menepis tangan peniaga dan mengankat tong gas tersebut keluar walaupun sebenarnya tidak kelihatan pun api di sekitar tempat tersebut.

4.  Mungkin disebabkan tekanan dari pelbagai pihak apatah lagi kenyataannya yang menghalau peniaga nasi kandar ini sepaya 'balik India' membuatkan ADUN Komtar ini terpaksa mencari alasan bagi mengelakkan spekulasi dan sekaligus cuba meletakkan dirinya sebagai 'hero from zero'. Apapun, tak kisahlah kerana ADUN ini sudahpun memohon maaf kepada peniaga tersebut.

5.  Terserah kepada peniaga itu samada hendak menerima maaf atau tidak. Menariknya walaupun memohon maaf, ADUN ini masih mempertahankan lakonan heronya. SMB berharap agar perkara ini tidak berulang dan semua pihak perlu lebih bertanggungjawab terhadap tindakan dan setiap kenyataan yang dikeluarkan.

"DUN Komtar, Ng Wei Aik akhirnya tunduk kepada desakan sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang dan memohon maaf kepada seorang pengusaha restoran.

Permohonan maaf kepada Syed Kassali Mohammed Aliyar itu dibuatnya pada sidang media di bangunan Komtar, pagi ini.

ADUN DAP itu melahirkan kekesalan kerana bertindak kurang sopan ketika mengiringi sekumpulan pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan operasi ke atas restoran-restoran yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

NONESementara itu, Ketua Pemuda PKR Pualau Pinang, Amir Ghazali yang menjadi orang tengah dalam pertelagahan itu berkata permohonan maaf itu bagi mengekalkan hubungan baik yang telah terjalin lama di antara kerajaan negeri dan komuniti India Muslim.

"Menjaga baik usaha-usaha murni Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan para peniaga pelbagai kaum di Pulau Pinang.

"Meneguhkan semangat setiakawan dengan rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat, khusus merujuk kepada Ng Wei Aik," katanya.
Ng bagaiamanapun bertegas bahawa beliau tidak bersalah dan tidak pernah meluahkan kata-kata berbaur perkauman semasa kejadian itu.
"(Bagaimanapun saya) memohon maaf sekiranya ada ungkapan atau kata-kata yang dikeluarkan dengan sedar atau tidak sedar yang menyinggung perasaan Syed Kassali, keluarganya serta rakan-rakannya pada malam tersebut," katanya.

NONESebelum ini, Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang dan beberapa pertubuhan lain termasuk Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) memberi amaran bahawa protes lebih besar akan diadakan hari ini pada jam 2 petang di Komtar.
Tiada niat jahat
Ng pada kenyataan akhbarnya menjelaskan tindakan penguatkuasaan dilakukan ke atas restoran-restoran di Gat Lebuh Macallum, George Town itu kerana kejadian 2 Januari lalu yang melibatkan dua buah kenderaan itu hampir meragut nyawa pelanggan-pelannggan restoran nasi kandar berkenaan.

“Tindakan penguatkuasaan diambil MPPP untuk mengelakkan sebarang malapetaka yang lebih serius akan berlaku pada pelanggan-pelanggan restoran serta menjamin kepentingan dan keselamatan awam.

“Tidak wujudnya unsur atau niat jahat untuk tindakan-tindakan tersebut diambil,” kata beliau sambil menambah, sebarang tindakan yang diambil oleh MPPP dengan niat murni atau tujuan yang baik perlu disokong oleh semua pihak.

NONEDalam operasi itu, kakitangan MPPP telah merampas meja, kerusi dan peralatan atau struktur yang menghalang di sepanjang jalan dan kaki lima.

Pertelingkahan berlaku dan Ng didakwa menggunakan perkataan "tutup kedai, balik India, terhadap pemilik restoran, Syed Kassali.

Sehubungan dengan permohonan maaf itu, Amir berharap tidak ada lagi pihak yang cuba mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh dengan meniupkan sentimen perkauman.
"Marilah kita bersama-sama hidup di dalam negeri ini dengan suasana muhibbah, kasih sayang dan semangat kekeluargaan yang tinggi," katanya.
Kosongkan kerusi
Bagaimanapun ada pihak yang dikatakan masih tidak berpuas hati dengan permohonan maaf ADUN Komtar Ng Wei Aik dan menuntut beliau meletakkan jawatannya sebagai setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

NONEKumpulan itu juga mahu Ng mengosongkan kerusi Komtar kerana mendakwa ADUN itu mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman itu.

“Beliau mesti letak jawatan dengan segera, jika tidak kami akan protes,” kata penganjur protes itu, Abdul Ghani Mohammad Jiman yang juga adalah naib pengerusi persatuan peniaga Komtar.

“Jika tidak, kami tak peduli jika dia minta maaf, lompat dari tingkat 28 Komtar (pejabat ketua menteri) atau bunuh diri, kita akan terus berarak.

“Jika dia lompat dari tingkat 28... kita akan ada pilihan raya kecil.”" - MalaysiaKini
Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE