Advertisement - Contact Us

Sekadar mendoakan agar cepat mati... Nik Ajis masih hidup !!!

1.  Kesian Nik Ajis. Belum pun nazak tapi dah ada suara-suara yang menghebohkan kononnya Nik Ajis dah mati. Memang patut la Nik Ajis melenting. Manakan tidak, tak pasal-pasal dikatakan Kelantan kehilangan Menteri Besar. Apa lagi, Nik Ajis dengan bengis meminta kepada sesiapa yang menghebohkan kematiannya agar memohon maaf kepadanya.

2.  Sebenarnya Nik Ajis tersalah faham. Tidak ada yang menghebohkan kematiannya cuma kita mendoakan agar Nik Ajis cepat mati. Itu saja. Rasanya tak salah untuk mendoakan agar Nik Ajis cepat mati. Setidak-tidaknya kita tidak mendoakan keburukan Nik Ajis sepertimana Nik Ajis pernah mendoakan keburukan kepada PM Malaysia, DS Najib.

3.  Memang tidak dinafikan Nik Ajis sebenarnya seorang ustad yang takut mati. Atau mungkin belum bersedia untuk mati lagi. Jadi tidak hairanlah kenapa Nik Ajis masih belum bersedia dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan meletak jawatan sebagai MB Kelantan. Malah Nik Ajis masih mahu terus berkuasa sebagai MB dengan beranggapan kononnya tanggungjawab MB hanya menggunakan akal, bukan fizikal..

4.  Malang betul Nik Ajis ni. Dari seorang ustad dan ulama yang digeruni dan dihormati kini menjadi seorang penipu, penyangak, gila kuasa dan pencacai Sang Anwar. Mana mungkin untuk kita menghormati Nik Ajis jika nama Allah pun sanggup dipermainkannya hanya semata-mata untuk menghalalkan apa yang jelas haram. Malah Nik Ajis tergamak mengeluarkan pelbagai pendapat yang tidak layak digelar fatwa hingga berpotensi memesongkan akidah umat Islam di Malaysia.


5.  Untuk mendesak Nik Ajis berundur dilihat semakin mustahil. Disuruh meletakkan jawatan, jauh sekali. Tidak ada pilihan lain, terpaksalah kita bersama-sama mendoakan agar Nik Ajis segera kembali ke Rahmatullah. Sekurang-kurangnya tidak ada lagi fatwa terpesong yang akan keluar dari mulut ustad penipu ni.

6.  Di kesempatan ini juga, SMB dengan penuh rasa bangga sebagai seorang rakyat Malaysia mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana telah berjaya menjadi juara Piala AFF Suzuki dengan menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2. Berusahalah agar cita-cita melangkah ke Piala Dunia bakal menjadi kenyataan.

1 Ulasan

  1. Saya setuju...kadang-kadang kepergian selama-lama nya dari muka bumi ini adalah yang terbaik untuknya dan kepada orang lain..tapi sebelum pergi ada baiknya dia bertaubat dulu sebelum terlambat dan memperbetulkan dulu mana-mana yang sudah terlanjur..fikir-fikirkan lah...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama