-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Ahad, 30 Mei 2010

Judi 'MahJong' boleh main di Opis Guan Eng tatkala judi bola haram di Pulau Pinang...

1.  Bijak sungguh si penyangak Pulau Pinang yang juga merupakan pendatang haram jadah yang ditendang keluar dari Melaka memainkan peranan untuk kononnya menambat hati dan sanubari rakyat Pulau Pinang. Terbaru berkenaan dengan pengumuman yang dibuat kononnya mengharamkan perjudian bola sepak di Pulau Pinang.

2.  Maka dengan serta-merta, arahan pun dikeluarkan kepada MPSP dan MPPP supaya menguatkuasakan perintahnya itu. Seiring dengan itu maka bersorak riang dan pujian melangit dilontarkan oleh bahalol-bahalol Pakatan rakyat kepada Lim 'The Pirate' Guan Eng.kononnya dialah pemimpin bukan Islam yang berusaha mencegah perkara mungkar.

3.  Tak cukup dengan itu, si bengong dari PAS pun turut bangun melaungkan takbir sebagai tanda sokongan kepada keputusan yang dibuat oleh Guan Eng. Maka sedetik itu jugalah Guan Eng diangkat sebagai hero sekaligus menutupi 1001 kemungkaran yang telah, sedang dan akan berlaku di Pulau Pinang.

4.  Itu berkenaan dengan lesen perjudian bola sepak. Bagaimana ceritanya dengan lesen hiburan, kelab malam, lesen perjudian nombor ekor, lesen-lesen yang membabitkan pelacuran dan bermacam-macam lesen lagi yang jelas akan kemungkarannya yang sering di'renew' saban tahun. Tidak lupa dengan lesen memberi pinjam wang yang lebih cenderung dengan aktiviti 'Ahlong' yang semakin tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

5.  Bagi Guan eng, ini semua tidak penting. Malah ia juga sebenarnya merupakan sumber pendapatan utama kepada kerajaan Negeri baik secara halal apatah lagi secara halal. Yang penting bagi si Pirate ini, apakah isu yang hot yang diperkatakan sekarang yang boleh diambil kesempatan untuk melonjakkan publisiti dirinya. Timbul isu lesen perjudian bola sepak maka Guan Eng bijak memainkan peranan dengan mengharamkannya di Pulau Pinang sekaligus memberi imej positif kepada dirinya di mata rakyat Pulau Pinang.

6.  Guan Eng sedar, perjudian bukanlah satu perkara yang mudah untuk dibanteras. Dua individu sambil minum kopi dan menonton perlawanan bolasepak Piala Dunia masih boleh membuat pertaruhan tanpa memerlukan apa-apa lesen. Malah selama inipun banyak permis-permis perjudian haram yang mendapat perlindungan khas dari individu-individu yang berkuasa masih gagal disentuh dan dicuit oleh PBT dan pihak berkuasa.

7.  Hakikatnya, Guan eng sememangnya seorang lanun yang bijak memanipulasikan isu demi kepentingan publisiti dirinya. Tindak-tanduk dan keputusannya selama ini kebanyakannya hanyalah retorik dan mainan politik semata-mata. Lim Guan eng dan konco-konconya di dalam kerajaan negeri Pulau pinang pimpinan Pakatan Rakyat sedia melakukan apa saja demi survival politik mereka. Itulah realitinya...

Isnin, 3 Mei 2010

RM4 Juta : Bayangkan jika BPN menerima peruntukan ini... Pastinya Malaysia akan terus Cemerlang, Gemilang &Terbilang...

1.  RM4 JUTA.... itulah harga yang dibayar oleh PAS semata-mata untuk menabur fitnah, mendedahkan keaiban orang lain dan mencaci cela kerajaan. Semuanya gara-gara ketamakan kuasa dan kegilaan kepada pangkat dan kedudukan. GMC menerima upah sebanyak RM111 111.10 sebulan jika benar RM 4 Juta diperuntukkan selama 3 tahun.

2.  Adakah benar ini ciri-ciri agama Islam yang selama ini diperjuangkan oleh PAS? Sanggup membelanjakan wang rakyat dalam jumlah yang amat besar hanya untuk menjatuhkan kerajaan Pak Lah. Adakah Nik Aziz sudah tidak percaya kepada ketentuan Allah hingga terpaksa mengeluarkan wang hanya untuk memastikan PAS terus berkuasa di Kelantan?

3.  Bagi saya, PAS sebenarnya amat takut dan berasa tergugat dengan corak kepimpinan dan pembaharuan yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan Pak Lah. PAS berasa sangat goyang dengan 'Islam Hadhari' yang cuba dibawa oleh Pak Lah. PAS dan Nik Aziz sedar bahawa Islam Hadhari merupakan satu pembaharuan yang sangat positif dan paling sesuai dilaksanakan di Malaysia.

4.  Sehubungan itu PAS terpaksa mencari jalan supaya pendedahan tentang Islam Hadhari tidak sampai di Kelantan. PAS sanggup mempergunakan wang rakyat untuk disalurkan kepada blogger tertentu bertujuan memekakkan telinga dan membutakan mata rakyat kelantan menerusi media alternatif di bawah GMC.

5.  Ini baru pendedahan yang dibuat oleh Kickdefella, satu di antara blogger-blogger Pakatan Rakyat. Satu ini pun sudah mewakili sejumlah peruntukan yang besar. Saya percaya masih ramai lagi blogger Pakatan Rakyat lain yang turut menerima upah yang besar hanya semata-mata mencetuskan spekulasi, mewujudkan propaganda dan dalam masa yang sama menabur fitnah. Salah seorangnya yang jelas adalah Raja Petra yang kini terus menerima tajaan dari penyangak Pakatan Rakyat dengan menggunakan wang rakyat.

6.  Bayangkan jika bloggers dari kumpulan Bloggers Pembela Negara (BPN) diberikan peruntukan seperti yang diterima oleh penulis dari Pakata Rakyat. Saya yakin dan percaya, kami dari kumpulan BPN akan dapat memberi info dan maklumat di samping dapat menyumbang ke arah pembangunan negara dengan lebih berkesan. Yang pasti, wang bukanlah matlamat BPN. BPN bukan mata duitan sepertimana bloggers dari Pakatan Rakyat.

7.  Rakyat Kelantan masih bernasib baik kerana peruntukan pembungunan dari kerajaan pusat tidak disalurkan menerusi kerajaan negeri. Peruntukan ini disalurkan terus melalui badan yang diwujudkan sendiri oleh kerajaan pusat ataupun melalui UMNO Bahagian di Kelantan. Mungkin akan berlaku juga ketirisan wang peruntukan ini namun yang pasti ia tidak dibelanjakan ke jalan yang mungkar seperti untuk menabur fitnah dan mencaci hamun.

8.  Malah pada pandangan saya, jika rezeki rakyat Kelantan untuk menerima wang royalti minyak, biarlah ianya disalurkan kepada pihak yang benar-benar boleh memberi manfaat kepada rakyat Kelantan, bukan kepada kerajaan PAS Kelantan...








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE