Ahad, 24 Oktober 2010

Terkini !!! Calon BN di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi telah diumumkan...

1.  Segala teka-teki berkenaan dengan siapa calon yang bakal mewakili Barisan Nasional di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi kini sudah terjawab. Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO telah mengumumkan Setiausaha Agung Bahagian Gua Musang, Mohd Aziz Yusof, 47 sebagai calon yang bakal mewakili BN dalam menghadapi PRK DUN Galas.

2.  Mohd Aziz merupakan anak tempatan yang berasal dari Gua Musang. Turut hadir di majlis pengumuman calon termasuk, Tengku Razaleigh yang juga Pengerusi Jentera PRK DUN Galas dan Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO dan beberapa pemimpin utama BN lain.

3.  Lawan yang menanti Saudara Mohd Aziz adalah Saudara Dr. Zulkefli Mohamad yang mewakili parti PAS. Dr. Zulkefli merupakan pemangku Yang DiPertua PAS Gua Musang.

"Setiausaha Umno bahagian Gua Musang, Mohd Aziz Yusof diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin petang ini.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandang wakil rakyat dari PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus 27 September lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Oktober ini.

PAS telah menamakan calonnya - Dr Zulkefli Mohamad - sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil berkenaan.

Dr Zulkefli adalah pemangku yang dipertua PAS Gua Musang." - MalaysiaKini
 4.  Sementara itu, BN secara kompromi dan sebulat suara telah mengumumkan Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura, Datin Linda Tsen Thau Lin, 54 sebagai calon yang bakal mewakili BN. Datin Linda juga merupakan isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah.

5.  Parlimen Batu Sapi bakal memperlihatkan pertandingan 3 penjuru. Ini berikutan pengumuman yang dibuat oleh PKR yang bakal meletakkan calon di sana. Satu lagi parti pembangkang yang dijangka akan turut meletakkan calon adalah SAPP. Sementara itu, menurut SPR, sebanyak lebih 20 borang penamaan calon telah dikeluarkan.

"BN akan meletakkan Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi 4 November ini.

Beliau adalah timbalan ketua Wanita PBS Elopura dan isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah.
Ketua Menteri Sabah yang juga pengerusi BN negeri, Datuk Musa Aman berkata, jawatankuasa BN negeri sebulat suara memilih Linda bertanding di Batu Sapi.

Katanya, BN yakin dengan kemampuan calon BN itu untuk meneruskan khidmat kepada penduduk di kawasan berkenaan. 

pilihan raya kecil itu, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan Selasa ini dan pengundian pada 4 November." - MalaysiaKini

Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE