Advertisement - Contact Us

Zaid Ibrahim boleh jadi Menteri Besar jika sertai DAP sekiranya 'Perjanjian Syaitan' menjadi kenyataan...



1.  Kah...kah...kah... Akhirnya Zaid terpaksa menelan kepahitan yang diciptanya sendiri. 'Diharapkan panas hingga ke petang, akhirnya hujan di tengahari'. Hari ini, Zaid telah mengumumkan untuk menarik diri dari bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

2.  Malah tidak cukup dengan itu, Zaid juga turut mengumumkan untuk melepaskan semua jawatannya dalam PKR. Tindakan Zaid ini jelas menggambarkan betapa kecewanya Zaid dengan PKR. Cita-cita yang ingin digapai oleh Zaid sejak melompat ke PKR kini hanya tinggal impian yang tak kesampaian.

3.  Ternyata keputusan Zaid untuk keluar dari UMNO dan menyertai PKR adalah merupakan satu kesilapan yang paling besar pernah dibuat oleh Zaid. Hasratnya untuk membawa satu perubahan besar kepada negara dan rakyat bersama PKR kini sudah memakan dirinya.

4.  Zaid sebenarnya terlupa siapa sebenarnya PKR sebelum dia membuat keputusan untuk menyertai PKR. Atau mungkin Zaid sedar siapa PKR tetapi disebabkan Zaid yakin yang dia mampu membawa perubahan bersama PKR membuatkan Zaid terpaksa memejamkan mata akan hal sebenar yang berada dalam PKR. apatah lagi ditambah dengan reformis dan janji manis yang diperkenalkan oleh Anwar membuatkan Zaid terpedaya hingga sanggup dia meninggalkan apa yang telah dia miliki bersama UMNO.

5.  Umum mengetahui bahawa PKR terdiri daripada bekas UMNO yang kecewa setelah gagal mendapat tempat di dalam UMNO. Mereka ini rasa terpinggir kerana apa yang diingini seperti kuasa, kedudukan, wang, pangkat, kepentingan gagal diperolehi di dalam UMNO. Mereka menggunakan alasan reformis dan perjuangan menegakkan keadilan ke atas Anwar hingga menubuhkan PKR.



6.  Alasannya sama. Dengan mengambil kesempatan atas apa yang berlaku kepada Anwar, mereka cuba mengejar apa yang gagal diperolehi sewaktu bersama UMNO. Pada mula penubuhan PKR, perjuangan yang dibawa mungkin masih relevan. Itu yang membuatkan ramai rakyat Malaysia tertarik dengan PKR hingga mencetuskan Tsunami politik sewaktu PRU12.

7.  Namun itu semua hanya sementara. setelah rakyat mula memberi sokongan, maka timbullah rasa tamak, gila pangkat, mengejar kepentingan dan bongkak di dalam hati dan sanubari golongan yang berpotensi memimpin PKR. Adalah lebih baik mereka-mereka ini mengumumkan keluar dari UMNO dan menubuhkan PKR kerana mereka inilah yang boleh menjahanamkan UMNO, sepertimana mereka sedang jahanamakan dalam PKR.

8.  Seperkara lagi, Zaid mungkin terlupa akan kedudukannya dalam PKR terutama dari segi senioriti. Memang PKR memperjuangkan keadilan dan ketelusan tanpa batasan, tapi itu semua sekadar di atas kertas. Pemimpin yang lebih senior seperti Azmin, Tian Chua dan lain-lain yang sememang dari asal memperjuangkan PKR pasti tidak rela memberi ruang dan peluang kepada orang baru seperti Zaid untuk berada di puncak kepimpinan PKR.

9.  Sudah lah wahai Zaid. Sedarlah bahawa tidak ada tempat untuk Zaid dalam PKR. PAS mungkin boleh menerima 'bekas peminum arak' seperti Zaid untuk berjuang bersama PAS. Atau Zaid mungkin berpeluang untuk menjadi Menteri Besar jika menyertai DAP sekiranya 'Perjanjian Syaitan' menjadi kenyataan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama