Jumaat, 8 Oktober 2010

Tiket percuma untuk Sang Anwar... Meleleh-leleh la air liur Sang Anwar...

1.  Inilah sebenarnya yang dinantikan oleh Sang Anwar. Dah lama Anwar memendam rasa dan menagih rindu akan tabiat lamanya. Disebabkan terpaksa menutup pekung di dada, makanya Anwar hanya mampu menjeling dari jauh dengan penuh rasa nafsu dan ghairah.

2.  Adam Lambert adalah antara ikon artis yang sangat sinonim dengan citarasa Anwar. Tindakan kerajaan yang cuba untuk membawa Adam mengadakan konsert di Malaysia sebenarnya ditujukan khas kepada Anwar yang sangat dahagakan kasih sayang seorang lelaki.

"PAS hari ini mengajak rakyat khususnya penggiat seni dan penghibur tanahair supaya membantu parti itu mempertahankan jati diri dunia hiburan tempatan daripada terus tercemar oleh anasir-anasir luar, lapor Harakahdaily.


Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengajak rakyat membantah rancangan terbaru kerajaan mengizinkan Konsert Adam Lambert yang dijadualkan pada 14 Oktober depan.

"Saya yakin rakyat sependapat dengan PAS, iaitu hiburan adalah tuntutan naluri manusia dengan ada tatasusila ketimurannya dan tidak menyimpang dari norma-norma agama di Malaysia,” katanya.

Menurut Dr Dzulkefly jika “budaya mencium pemain keyboard lelaki, beraksi lucah antara penari lelaki yang lain yang digayakan oleh penyanyi gay itu” yang mahu dibawa ke negara ini, rakyat diyakini akan menolaknya.

Katanya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Artis Luar Negara (Puspal) sepatutnya tidak semberono bersetuju membawa artis gay itu ke negara ini.

Budaya liar

Ini kerana, kata ahli parlimen Kuala Selangor itu, Lambert sebenarnya dikecam hebat oleh dunia apabila melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.

Berikutan itu, rancangan televisyen Good Morning America terbitan ABC di Amerika Syarikat membatalkan penampilan Lambert kerana menolak budaya liar penyanyi gay berkenaan.

“Gaya hidup Amerika yang selalu kita anggap bebas pun menolak semua ini, mengapa kita (kerajaan) yang selalu mengaku kitalah Islam tidak belajar semua ini?” soalnya.

Baginya, kerajaan sepatutnya mengambil berat soal menjemput selebriti asing memandangkan KPKK serta Puspal pada Mei lalu telahpun ditegur apabila membenarkan penyanyi lucah Pitbull mengadakan persembahan di negara ini.

"Kerajaan seakan tidak kisah semua ini kerana selepas konsert Pitbull dibantah 15 Mei lalu pun, kerajaan nampaknya masih memberi kelulusan pada syarikat yang sama untuk menjemput Adam Lambert," katanya lagi." - MalaysiaKini

3.  PAS janganlah kejam sangat. Bagi la peluang sama dengan Anwar untuk melampiaskan kerinduannya. Dah lama Anwar meleleh air liur melihat kejantanan Si Adam ni. Tu la sebabnya si Saiful pun dibaham dek anwar.

Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE