Advertisement - Contact Us

ADUN Komtar : Apa kata kita halau ADUN ini 'balik China'... Bawa sekali Guan Eng bersama...

1.  Amboi... garangnya ADUN Komtar ni. Selamba je menghalau peniaga Nasi Kandar untuk pulang ke India. ADUN tersebut yang juga merupakan Setiausaha kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng  telah mengeluarkan kenyatan tersebut ketika turut sama mengikuti operasi peniaga di sekitar bandar Georgetown dan Komtar.

2.  Adakah begitu caranya seorang pemimpin yang juga merupakan seorang ADUN yang mewakili rakyat mengeluarkan kenyataan berbaur hinaan sebegitu? Mungkin inilah harga yang perlu dibayar penduduk Pulau Pinang setelah memilih penyangak-penyangak komunis ini bagi mewakili dan membela nasib rakyat Pulau Pinang.

3.  Bagi SMB, ADUN tersebut tidak layak mengeluarkan kenyataan hinaan sedemikian rupa. Perlu diingat, mereka inilah yang juga merupakan penduduk Pulau Pinang yang telah memilih ADUN tersebut sebagai pemimpin tersebut. Mungkin undian yang diberikan atas dasar memberi peluang namun hakikatnya ADUN tersebut telah dipilih untuk membela nasib rakyat. Jadi sewajarnya ADUN tersebut malah termasuk semua wakil rakyat perlu lebih berhemah dan bijak menjaga hati rakyat tatkala berkhidmat tidak kira dalam apa jua situasi.

4.  Malah perlu diingat juga, jika peniaga ini dihalau supaya pulang ke India maka rasanya tidak salah untuk menghalau ADUN Komtar ini supaya pulang ke China. Adakah ini caranya kepimpinan DAP yang kononnya selama ini tidak rasis dan tidak mementingkan perkauman? Segala-galanya kini sudah nyata dan tak perlu bersuluh lagi, DAP merupakan sebuah parti yang memperjuangkan satu kaum sahaja yakni kaum Cina. SMB yakin Pulau Pinang bakal mengikuti jejak Singapura sekiranya DAP terus diberi peluang memerintah negeri Pulau Pinang. Sudah sampai masanya untuk rakyat Pulau Pinang sedar sebelum segala-galanya terlambat...

"KUALA LUMPUR 5 Jan. - UMNO Pulau Pinang menganggap tindakan mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik sebagai bukti DAP sebuah parti rasis tulen.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, kejadian tersebut jelas menunjukkan apa yang tersirat di dalam perjuangan parti itu yang hanya memperjuangkan kaum Cina semata-mata.

''Perjuangan rasis itu juga terbukti dengan pemilihan DAP baru-baru ini dimonopoli oleh kaum Cina dan ramai pemimpin kaum India yang tewas.

''UMNO Pulau Pinang kesal dengan kebiadaban seorang wakil rakyat yang bertindak seperti samseng dan keadaan amat berbeza semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat sentiasa didahulukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ungkapan "Tutup kedai, balik India," yang diluahkan Ng Wei Aik kepada pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar, semasa operasi penyitaan di premisnya malam kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu, Syed Kassali mendakwa, pada malam kejadian, Wei Aik bertindak kasar seperti samseng apabila tanpa memperkenalkan diri terus bertindak meluru masuk ke restorannya dan 'mengepak' tangan seorang pekerjanya.

Zainal Abidin berkata, semua rakyat Malaysia ada hak masing-masing mengikut perlembagaan dan hak tersebut tidak boleh dinafikan mana-mana pihak.

Tegas beliau, tindakan mengeluarkan ungkapan seperti itu bukan sahaja menyakitkan hati serta mengguris perasaan orang India Muslim tetapi juga hati seluruh kaum India di negara ini.

Katanya lagi, sebarang masalah perlu diselesaikan mengikut peraturan, bukannya bertindak seperti samseng yang tidak tahu undang-undang.

''Sebagai seorang wakil rakyat, Wei Aik seharusnya menjadi perantara rakyat dengan pihak berkuasa dan jika ada sebarang masalah sudah menjadi kewajipan dia untuk membantu bukan sebaliknya.

''Saya berharap pada masa akan datang jika ada sebarang masalah biarkan pihak berkuasa yang selesaikan tidak perlu campur tangan mana-mana pihak kerana ia hanya memburukkan keadaan,"ujarnya." - Utusan Online.

2 Ulasan

  1. Pelik ADUN2 DAP ini. Sepatutnya kalau PBT nak sita, dia yg patut tolong rakyat merayu PBT utk bagi masa dan tolong selesaikan masalah rakyat. Ini dia yg panggil PBT dan jadi penguatkuasa pulak. Kita pilih wakil rakyat ke, pilih PenguatKuasa?

    BalasPadam
  2. Saya memandang perkara lebih kepada BALA YG ALLAH TURUNKAN KRN RAKYAT PENANG BERTINDAK MARAHKAN NYAMUK, KELAMBU DAN RUMAH DIBAKAR kerana mengundi calon dan parti yg jahat. Oleh itu jdkan pengajaran kpd rakyat di situ dan rakyat negeri lain. Nak menegur dan mengajar biarlah secara bijaksana krn SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA. Walau apapun selesai puak2 jahat itu dlm pru13 nanti. Jgn beri muka wpun sekor ya..................

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama