Advertisement - Contact Us

'Suwey' sungguh Ansari ni. Mungkin Ansari patut 'mandi bunga' atau 'mandi taik'...


1.  Belum pun kering air laut di baju Ansari, calon PKR di Batu Sapi jatuh ke dalam laut sekali lagi. Kali ini beliau terjatuh setelah pelantar kayu yang dipijaknya telah roboh dan jatuh ke laut. Kejadian ini berlaku sewaktu beliau bersama jentera kempennya dalam rangka lawatan ke Kampung Gas, Sandakan.

2.  Turut sama menyertai rangka kempen tersebut adalah Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid. Khalid juga hampir turut tersembam ke laut. Namun beliau sempat menyelamatkan diri setelah berpaut pada tiang rumah yang berhampiran.

3.  SMB menasihatkan Ansari supaya mandi bunga memandangkan kejadian ini merupakan kali kedua dalam tempoh 2 hari. Jika sekali kita boleh andaikan sebagai kemalangan. Tetapi jika 2 kali perkara yang sama berlaku ini mungkin menandakan kehadiran Ansari ke Batu Sapi adalah tidak diundang atau 'suwey'.

"Selepas menjadi mangsa jeti runtuh Rabu lalu, calon PKR bagi pilihan raya kecil parlimem Batu Sapi, Ansari Abdullah jatuh lagi ke laut hari ini selepas pelantar yang disambung ke laluan di situ pula runtuh.

Insiden itu berlaku ketika Ansari melawat Kampung Gas, Sandakan tengahari tadi. Ia merupakan perkampungan nelayan yang dibina di atas tiang di laut.

Ansari berada di belakang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuju ke sebuah rumah apabila pelantar yang menyambung ke titi itu runtuh

Menurut pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, selain Ansari, tiga orang lagi turut terjatuh ke laut apabila pelantar itu runtuh.
Khalid juga, katanya, hampur terjatuh. Bagaimanapun beliau sempat memegang tiang sebuah rumah sebelum pelantar itu runtuh.

Mereka yang jatuh itu mengalami cedera ringan. Ansari cedera di lutut dan dada." - MalaysiaKini


3 Ulasan

  1. Mandi bunga untuk yang tak laku cari jodoh. Kalau nak buat suwey tu kene mandi air tujuh longkang! hehehe

    Ada orang mengamalkan ilmu sesat bila mati bumi tak nak terima. Kalau titi/jembatan tak nak terima tu pehal pulak ek? Politik sesat?

    kah kah kah

    BalasPadam
  2. Salam,

    Pesanan kepada saudara Ansari, cuba elakkan diri dari berada di tempat-tempat yang berair....

    Kalau berlaku untuk kali ketiga, buruklah alamatnya.... itu kata orang tua-tua!!!

    Kalau boleh, jangan mandi selagi pilihanraya belum berakhir!!!!!

    BalasPadam
  3. Aku cadangkan ko mandi air kunyit je..klu nak tahu cara2 mandi air kunyit, cuba tanya abg nuar ko tu..!!!! ha ha ha ... bikin tergelak la lu ni..!!!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama