Advertisement - Contact Us

Nabi pun tak mengaku Anwar sebagai umatnya, PAS masih menonggekkan 'bontot' untuk disondol Anwar...

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

1.  Inilah yang dinamakan "pengundi hantu". Jika sebelum ini Pakatan Rakyat terutama PAS sering mendakwa bahawa UMNO dan BN menggunakan "pengundi Hantu" untuk memenangi kerusi PRK, tapi kali ini rakan sebulu mereka yakni PKR telah menunjukkan apa yang dimaksudkan dengan "pengundi hantu".

2.  Lebih menarik lagi, yang mendakwa bahawa wujudnya "pengundi hantu" dalam pemilihan PKR bukan datang dari UMNO atau BN, tetapi datang dari pemimpin PKR sendiri. Mereka mendakwa bahawa jumlah ahli yang keluar untuk mengundi bagi memilih calon Timbalan Presiden Parti dibeberapa cabang terutama di Sabah adalah tidak logik jika dibandingkan dengan jumlah peratusan kebiasaan yang keluar iaitu hanya sekitar 10%.

3.  Yang menambah ketidak logikannya, beberapa cabang di Sabah yang sebelum ini dikatakan merupakan kubu Zaid Ibrahim tetapi apabila tiba masa memilih, Azmin telah menyapu bersih undi di sana dan terdapat beberapa cabang yang memperlihatkan Azmin berjaya menyapu hampir 100% undi. Ini jelas menunjukkan bahawa Azmin membela hantu yang hebat hingga mampu membantunya untuk menewaskan Zaid.

4.  Tak kisahlah kerana apa pun, PAS pastinya akan tetap membela dan mempertahankan rakan sebulunya terutama Sang Anwar Si Gila Bontot. PAS lebih rela menuduh UMNO yang juga terdiri dari ahli beragama Islam sebagai kafir, daripada menerima hakikat bahawa Anwar dan PKR sering mengambil kesempatan ke atas PAS demi untuk mengejar kepentingan peribadi dan politik mereka.

"PKR sedang menyiasat kemungkinan berlaku penyelewengan dalam pengundian pemilihan pucuk pimpinan parti itu, di beberapa cabang di Sabah, kata timbalan pengerusi PKR Sabah, Christina Liew.

"Saya memeriksa dengan ibu pejabat parti dan diberitahu mereka sedang menyiasat... Saya faham majoriti (aduan) telah dibuat kepada ibupejabat, tetapi saya tidak tahu masa berapa lama siasatan akan dijalan," katanya ketika dihubungi kelmarin.

Tumpuan utama ialah mengenai jumlah yang keluar mengundi di beberapa cabang di Sabah, termasuk Sandakan dan Libaran, telah mencetuskan kebimbangan kerana rata-rata ia adalah sekitar 10 peratus.

"Ahli di Sabah nampaknya merasa bahawa pemilihan pucuk pimpinan pusat kurang penting berbanding di peringkat cabang kerana mereka lebih prihatin terhadap siapa yang memimpin mereka di peringkat cabang," kata Liew (kiri).

Di Libaran, 898 dari 1,501 ahli berdaftar, atau 59,83 peratus keluar mengundi, dengan calon timbalan presiden, Azmin Ali menyapu bersih hampir semua undi di cabang itu.

Sandakan juga mencatatkan jumlah pengundi yang tinggi - 43,57 peratus - dengan 456 daripada 1,047 ahli yang berdaftar, keluar mengundi.

"Bagaimana mereka boleh membuat begitu ramai keluar mengundi? Ada sekitar 4,000 ahli di Kota Kinabalu (cabang Liew), tapi hanya 300 yang keluar mengundi," katanya.

Sandakan, Libaran serta cabang-cabang lain yang ahlinya ramai keluar mengundi, seperti Tawau dan Tenom, hampir 100 peratus undi adalah untuk Azmin..

Di Tawau sahaja, calon timbalan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang memperolehi kesemua 232 undi, kecuali satu undi untuk lawannya Khairul Anwar Ahmad Zainuddin.

Ketika dihubungi untuk mendapat pengesahan bahawa siasatan sedang dijalankan, pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Dr Molly Cheah keberatan untuk mengatakan ya atau tidak.

Apabila didesak seterusnya, beliau bagaimanapun berkata: "Jika Christina Liew dah kata ia sedang disiasat, maka ia sedang disiasatlah." - MalaysiaKini

1 Ulasan

  1. Adeh! Tajuk N3 tu pedih sangat menusuk (erks?) hehehe

    Mai blog aku study trend pengundian. Satu Analisis setengah masak untuk parti yang tak termasak langsung

    Aku Yang Bingai
    Zaid Kene Kencing Tikus di TendangTerajang

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama