Sabtu, 27 November 2010

TRANSFORMASI KEDAH !!! Benarkah Mahadzir Khalid bakal menerajui UMNO Kedah???

  1.  Khabarnya Det Khalid, mantan Menteri Besar Kedah, bakal menggantikan Dato' Seri Shafie Apdal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah dalam rombakan transformasi Dato' Seri Najib yang bakal diumumkan tidak berapa lama lagi.
     
  2. Ramai yang mungkin akan tertanya-tanya mengapakah tidak dilantik sahaja Dato Mad Bashah (Timbalan Pengerusi Umno Kedah dan orang yang cukup akrab dengan PM)? Mad Bashah dikatakan tidak sehaluan dengan bosnya Dato Seri Shafie Apdal dan seringkali memsabotaj bosnya. Lain yang disuruh buat, lain yang dibuatnya. Sudah di banyak tempat Mad Bashah beri tanggapan dan imej buruk tentang DSSA (dia ingat DSSA tak tahu). Jadi DSSA pun tidak rekomen beliau kepada PM.
     
  3. Perlantikan (Det Khalid) tersebut juga dilihat mampu memperkukuhkan lagi Umno Kedah kerana pengalaman beliau terdahulu yang dikatakan amat arif dengan fiil ketua-ketua bahagian dan selok belok umno Kedah. Beliau juga dilihat mampu menghidupkan Umno Kedah yang semakin lesu dan hampir mati gara-gara mainan politik melampau beberapa ketua bahagian yang ; depan cakap lain belakang buat lain sebagai tanda sabotaj terhadap kepimpinan DSSA kerana status beliau sebagai orang luar!
     
  4. Perlantikan tersebut juga dengan bersyarat, iaitu Det Khalid hendaklah menjauhkan dirinya dari terus dihimpit oleh beberapa orang Ketua Bahagian, seperti sahabat karibnya Tajul Urus (Merbok), Ali Kucing (Sungai Petani) dan satu dua lagi yang dilihat sering mempengaruhi keputusan beliau. Walaupun ramai yang tahu banyak juga keputusan beliau sendiri pun silap!
     
     
     
  5. Seterusnya pula membersihkan pejabat Umno negeri dengan membuat perlantikan baru bagi mengisi jawatan-jawatan eksekutif dan pejabat sebagai langkah melancarkan lagi aktiviti serta gerakkerja Umno negeri Kedah.
     
  6. Orang-orang lama seperti Dato Bakri dan Nasir dikatakan tidak lagi berkesan dan perlu dikeluarkan dari tingkat enam kerana jawatan yang dicipta dan diberikan kepada mereka hanya mengenyangkan mereka sahaja. Det Khalid jugalah orang yang bertanggungjawab memberikan segala kemudahan tersebut kepada mereka.
     
  7. Jika desas desus ini menjadi kenyataan, mampukah Det Khalid melakukannya? Mana lebih penting kawan atau parti..beranikah beliau memlaksanakan TRANSFORMASI?
    Sumber   : Tok Senawi

    Ikuti Rancangan "Sebalik Tabir" dan menangi hadiah. KLIK SINI...

Show Comments: OR

2 ulasan:

  1. mahadzir khalid pegerusi perhub neg kedah....???? i/Allah kedah tetap akan dalam genggaman PAS....ded khalid mana ada otak....jd lah spt Khir toyo..akur akan kelemahan diri wp ada otak..yg x dak otak tok sah dok gagah lg...rakyat dh meluat!!!!!

    BalasPadam
  2. Contohilah Tan Sri Sanusi Junid. Walaupun Kedah tidak tergadai namun beliau 'gentlemen'

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE