Khamis, 7 Oktober 2010

Rupanya Latheefa Koya lah dalang sebalik penipuan akuan bersumpah... Inilah contoh peguam bertaraf penjenayah...

1.  Peeerrrrgghhhh... Samseng sungguh pencacai-pencacai pengangkat najis Sang Anwar Al-Juburi ni. Sebelum ini mereka menunjukkan lagak samseng di dalam mesyuarat pemilihan peringkat cabang parti mereka sendiri yakni PKR. Dari maki-memaki, ugut-mengugut, membaling kerusi meja dan botol hinggalah tumbuk-menumbuk dan tendang menendang. Mungkin inilah demokrasi dan ketelusan yang selama ini PKR perjuangkan dan pertahankan.
2.  Tak kisahlah kerana itu masalah dalaman mereka. Mereka nak bertumbuk ke, berlawan ke malah membunuh sekalipun, ia sebenarnya tidak menjadi kudis kepada UMNO dan BN. Malah ia hanya akan membuka pekung mereka sendiri dan sekaligus memaparkan wajah sebenar mereka yang selama ini berlindung atas nama keadilan, kononnya.

3.  Yang menjadi masalah sekarang ini, nampaknya kesamsengan mereka mula merebak hingga mengganggu majlis dan sidang media pihak lain. Inilah yang berlaku pada sidang media yang cuba diadakan oleh Saudara Rahimi Osman, bekas setiausaha merangkap pembantu peribadi Ketua Umum PKR, Sang Anwar Ibrahim. Kira-kira 15-20 orang samseng yang dipercayai penyokong PKR entah datang dari kapal tongkang mana tiba-tiba datang ke sidang media itu sambil terpekik terlolong, terjerit-jerit, menyalak-nyalak bak anjing kurap.

4.  Niat mereka sebenar adalah untuk mengagalkan sidang media yang baru hendak bermula. Mereka sedar sidang media itu bakal membongkarkan lagi banyak perkara termasuk salah laku dan kesahihan pembabitan boss mereka dengan isu liwat bersama Mohd Saiful. Malah beberapa nama juga akan terbongkar membabitkan penipuan akuan sumpah yang pernah dibuat oleh Si Rahimi. Tidak cukup dengan menjerit-jerit, sebuah kereta Gen-2 berwarna putih didapati terbakar di luar bangunan balai polis. Mungkin kebakaran ini berlaku secara kebetulan namun adalah diharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci kemungkinan berlaku perbuatan khianat.
"Pada jam 3.00 petang rahimi bin osman selesai membuat laporan polis di IPD klang selangor. repot polis bernombor 7818/10 . antara kandungan repot tersebut.

i) rahimi osman dipaksa menandatangani 2 akuan bersumpah pada jun 08 mengenai anwar dan saiful bukhari di di hotel quality shah alam.

ii)akuan bersumpah pertama ditandatangani pada 28jun 2008 dan akuan bersumpah kedua ditandatangani selepas dipinda kandungannya di hadapan pesuruhjaya sumpah yang tidak dikenali di old town petaling jaya dengan mencatatkan nama najib dan rosmah dalam konspirasi kes liwat terbaru anwar dengan saiful.

iii)rahimi telah ditahan di hotel quality shah alam selama beberapa hari oleh anwar,latheefa koya dan saiful izham ramli. 

iv) rahimi membuat sidang media ini untuk mendedahkan bahawa akuan bersumpah itu TIDAK BENAR (untuk mengaitkan najib/rosmah dalam konspirasi liwat )

v)beberapa bulan yang lalu rahimi telah dihubungi oleh latheefa koya untuk melakukan akuan bersumpah yang baru namun tidak dilayan oleh rahimi.

vi)sidang media rahimi ini ditemani oleh peguamnya ramachandran a/l subramaniam dan seorang lelaki melayu."
Sumber : GAP
 
5.   Apakah sebenarnya fungsi akuan bersumpah ini jika ia sewenang-wenangnya dipergunakan dan dipersendakan. Jika sebelum ini, seorang penyiasat persendirian, Bala Subramaniam telah mengaku menipu akuan sumpah berkaitan kes Altantunya, kini sekali lagi timbul penipuan akuan sumpah membabitkan si Rahimi.

6.  Lebih menyedihkan lagi apabila Rahimi telah dipergunakan oleh peguam Anwar, Latheefa Koye untuk membuat akuan bersumpah bagi membabitkan Najib dan Rosmah sebagai konspirasi dalam kes liwat sang Anwar. Jika ini benar, jelas bahawa najib dan rosmah sekali lagi telah difitnah oleh Anwar dan pencacai-pencacai berstatus 'anak haram' ini.

7.  Satu-persatu salah laku dan penipuan yang dilakukan oleh Anwar telah terbongkar dan pastinya banyak lagi yang hanya menanti masa untuk dibongkar. Apa yang lebih menarik, pembongkaran dilakukan oleh orang kuat dan orang kanannya sendiri, yang sudah pasti tahu dan arif perkara sebenar. Dan setiap kali pembongkaran berlaku, seperti biasa, Anwar hanya bijak mengelak dan memberi alasan tidak munasabah dengan menyalahkan pihak lain seperti UMNO yang mnejadi dalang untuk menjatuhkan karier politiknya. Tidak pernah sekalipun anwar berani menangkat sumpah bagi menafikan apa jua tuduhan terhadapnya.

8.  Tidak kisahlah apapun, SMB berharap agar pihak berkuasa terutama polis dapat menyiasat sedalam-dalamnya perkara ini. Setiap akuan bersumpah tidak sepatutnya diterima bulat-bulat dan kajian terperinci perlu dilakukan bagi membuktikan kesahihan setiap akuan bersumpah. Malah tindakan yang sangat berat perlu dikenakan terhadap individi yang didapati bersalah menipu atau mempergunakan akuan bersumpah. Setidak-tidaknya, orang akan berfikir berkali-kali sebelum bersetuju melafazkan akuan bersumpah ini dan ini dapat mengelakkan berlakunya penganiayaan terhadap pihak lain

Show Comments: OR

2 ulasan:

  1. tangkap saja si koya ni. apa hal kes si nuar ni lambat sangat? kalau orang lain meliwat, dah lama kes ni selesai. jangan di layan sangat si anwar ni. cepatkan kes nya dan sumbat balik dalam penjara. menyusahkan rakyat dan negara.

    BalasPadam
  2. Kerakusan berkuasa nampaknya telah menghalalkan semua kejahatan. Syukur kepada Allah kerana kebenaran demi kebenaran telah terbongkar. Semoga Allah SWT terus menunjukkan kepada kita kebenaran2 ini supaya kita tidak terus tertipu dan dipermainkan dan diperbodohkan. Dan apabila kebenaran ini telah dipampang di hadapan mata, janganlah kita terus membutakan mata dan hati kita. Kepada yang taksub kepada Anwar, bukalah mata dan hati kamu. Jangan nanti kamu terus dalam kesesatan sedangkan kamu sendiri yang telah berdoa untuk ditunjukkan kebenaran.

    BalasPadam









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE