-->

Suara Melayu Baru

Breaking News
Loading...

Isnin, 8 Mac 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H/2010M Peringkat Qaryah Masjid Bagan Ajam...

1. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh ahli jawatankuasa Qaryah Masjid Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang kerana telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H/2010M dengan jayanya. Majlis sambutan ini telah diadakan pada hari Ahad yang lepas yakni 7 Mac 2010 bertempat di Masjid Jamek Bagan Ajam bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 3 petang.

2. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang Majlis tersebut adalah pertandingan Azan dan Hafazan yang disertai oleh para pelajar sekolah rendah dan menengah yang juga merupakan anak Qaryah Masjid Bagan Ajam. Kemudian disusuli dengan persembahan Marhaban dan bacaan tahlil yang disampaikan oleh Kumpulan Marhaban dari Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor.

3. Majlis diteruskan dengan ceramah agama sempena Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Abu Bakar Bakilani bin Abu Hassan dari Pejabat Agama Daerah Butterworth, Seberang Perai Utara. Jawatankuasa majlis turut menyediakan jamuan makan tengahari yang dimasak secara bergotong-royong sesama ahli-ahli Qaryah. Seekor lembu Aqiqah dan kambing menjadi sajian untuk para hadirin. Majlis disudahi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan dan beberapa penghargaan turut diberikan kepada bekas Imam yang pernah berkhidmat sebagai imam Masjid Bagan Ajam dan para pelajar yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang di dalam USR, PMR dan STPM.

4. Saya sebagai salah seorang anak qaryah dengan besar hati mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada beberapa pemimpin masyarakat yang sudi meluangkan masa untuk hadir sama-sama memeriahkan majlis sambutan ini. Pemimpin yang turut hadir antaranya YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, YB Ustaz Shahabuddin bin Yahaya, ADUN Permatang Berangan merangkap Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, YB Dato' Jahara Hamid, ADUN Telok Air Tawar, Saudara Cikgu Hasbul, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Yang Berbahagia Hajjah Rokiah Bee, bekas ADUN Telok Air Tawar dan seluruh pemimpin dan jawatankuasa peringkat Bahagian Tasek Gelugor dan cawangan-cawangan yang terlibat.

5. Diharap agar Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini akan terus menjadi program tradisi dan diadakan pada setiap tahun. Saya berasa sedikit kesal dengan pendapat segelintir pihak yang cuba mempertikaikan Majlis sambutan Maulidur Rasul ini. Golongan ini berpendapat kononnya Majlis ini merupakan satu pembaziran dan juga satu Bida'ah kerana ia tidak pernah menjadi amalan Rasulullah.

6. Bagi saya Sambutan maulidur rasul perlu disambut sebagai satu cara kita mengagungkan rasul junjungan kita. Ia secara tak langsung dapat menginsafi seluruh umat Islam akan pengorbanan yang ditempuhi Nabi Muhammad dalam menegakkan syiar Islam. Pengisian yang diterapkan di dalam setiap aktiviti yang diadakan sepanjang majlis sambutan termasuk perarakan, marhaban, tahlil, berselawat dan lain-lain sebenarnya memberi kesan yang positif. Malah setidak-tidaknya majlis ini dapat mengeratkan tali silaturrahim sesama ahli masyarakat yang terlibat.

7. Adalah lebih baik mengadakan perarakan sambil berselawat kepada Rasul junjungan berbanding berarak dan berdemonstrasi membabi buta seperti yang gemar dilakukan oleh golongan tidak bertamadun. Pihak yang mempertikaikan Sambutan Maulidur Rasul sebenarnya sudah ketandusan isu hingga terpaksa mempolitikkan majlis yang baik dan mulia ini semata-mata inginkan publisiti murahan. Mereka terlupa dan tidak sedara bahawasanya tindakan mereka ini hanya akan mendedahkan kebodohan dan kedangkalan pemikiran mereka.

"MEMANTAP UKHUWAH, MEMPERKASA UMMAH"

Sabtu, 6 Mac 2010

Anwar Gelabah Melihat PKR Terus Diludah Oleh Bekas Orang Kanannya Sendiri...

1. Syukur kerana Allah masih panjangkan umur untuk saya terus berjuang demi untuk menegakkan kebenaran dan membaiki kelemahan. Apapun saya memohon maaf kerana agak lama saya tidak dapat meng'update'kan blog ini atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Namun, perjuangan demi agama, bangsa dan negara tercinta tetap membara di dalam diri.

2. Baru-baru ini politik negara dikejutkan dengan beberapa tindakan keluar parti yang telah diumumkan melalui media oleh beberapa pemimpin politik yang memegang jawatan tinggi dalam PKR termasuk beberapa Ahli Parlimen. Tidak perlu saya sebutkan siapa kerana saya pasti umum sudah pun mengetahui pemimpin yang dimaksudkan itu. Yang menjadi persoalan adalah kenapa perkara ini berlaku?

3. Anwar beria-ia mengumumkan akan mengambil alih Putrajaya pada 16 September yang lalu. Realitinya, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen BN yang lompat menyertai Pakatan rakyat dan sekaligus melenyapkan impiannya untuk melangkah ke Putrajaya. Kini semuanya seperti sudah terbalik kod apabila bukan ahli parlimen BN yang menyeberang ke Pakatan rakyat, tetapi pemimpin PR terutama di dalam partinya sendiri yakni PKR yang berpusu-pusu keluar dari perjuangan Pakatan Rakyat samada untuk menyertai BN ataupun ingin berjuang sendirian selaku pemimpin Bebas.

4. Walaupun Anwar cuba untuk menyedapkan hatinya sendiri kononnya tindakan keluar parti ini merupakan satu proses pembersihan dalam PKR namun saya yakin rakyat sebenarnya sudah mula membuka mata dan kian sedar kepincangan yang sedang dialami di dalam PKR mahupun Pakatan Rakyat itu sendiri. Perlu diingat bahawa pemimpin yang keluar parti bukanlah calang-calang pemimpin dalam PKR. Mereka termasuklah bekas orang kepercayaan dan orang kanan yang paling setia yang mana turut menyumbang hingga tertubuhnya PKR. Bagaimana pemimpin yang pernah menjadi orang kepercayaan Sang Anwar secara tiba-tiba hilang kepercayaan ke atas PKR?

5. Perjuangan PKR sudah terpesong jauh dari landasan asal. Inilah alasan yang palin popular yang diberikan oleh pemimpin yang keluar PKR ini. (Saya akan perjelaskan perkara ini di dalam artikel saya seterusnya). Dan satu lagi perkara yang menjadi punca adalah situasi yang berlaku di dalam PKR di mana tetap terjadi aksi 'cah keting' sesama pemimpin didalam PKR walaupun hakikatnya PKR masih boleh dianggap parti setahun jagung.(Juga akan saya perjelaskan nanti).

6. Anwar sebenarnya berada dalam keadaan seperti di hujung tanduk samada dalam aspek politik mahupun dalam kehidupan peribadinya. Anwar terpaksa berhadapan dengan situasi politik yang jelas tidak menyebelahi dirinya dan pada masa yang sama terpaksa melalui perbicaraan kes liwatnya. Lihatlah keadaan fizikal anwar kini, dengan tubuh yang susut dan kurus, tidak terurus dan kusut jelas menggambarkan senario yang sedang dihadapinya kini. Ini amat berbeza dengan keadaan dirinya sewaktu di dalam UMNO di mana jelas Anwar mempamerkan imej yang gagah, berkaliber dan amat berketrampilan. Namun mungkin disebabkan pengalamannya di dalam politik membuatkan Anwar masih lagi mampu bertahan melindungi bangkai gajah walaupun baunya sudah tersebar ke serata tempat.

7. Apapun, saya amat yakin dan pasti bahawa akan ada lagi pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang akan terus mengejutkan senario politik dengan mengumumkan untuk keluar dari perjuangan Pakatan rakyat. Janji yang diumumkan oleh beberapa Ahli Parlimen PKR baru-baru ini bahawa mereka akan terus setia dengan PKR tidak boleh diterima pakai kerana segala-galanya boleh berubah dalam sekelip mata. Kebiasaannya setelah ada yang mulakan pasti akan ada yang menyusul.

SAMA-SAMALAH KITA NANTIKAN...








Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE