Advertisement - Contact Us

Rakyat sudah tahu !!! Lembu punya susu, bukan 'babi' punya susu...

1.  Memang itulah kerja hakiki Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP. Mereka hanya hebat mengetuk tin kosong, hingga gah ke seantero dunia. Tapi hakikatnya, tin kosong tetap tin kosong. Tak ade isi Haprak sahaja lebih.

2.  Mungkin mereka bernasib baik pada PRU 12 bilamana tin kosong yang diketuk berjaya menambat hati ramai rakyat Malaysia. Hasilnya mereka berjaya menawan 5 buah negeri dan Kuala Lumpur di samping menafikan 2/3 kuasa BN dalam parlimen.

3.  SMB percaya tin kosong yang diketuk takkan ke mana. Perlu diingat, kejayaan mereka pada PRU12 bukanlah disebabkan oleh tin yang mereka ketuk sangat pun. Ia lebih menjurus kepada kegagalan BN mengurus tadbir negara dengan baik hingga membuatkan rakyat muak dan meluat dengan telatah BN. Sebagai tanda protes rakyat terhadap BN maka alternatif yang ada hanyalah Pakatan Rakyat. Pada masa itu, jika kambing pun menjadi alternatif, SMB percaya rakyat mungkin akan turut memangkah si 'kambing'.

4.  Rakyat sedar bahawa segala janji dan manifesto yang digembar-gemburkan oleh PR pada PRU12 hanyalah sekadar 'menanam tebu di pinggir bibir'. Tak lebih pada itu. Jadi tak hairanlah malah memang sudah dijangka melihat kegagalan PR mengotakan apa yang telah ditabur sebelum ini.

5.  Apa yang rakyat nak lihat dan nilai sekarang adalah bagaimana PR memberi alasan dan mencari jalan singkat bagi mengatasi kegagalan mereka dan sekaligus dapat mengaburi mata rakyat dari terus menoropong kelemahan mereka. Satu alasan atau jawapan yang sering menjadi dakwaan mereka baik di Penang, Kedah, Perak mahupun dalam parlimen adalah mengaitkan kegagalan mereka dengan kelemahan pentadbiran kerajaan terdahulu yakni BN. Inilah salah satu kaedah lapok mereka.



6.  Atau, jika ada pembangunan atau kejayaan yang berjaya dikecapi, mereka akan mengaku kononnya merekalah yang telah berjaya membawa pembangunan atau kejayaan walhal ianya sudahpun bermula sejak sebelum mereka mengambil alih pentadbiran lagi. Dengan erti kata lain 'lembu punya susu, babi dapat nama'.

"Cuba bayangkan negeri Pulau Pinang sekarang tanpa sistem bas Rapid.Ini sebenarnya adalah inisiatif kerajaan pusat untuk membantu negeri itu menyelesaikan masalah pengangkutan yang cukup gawat tak lama dulu.

Jika tidak soal pengangkutan awam sudah tentu bikin Ketua Menteri Lim Guan Eng berserabut memikirkannya.

Sayangnya ibarat lembu punya susu…sapi dapat nama.Mungkin ramai yang dok naik turun bas Rapid di negeri itu tak sedar kemudahan itu adalah ehsan kerajaan pusat bukan kerajaan negeri.
Itu baru contoh kecil.Tak perlulah kita cakap bab kerajaan DAP negeri itu kira cuci mangkuk saja dapat bersenang lenang macam depa hebat kerana segala macam sudah tersedia semasa BN perintah dulu.

 
Mendiang Tun Lim Chong Eu,bekas Ketua Menteri,khususnya yang banyak buat kerja transformasi Pulau Pinang sehingga jadi tempat orang dari segela negeri lain termasuk Kelantan cari makan.

Kawan cakap bab ni untuk panjangkan sikit kisah gesaan Tan Sri Muhyiddin Yasin masa berucap pada perjumpaan dengan jentera BN Selangor di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam Khamis.
Timbalan Perdana Menteri antara lain meminta pemimpin Barisan Nasional (BN) di Selangor melibatkan diri secara langsung dalam setiap inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan supaya program itu tidak "diculik" oleh pembangkang.
Katanya meskipun Selangor diperintah oleh pakatan pembangkang, kerajaan pusat tetap menyalurkan peruntukan melalui jabatan dan agensinya yang beroperasi di negeri itu demi kepentingan rakyat.
Oleh kerana kita tidak ada 'ownership' menyebabkan ia seolah-olah bukan dijalankan oleh kerajaan BN.
"Ada ketika program yang dijalankan oleh kerajaan pusat 'diculik' oleh kerajaan Pakatan Rakyat walaupun peruntukan mereka tidak sebesar peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat. Ia kelihatan seolah-olah seperti peruntukan yang banyak disalurkan oleh mereka," katanya.

Ramai juga kawan-kawan kata Pakatan Rakyat ibarat tikus jatuh dalam guni beras bila dapat Selangor dan Pulau Pinang masa pilihanraya umum 2008 dulu.

Makanya apa depa cakap pun semuanya dah nampak elok.

Jadi senang nak jual air liur.
Kawan-kawan yang dah lama hidup tentu masih ingat atas nama politik DAP bukan main riuh mengata macam-macam masa nak buat Jambatan Pulau Pinang dulu.Membazir,projek megalah semata-mata cari point nak tibai kerajaan.

Hari ini bila perintah negeri tu depa yang riuh minta jambatan kedua yang sedang dibina oleh kerajaan pusat sekarang segera siap segala macam.
Begitu juga kalau tak ada beratus-ratus kilang di kawasan pulau dan di Seberang Perai,pasti Guan Eng jenuh garu kepala nak wujudkan peluang pekerjaan seperti yang ada hari ini.

Sama juga halnya di Selangor bagi Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kata orang mengepak sakanlah.

Cuma yang ramai orang dok tanya lepas lebih dua tahun perintah apa yang special depa buat.


Masa sembang dengan kawan-kawan di dua negeri termaju di Malaysia tu ramai yang golek kepala kata setakat ni tak nampak apa yang hebat

Ini kita cakap kalau nak ambil kira manifesto depa yang janji tinggi mengunung menjelang pilihanraya dulu

Bukan saja banyak janji dalam manifesto tu yang tak tertunai,Guan Eng dan Khalid nampak masih terkial-kial mencari arah

Dalam politik bukan susah sangat untuk cover line.Tibai sana ..tibai sini…riuh sana…riuh sini agar orang tak nampak habuk pun tarak.

Kalau ulat dalam batu pun boleh hidup…apa lagi tikus jatuh dalam beras.Kalau tak percaya tanya Guan Eng dan Khalid." - Agenda Daily


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama