Advertisement - Contact Us

Sumbangan Komponen BN masih belum mencukupi... Benarkah kemenangan BN hanya sekadar nasib???


1.  Rasanya tak terlambat untuk SMB mengalungkan ucapan tahniah kepada calon BN di Batu Sapi dan Galas keran telah berjaya memenangi PRK di kedua-dua kawasan tersebut. Setidak-tidaknya ia menunjukkan bahawa parti BN kini berada di landasan yang betul untuk kembali memenangi hati rakyat menjelang PRU13 yang bakal tiba nanti.

2.  Kemenangan di kedua-dua kawasan tersebut menaikkan semula keyakinan dan moral Barisan Nasional. Namun perlu diingat, kemenangan ini bukan penentu kejayaan secara keseluruhannya. BN tidak boleh terlalu selesa atau 'over confident' kerana takut perkara pada PRU12 mampu berulang jika semua pihak mula ambil mudah dan terlalu yakin untuk berdepan dengan pembangkang.

3.  Banyak lagi perkara perlu dilakukan dalam Bn terutama melibatkan komponen parti jika mahu menjadikan BN terus relevan di hati rakyat. Kemenangan di Galas Dan Batu Sapi menunjukkan bahawa rakyat mula ingin memberi ruang dan peluang kepada BN untuk memperbaiki kesilapan lampau dan menjadi kerajaan yang lebih cemerlang dari yang sedia ada.

4.  BN seharusnya lebih bijak mengambil ruang ini dengan berusaha lebih kuat untuk memperkukuhkan parti, menjadi lebih bertanggungjawab, telus demi untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kali ini memilih BN bukan lagi satu kesilapan. Ditambah pula dengan kepincangan yang kian melanda Pakatan Rakyat, Bn perlu lebih agresif mengambil peluang jika mahu merampas kembali 2/3 kerusi parlimen.

5.  SMB tertarik dengan analisis yang dibuat oleh rakan blogger melalui blognya, 'sakmongkolAK47' berkenaan dengan kejayaan BN di Galas dan Batu Sapi. Semua pihak terutama kepimpinan BN perlu mengambil serius dengan pandangan yang dibuat oleh Dato' Ariff kerana pandangannya memang logik dan menyumbang ke arah kekuatan parti BN.

"Saya tak faham sikap masabodo pemimpin UMNO. Hanya kerana kita menang di Batu Sapi dan Galas, maka ramai pemimpin sudah mengistiharkan UMNO dan BN sudah pulih. Para penganalis pula menyatakan perkara yang serupa. BN sedang mara dan parti pembangkang kian luntur. Sabar dulu tuan tuan. Jangan biarkan kesukaan mengatasi reality. 

Kita menang di Batu Sapi, punca nya mudah di cari. Jutaan Ringgit di belanjakan, banyak pengundi yang ada IC baru mengambil bahagian. Yang berlaku di Batu Sapi adalah direct opposite yang berlaku di Galas.  
Apa yang kita celebrate di Batu Sapi? Kita pilih seorang calun balu kepada mendiang AP yang dulu. Kita tak boleh diskaun undi simpati kepada makcik ini. Orang Bajau pun ramai tidak keluar mengundi. Yang berIC baru datang ' bersyusun susyun'  mengundi BN. Projek demi projek di istiharkan. Duit entah banyak mana. 
Yang menjulang si datin ini bila menang ialah puteri2 UMNO. Penyokong parti dia sendiri mana? Saya rasa orang UMNO tak malu menjulang seorang pemenang yang tidak tahu berbahasa Melayu. Dalam bab ini, pahlawan2 nasionalis bahasa membisu pulak.  
Di planet mana si Datin ni diami? Its not like Batu Sapi tu macam satu enclave kampung Cina seperti di desa Pulai Gua Musang. Saya harap, dia akan segera belajar bahasa Melayu. Kalau tak, apa dia nak buat dalam parlimen?  
Apa nak buat, kalau BN sudah pilih makcik ni. Saya tidak dapat membayangkan apa dia nak cakap dalam parlimen nanti. Jika ini kualiti AP yang di tawarkan kepada rakyat, bagaimana kita boleh kata BN sudah di yakini kembali?  
Tolong perhatikan kenaikan peratus meningkat PKR. Yong Tek Lee bekas CM Sabah pun tidak dapat mengatasi PKR. Apa yang di tunjukkan oleh perkara tersebut? Ia menunjukkan bahawa PKR boleh mencabar BN di Sabah.  
Jadi, sebelum kita galak sangat mengonfirmkan Sabah FD untuk BN, elok kita slow sedikit. Parti pembangkang bukan melihat kepada menguasai Sabah atau Sarawak. Mereka berminat untuk mendapat tambahan kerusi parlimen. Sebab mereka tahu, itu kunci kepada peguasaan Putarajaya. Dato Najib menjerit kuat mana pun, jika kerusi parlimen UMNO dan BN berkurangan, orang lain akan tawan Putrajaya dan orang lain jadi PM.  
Jadi, kemenangan Batu Sapi kepada saya, tidak ada bearing kepada politik akan datang di negara ini. Kemenangan Datin adalah localized issue.
Kemenangan BN di Galas lebih signifiken. Daripada minus kepada positif. Dari deficit kepada surplus yang melebihi majority yang di perolehi oleh arwah wakil rakyat yang terdahulu. Tapi ada kita dengar ucapan terima kasih dari UMNO kepada pengarah PRK Galas? Ku Li? 
Tidak ada. Kerana setiap pemimpin UMNO takut pada bayang bayang sendiri. Mustapha Mohamad dan imam2 perang UMNO lain tidak pun mengucap tahniah kepada Ki Li. Sebab setiap mereka mahu menempa nama dalam kemenangan tersebut. Semua mahu claim mereka sudah banyak berbakti kepada UMNO.  
UMNO menang Galas kerana 2 faktor besar. Pertama kerana ketokohan Ku Li. Kedua, kerana strateji kempen yang berlainan. Bukan baru, tapi berlainan.
Jadi jangan kita nak sandiwara kata ini petanda UMNO pulih. UMNO belum pulih jika jentera UMNO tidak mengobah cara kerja mereka. Saya berpendapat, jika di takdirkan UMNO jatuh tersungkur, ia akan mengambil masa yang lama untuk bangkit semula. Ini kerana, UMNO sekarang ini, tidak mempunyai budaya kesukarelawan. Budaya UMNO ialah ada duit abangku sayang, taka da duit, abang melayang.  
Saya tidak mahu sebut starteji ini strateji charm offensive. PM Najib pun buat perkara yang serupa dengan walkabout nya. Dia jalan sana dan jalan sini. Tapi orang tidak pula membeli pendekatan PM secara meyeluruh dan jawapan kepada masaalah. Masih ada orang kata, ini cara buat buat. Kita jalan kat Petaling Street setahun sekali atau sekali dalam beberapa tahun. Lepas iti, semua di lupakan. 
Pendekatan yang di lakukan oleh Ku Li di Galas ialah pendekatan memuliakan rakyat sebagai manusia. Manusia yang mempunyai harapan dan kegelisahan. Harapan yang menuntut di puaskan, kegelisahan yang menuntut di redakan. Kita engage pengundi sebagai manusia yang mahukan permuliaan. Dan cara kita lakukan, orang boleh membaca sama ada ianya ikhlas dan jujur.  
KU LI dan jentera nya menghabiskan masa berjam jam lama nya berinteraksi dengan rakyat tanpa menunjukkan bosan dan letih. Rakyat appreciate pendekatan ini.  
Jika UMNO hendak memulakan zaman kebangkitan ia mesti melihat kepada mengemukakan pimpinan yang kredibel dan cara kempen yang berlainan." - SakmongkolAK47

6.  Sememangnya kejayaan BN di Batu Sapi dan Galas tidak boleh dijadikan platform untuk BN mendabik dada dan berada dalam keadaan selesa. Setiap jentera parti perlu bekerja lebih keras untuk memastikan BN benar-banar diterima di hati rakyat.

1 Ulasan

  1. Terimakasih kerana mendaftar sebagai Followers di blog saya. Blog anda telah disenaraikan dan di harap anda juga dapat menyenaraikan blog saya di dalam bloglist anda.


    Aku Yang Bingai
    Cerai Sebab Takut Bini di TendangTerajang

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama