Advertisement - Contact Us

"Sang Anwar is the best". Allahyarham Tun Ghafar pun pernah dijual dek Sang Anwar...

1.   Buat pertama kali, SMB memilih untuk memuji Sang Anwar. Selama ini SMB sentiasa membongkar dan menghentam Sang Anwar tetapi kali ini SMB ingin memuji akan kehebatan yang dimiliki oleh Sang Anwar. Bagi SMB yang bagus harus di puji dan begitu jua sebaliknya. Terus terang dikatakan bahawa bagi SMB, 2 orang yang paling hebat berpolitik dalam Malaysia adalah bekas PM Malaysia, Tun Mahathir dan juga bekas timbalannya yang kini merupakan Ketua Pembangkang, Sang Anwar.

2.   Kenapa SMB memilih Sang Anwar sebagai seorang ahli politik yang hebat? Cuba kita kembali semula kepada asas politik. Apa sebenarnya yang dimaksudan dengan politik? Bagi SMB, politik berkisar kepada bagaimana seseorang itu mengekalkan atau mengejar kekuasaan dan kedudukan dengan apa sahaja peluang yang berada di sekeliling. Dan disebabkan dengan itu lah politik sering dikaitkan dengan kekotoran dan kemungkaran.

3.  Pada zaman sekarang, agak sukar untuk mengembalikan atau mengaplikasikan politik yang baik, telus, jujur dan sempurna.  Lihat sahaja apa yang terjadi kepada mantan PM Malaysia, Tun Abdullah. Beliau cuba mengamalkan politik yang bersih, tetapi pada masa yang sama, orang disekelilingnya gagal merealisasikan matlamat Pak Lah malah sering mempergunakan Pak Lah demi untuk mencapai cita-cita politik. Jadi, bukan sekadar PM malah perubahan perlu dilakukan secara total hingga melibatkan akar umbi jika mahu mengaplikasikan politik yang positif.

4.  Soalnya sekarang, politik itu tetap kotor. Dan di sinilah kenapa Sang Anwar wajar mendapat pujian SMB. Sang Anwar bijak menggunakan kekotoran politik dan mengambil peluang terhadap apa yang berada di sekelilingnya asalkan dirinya sentiasa berada di puncak kuasa. Mungkin disebabkan Sang Anwar merupakan bekas anak didik Tun Mahathir maka tak hairanlah bagaimana Sang Anwar masih mampu bertahan hingga kini. Tun Mahathir sendiri adalah seorang yang sangat bijak berpolitik hingga mampu bertahan sebagai PM lebih dari 20 tahun.

5.  Kita kembali kepada kelebihan Sang Anwar. SMB memuji Sang Anwar sebagai seorang yang sangat bijak berpolitik demi mengejar cita-citanya. Teknik politik yang menjadi kepakaran Sang anwar boleh kita lihat pada setiap masa. Sang Anwar merupakan pakar 'spin issue'. Sang Anwar mampu mewujudkan dan memperbesarkan isu sampingan walau asalnya ia adalah tidak logik demi untuk menutup dan melindungi isu yang memberi kesan negatif kepada dirinya.


6. Kita lihat isu yang diterbitkan oleh Wikileaks. Pada asalnya Sang Anwar lah yang septutnya lebih risau apabila Wikileaks mendedahkan kononnya Singapura, Australia dan Usa mempunyai bukti teknikal yang mengaitkan Sang Anwar dengan kes liwat. Malah Lee Kuan Yew juga amat yakin dan mempunyai bukti bahawa Sang Anwar mempunyai tabiat seks yang aneh. Untuk melindungi isu yang menghantam dirinya, Sang Anwar mengalih isu dengan meminta penjelasn dari Najib berkenaan dengan kononnya pendedahan Wikileaks membabitkan Najib dan Altantunya. Walhal sebenarnya, tidak ada pendedhan yang timbul berkenaan dengan Altantunya. Wikileaks hanya menyatakan bahawa Pm Malaysia, Najib sering dibebani dengan isu rekaan dari pembangkang seperti isu Altantunya, bukan membabitkan altantunya dengan Najib.

7.  Sang Anwar juga merupakan seorang 'speculation programmer' Beliau bijak mempergunakan spekulasi umum bagi melonjakkan imejnya. Cuba kita ikuti bagaimana Sang Anwar mempermainkan spekulasi antaranya dengan Almarhun Tun Ghafar Baba yang didedahkan oleh Saudara Zulkifli Nordin.

"Kisah ini berlaku melibatkan Almarhum Tun Ghafar. sebelum pemergian Almarhum. Anwar pada masa itu hendak meyakinkan kami termasuk teman bahawa UMNO menyokong dia, dan mahu bersama dengan dia. Dan untuk meyakinkan kami termasuk teman, Anwar memberitahu kami Almarhum Tun Ghafar beriya-iya meminta mahu berjumpa dengan Anwar secara rahsia dirumah, untuk meminta maaf dan untuk menyatakan sokongan kepada Anwar. Anwar kata walaupun dia marah dengan Almarhum Tun Ghafar, tetapi demi kesatuan Melayu dia sanggup membuang segala kesalahan Almarhum Tun Ghafar dan berjumpa dengan Tun. Kami semua agak terkejut kerana tidak terfikir ianya akan berlaku. Tetapi apabila mendapat maklumat sah bahawa memang akan ada perjumapaan diantara Anwar dengan Almarhum Tun Ghafar dirumahnya di Bukit Pantai (tak silap teman selepas raya puasa, mungkin raya ketujuh), kami termasuk teman termakan cerita Anwar.

Wamakaru wamakarallah, wallah hukhoirul maakiriin - pembohong merancang dan ALLAH merancang, dan rancangan ALLAH mengatasi segalanya.

Nak jadi cerita, ada seorang diantara kami terserempak dengan Sdr. Zahid Mat Arip, bekas Naib Ketua Pemuda AMK dan cucu Almarhum Tun Ghafar disebuah pasaraya. Maka kawan kami ni pun bersalam dan mengucapkan tahniah kepada Zahid kerana Almarhum Tun Ghafar sudah bertaubat dan mahu berjumpa dengan Anwar dan meminta ma'af kepada Anwar atas kesilapan yang berlaku dan akan menyokong Anwar. Siap nak berjumpa secara rahsia dirumah Tun di Bukit Pantai.

Merah padam dan menyinga marah lah Zahid. "Cilaka punya Anwar, bapak pembohong betul haramjadah ni!!". Siapa yang kenal Zahid tahulah mulut lazer dia. Zahid pun berceritalah kepada kawan kami ni apa sebenarnya berlaku. "Anwar yang mintak sangat nak jumpa Pak Ghafar bulan puasa ni. Katanya nak mintak maaf sebab kesalahan dia mengkhianati Pak Ghafar tahun 1993 dulu". Zahid memulakan cerita. "Jadi Anwar mintak sangat aku aturkan, dan dia sanggup kerumah Pak Ghafar di Bukit Pantai", tambah Zahid. "Jadi akupun jumpalah Pak Gahafar dan bagitahu Anwar nak jumpa ni, nak minta maaf pasal khianat tahun 1993 dulu. Atok ok ke?" tanya Zahid kepada Pak Ghafar. "Boleh percaya ke tu Zahid, Anwar ni banyak autanya, aku bukan tak tahu" sinis Pak Ghafar kepada Zahid. "Tapi kali ni dia betul-betul Atok, bersungguh dia minta, dia sanggup datang rumah Bukit Pantai ni jumpa Atok secara rahsia pun takpe, sebab dia tak mahu PM pandang serong kat Atok nanti (masa tu Pak Lah PM)".

Pak Ghafar pun sebagai orang tua yang sayangkan cucu, bersetuju. "Macam tu jumpa lepas raya ajelah, bulan puasa orang ramai kat rumah. Lepas raya pun biar lambatkan sikit, sebab awal-awal raya anak cucu semua datang. Buat raya ketujuh aje, orang pun dah takde". Begitu pandangan jujur Almarhum Tun Ghafar. Maka Zahid pun terus dengan gembira memaklumkan kepada Anwar persetujuan Pak Ghafar itu. Anwar punya gembira kata Zahid, sampai kata "tolong rahsiakan jangan sampai UMNO tahu, kita kena jaga Pak Ghafar tu".
Kawan yang mendengar pendedahan itu melopong mendengarnya dan menyampuk, "tapi Zahid, itu bukan apa yang Anwar bagitahu kami. Dia kata Pak Ghafar yang nak jumpa untuk mintak maaf, dan dia bersedia walaupun dia sebenarnya malas nak layan Pak Ghafar" dedah kawan kami yang mendengar cerita Anwar itu. Menyingalah Zahid, lalu dia suruh kawan tu telefon Anwar masa tu juga dan bila dapat cakap "kepala ... you lah Anwar, you suruh I atur you nak jumpa Pak Ghafar untuk mintak maaf, sekarang you cerita lain pada orang yang Pak Ghafar yang nak jumpa jumpa you dan nak mintak maaf serta menyokong you. Pigi jahanamlah you Anwar. You ni memang political animal lah, haiwan politik!!". Maki Zahid kepada Anwar lalu menghempas telefon.

Zahid terus menghubungi Almarhum Tun Ghafar dan menceritakan apa yang berlaku. Dan Tun Ghafar jawab, "dah agak dah tu, Anwar ni memang kaki kelentong". Dan kawan kita yang berjumpa Zahid tu menceritakan bagaimana dia dimaki oleh Anwar kerana menceritakan hal itu kepada Zahid. Dan kawan itu, seorang pemimpin kanan PKR hari ni dah pun keluar daripada PKR kerana menyedari kelentong dan putar belit Anwar. Siapa kawan itu, biarlah ia menjadi rahsia kami. Tapi Anwar tahu siapa yang dimaksudkan. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada Almarhum Tun Ghafar." - blog Zulkifli Nordin.

8.  Malah Sang Anwar juga berjaya mengaitkan Ketua Pemuda UMNO, Khary Jamaluddin dengan politik kotornya. Sang Anwar berjaya meyakinkan KJ kononnya Anwar kini sudah berubah dan bersedia menabur bakti kepada bapa mertua KJ yang juga PM pada ketika itu. KJ yang termakan janji manis Anwar telah pergi ke rumah Anwar untuk menyerahkan passport pada malam pembebasan Sang Anwar dari penjara Sungai Buluh. Akibtanya, hingga kini KJ terpaksa menjawab pelbagai dakwaan berkaitan isu ini sehingga ada yang membuat spekulasi kononya KJ merupakan tali barut Anwar.

9.  Banyak lagi kebijaksanaan Sang Anwar dalam politik hingga belliau mampu bertahan hingga kini. Bukan setakat PAS dan DAP, malah seluruh Malaysia berjaya ditipu dan dipergunakan demi kepentingan poltiknya. Bagi SMB Sang Anwar wajar dipuji dari segi gaya permainan politiknya. Tetapi untuk menjadi seorang pemimpin atau Perdana Menteri, Sang Anwar adalah seorang yang sangat tidak layak jika faktor nilai, etika dan akhlak diambil kira.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama