-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Jumaat, 4 Jun 2010

16 pelajar hamil luar nikah dalam SEBUAH sekolah???

1.  Apa sebenarnya yang telah berlaku dengan moral anak-anak kita sekarang? Pendedahan yang telah berlaku di sebuah sekolah di Terengganu ini amat menggemparkan dan mendukacitakan. Adakah pendedahan ini berlaku di sekolah atau di pusat pemulihan akhlak?

2.  Saban tahun, Terengganu mencatatkan peratusan pelajar cemerlang yang sangat baik dan membanggakan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Tetapi dengan berita ini ia sekaligus mencacatkan dan merencatkan prestasi cemerlang yang dimiliki oleh Terengganu.

3.  Di mana salah dan silapnya? Adakah ibu bapa yang harus diperslahkan? Atau pihak sekolah yang gagal membimbing serta membentuk akhlak dan moral pelajarnya? Bayangkan, dalam satu tahun sudah 4 bayi dilahirkan luar nikah di sekolah tersebut. Malah masih ada 16 lagi pelajar yang sedang sarat mengandung anak luar nikah.

"KUALA TERENGGANU: Enam belas pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah di bandar raya ini dikesan sedang mengandung, manakala empat sudah melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki mereka sejak setahun lalu.

Difahamkan pelajar terbabit terjebak dengan gejala sosial, berada dalam Tingkatan Tiga dan Enam, dikesan melahirkan anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tahun lalu, dan kes terbaru, seorang pelajar Tingkatan Tiga melahirkan seorang bayi lelaki di HSNZ, Ahad lalu. 


Lantaran perkara itu memalukan, ramai pihak termasuk ibu bapa pelajar dikatakan menyembunyikan kelahiran itu tetapi terbongkar apabila rakan pelajar berkenaan mendedahkan kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu baru-baru ini. 

Berikutan itu, PIBG mengadakan mesyuarat tergempar malam kelmarin bagi membincang masalah itu tetapi difahamkan, pengetua sekolah berkenaan tidak hadir dalam mesyuarat itu.

Seorang Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah terbabit memberitahu, pihak sekolah hanya mengetahui perkara itu selepas pelajar itu melahirkan anak April lalu.
Katanya, dalam usaha menyembunyikan keadaan memalukan itu, seorang daripada pelajar berkenaan sanggup membuat permohonan bertukar sekolah di Setiu, selepas mengetahui dia mengandung enam bulan.

Bagaimanapun, usahanya tidak berhasil kerana bapa saudaranya yang tinggal di daerah berkenaan enggan menerimanya kerana mengetahui pelajar itu mengandung anak luar nikah.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan sudah meminta pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) membuat siasatan lanjut.

“Setakat ini kita sudah dimaklumkan bahawa empat pelajar sekolah itu sudah melahirkan anak,” katanya."
- B. Harian Online

4.  Banyak pihak perlu membuka mata dengan pendedahan ini. Langkah-langkah pemulihan perlu dilaksanakan segera jika tidak mahu melihat generasi akan datang berada dalam kehancuran dan sekaligus menjahanamkan negara Malaysia tercinta ini...

Rabu, 2 Jun 2010

KJ dianaktirikan... Benarkah wujud usaha untuk membunuh karier politik KJ???

1.  Tahniah diucapkan kepada pemimpin-pemimpn BN yang berjaya dilantik bagi menganggotai barisan kabinet di bawah kepimpinan Najib. Kepada mereka yang telah digugurkan dari kabinet adalah diharap agar tidak kecewa dan berusaha lebih keras agar mendapat semula kepercayaan PM. Saya yakin dan percaya, Najib pastinya memiliki alasan yang kukuh di atas pengguguran beberapa nama besar demi memantapkan barisan kerajaan.

2.  Tidak dinafikan, pengumuman ini kebanyakannya melibatkan parti komponen dalam Barisan Nasional. Ini berdasarkan peralihan kepimpinan yang berlaku baru-baru ini terutama dalam MCA. Ong Tee Keat terpaksa digugurkan setelah tewas dalam pemilihan Presiden MCA kepada pencabarnya, Chua Soi Lek. Begitu jua dengan perletakan semua jawatan oleh Ketua Wanita MCA.

3.  Pemilihan anak kepada Chua Soi Lek sebagai timbalan Menteri membuktikan bahawa Najib cuba memberi ruang dan peluang kepada muka baru untuk menimba pengalaman dalam kerajaan. Begitu juga dengan perlantikan timbalan Presiden PPP dalam kabinet sebagai timbalan Menteri membuktikan kesungguhan Najib mempelbagaikan barisan kabinetnya sejajar dengan prinsip 1 Malaysia yang diperkenalkannya.

4.  Namun begitu, satu perkara yang sedikit melahirkan rasa terkilan dalam rombakan ini adalah kedudukan Ketua Pemuda UMNO yakni Khairy Jamaluddin yang terus dipandang sepi oleh Najib. Bagi saya, rasanya sudah tiba masanya untuk KJ diberi kepercayaan untuk berada dalam kabinet.

5.  Pada tanggapan saya, dengan perlantikan KJ sedikit sebanyak akan dapat menjadi medium dan suara anak muda dan barisan belia dalam kerajaan. Tidak dinafikan KJ merupakan seorang pemimpin yang berpotensi dan memiliki karisma yang tersendiri. Adalah tidak adil untuk kita terus menghukum KJ hanya disebabkan kesilapan lampaunya yang tidak seberapa.

6.  Ramai lagi pemimpin yang mempunyai track record yang kurang memuaskan tetapi terus diberi peluang hingga kini. Malangnya, peluang ini tidak diberi kepda KJ untuk membuktikan keupayaan dirinya. Bagi saya mungkin sudah tiba masanya untuk Najib memberi peluang kepada KJ untuk memperkuatkan lagi barisan kabinetnya dalam kerajaan.

7.  Seperkara lagi, saya ingin memanjatkan rasa syukur kerana kesemua rakyat Malaysia yang diserang Israel sewaktu mengikuti misi Bantuan Ke Gaza telah selamat dan dibebasakn dari tahana askar Yahudi. Kesemua 12 rakyat Malaysia yang menaiki kapal Mavi Marmara telah dibawa ke Amman dan akan dibawa pulang ke tanahair.

8.  Sementara itu, satu-satunya kapal yang masih menerukan perjalanan ke Gaza bakal memasuki perairan Gaza dalam tempoh 24 jam. Kapal Rachel Corie turut membawa sekurang-kurangnya 6 rakyat Malaysia bersama. Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan kapal tersebut dan diharap agar kapal bantuan tersebut selamat tiba ke destinasi...

Selasa, 1 Jun 2010

Amerika lah si bapak 'Iblis' yang menjadi tunjang si laknat Israel...

1.  Biadap...kurang ajar dan anak haram. Inilah ungkapan yang selayaknya untuk dihamburkan kepada si bangsat Yahudi dari Israel. Dengan begitu angkuh, bongkak dan riaknya, Israel mengenepikan apa jua tekanan walaupun datang dari hampir seluruh dunia dengan menyerang kapal bantuan yang dalam perjalanan ke Gaza, Palestin.

2.   Bagi Israel, mereka tidak perlu gentar dengan kutukan antarabangsa asalkan selagi bapak Iblis iaitu Amerika terus berada di belakang bontot Si'anak haram' Yahudi ini. Amerika terus menggunakan kuasa veto untuk menghalalkan apa jua tindakan Israel sekaligus menutup mulut seluruh dunia termasuk PBB.

3.  Hakikatnya, Israel dan Amerika lah pengganas yang sebenar. Mereka mengganas secara terbuka tanpa perlu melibatkan bom berani mati, bom kenderaan atau serangan kapal terbang seperti yang telah berlaku pada 9/11. Secara terang-terangan, mereka menembak dan membunuh insan tidak berdosa, menghukum orang Islam atas nama keganasan kononnya dan pelbagai cara lagi.

4.  Dimanakah suara Pak arab-Pak Arab yang rata-rata beragama Islam. Dimana pula tindakan yang sepatutnya diambil oleh jutawan-jutawan Arab yang mendapat kemewehan dari Allah. Bukankah kemewahan itu sepatutnya digunakan untuk membantu orang Islam Palestin yang dizalimi oleh Israel. Atau mulut-mulut pak Arab ini jua telah disumbat oleh najis Amerika???

5.  Apakah yang mampu kita lakukan sebagai rakyat Malaysia biasa demi untuk membantu masyarakat Paletin yang dianiayai?? Marilah sama-sama kita mendoakan agar Allah memberi perlindungan kepada pasukan bantuan yang dalam perjalanan ke Gaza. Pada masa yang sama kita jua mendoakan agar Allah membalas kezaliman yang dilakukan oleh Israel kepada umat Islam... Amin...








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE