Isnin, 10 Januari 2011

Aduka dipukul : Perjuangan ala 'samseng' puak PAS tidak lagi mengenal erti kawan...

1.  Uuuiiiikkkk??? Merungut??? Hairan Bin Ajaib??? Bukankah budaya samseng dan kaki pukul memang merupakan budaya rasmi puak pembangkang terutama PAS?? Takkan Aduka Taruna tak paham paham lagi akan kelaziman puak pembangkang ni? Malah kalau tak salah SMB, Aduka pun merupakan salah seorang puak yang sama. Jadi sepatutnya Aduka dah sedia maklum atau mungkin pernah menjadi salah seorang 'gedebe' puak pambangkang atau setidak-tidaknya pernah melihat kesamsengan puak sendiri.

2.  Mungkin disebabkan Aduka terlupa nak menggantung banner di tengah belakang badannya yang tertera 'Aku Puak PAS' menjadi sebab kenapa Aduka dihentam. Apatah lagi penampilan Aduka yang tak ber'kopiah' membuatkan Aduka kelihatan sedikait ganjal benbanding puak PAS yang lain. Apapun SMB ingin melahirkan simpati kepada Aduka kerana telah dikasari tanpa disengajakan.

3.  SMB berharap agar budaya 'kahaq' ini tidak meresap masuk di dalam UMNO dan BN. Puak pembangkang beria-ia mempertahankan kebebsan media tetapi dalam masa yang sama tidak dapat menerima kritikan dari orang lain seperti utusan, dari pihak lawan malah dari kawan sendiri. Seharusnya kritikan diambil sebagai pemangkin untuk terus maju, bukan sebagai alasan untuk menghentam (memukul).

4.  Kepada Aduka, belajarlah dari pengalaman dan dari apa yang telah terjadi. Dan seperkara lagi, selepas ini diharap agar Aduka tidak lagi lupa untuk menggantung banner pengenalan diri di belakang badan.

"Sekumpulan jemaah masjid, dipercayai penyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa mengasari seorang penulis blog yang cuba mendapatkan beberapa penjelasan daripada presiden PAS itu.

Khairul Nizam Abd Ghani mendakwa, dalam insiden dekat rumah Abdul Hadi di Marang pada 7 Januari lalu, beliau turut dikurung seketika di pejabat masjid berdekatan dan telefon bimbitnya dirampas.

NONESehubungan itu, beliau yang terkenal dengan nama pena Aduka Taruna membuat laporan polis di Balai Polis Marang kira-kira jam tiga petang, sejurus selepas peristiwa itu.

"Dalam kejadian itu, kira-kira tujuh atau lapan orang mengepung saya. Saya rasa dipukul daripada belakang dua kali," dakwanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Khairul Nizam mendakwa, kesan daripada itu, beliau terpaksa mendapatkan pemeriksaan perubatan di klinik berdekatan kerana telinganya mengeluarkan sejenis cecair.

Menceritakan kembali pengalamannya, Khairul Nizam mendakwa, selepas solat Jumaat di Masjid Rusila dekat rumah Hadi, beliau menghampiri pemimpin itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu kerajaan perpaduan PAS-Umno yang meletus selepas pilihan raya umum lalu.

Oleh kerana tidak dilayan, beliau terus mengikuti pemimpin utama parti Islam itu hingga ke hadapan rumahnya - 15 meter dari masjid - sambil bertanya soalan dan merakamkan pergerakan Hadi menggunakan kamera telefon bimbit.

"Kemudian saya ditahan dalam sebuah bilik sebelum dibebaskan tidak lama kemudian," dakwanya.

Anjur rombongan
Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan Abdul Hadi melalui setiausaha politiknya Dr Shamsuri Mokhtar setakat ini belum berhasil.

Khairul Nizam merupakan antara penulis blog pro Pakatan Rakyat yang menentang kuat idea kerajaan perpaduan. Beliau juga antara penggerak kempen "PAS Reform" dan "Langgar Hadi".

pas muktamar 55 agm assembly 050609 hadi awangDalam usaha itu, beliau mahu bertemu dan berdialog dan merekodkannya dalam bentuk video.

Percubaan sulungnya di muktamar PAS Jun lalu di Pengkalan Chepa, Kelantan juga mengalami kegagalan, tetapi tidak berakhir dengan kekasaran.

Khairul Nizam mula mendapat perhatian selepas didakwa menghina bekas Sultan Johor Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail dalam tulisannya di blog awal pada Januari tahun lalu.

Selepas kejadian itu, Khairun Nizam tetap tidak mengalah dan mahu meneruskan usaha menemui Hadi, malah mahu membawa rombongan penulis blog dan pengguna Facebook selepas ini.

"Kami akan cuba mengumpulkan blogger dan Facebooker 'otai' engan blogger dan Facebooker baru, dalam satu tarikh, bersama-sama, bertanya soalan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang, di Rusila," tulisnya dalam blog." - MalaysiaKini.
Show Comments: OR

1 ulasan:

  1. bagus juga AT kena belasah... dah org cakap tak nak tak nak..dia dok nak nak nak, degil nak tunjuk bagus sgt. Puak PAS yg tahu gergaji 2 mata mesti angin dgn org mcm ni...sendiri cari penyakit. Kalau puak PAS pro abg nuar mungkin dpt vvip treatment...

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE