Jumaat, 29 Oktober 2010

PR sudah mula angkat bendera putih... Calon suri rumah pun PKR dan kecut 'teloq'...

1.  Kempen di Galas dan Batu Sapi semakin hari semakin rancak akan perjalanannya. Pelbagai isu dibangkitkan baik isu yang realiti mahupun isu yang palsu. Malah kejadian dan peristiwa yang lucu, cemas, mengejutkan dan banyak lagi tidak ketinggalan berlaku samada di Batu Sapi mahupun Galas. SMB mengucapkan terima kasih kepada para bloggers yang berada di sana kerana sentiasa berkongsi cerita dan maklumat sepanjang proses berkempen.

2.  Di Galas, calon PAS, Dr. Zul mencabar calon BN, Saudara Aziz untuk berlumba lari atau tarik tali dengannya. Ini kerana Dr. Zul yang memiliki berat badan berlebihan atau obesiti menjadi bahan jenaka di kem BN. Malah Dr. Zul kelihatan sangat tercungap-cungap sewaktu berkempen di Galas. Berbeza dengan fizikal yang dimiliki oleh Saudara Aziz yang nampak lebih steady dan bertenaga.
3.  Kejadian membakar bendera dan poster turut berlaku di Galas. Menurut sumber, beberapa poster dan bendera milik BN telah dibakar, disimbah dengan bahan peluntur dan disabotaj oleh pihak tidak bertanggungjawab dipercayai didalangi oleh pembangkang. Ini jelas menunjukkan bahawa pembangkang sudah hilang keyakinan untuk menang membuatkan mereka terpaksa bertindak keterlaluan dan tidak mencerminkan semangat yang positif.

4.  Beberapa banner yang mendedahkan kelemahan pentadbiran PAS di kelantan juga kelihatan di beberapa kawasan di Galas. Ada yang mempertikaikan tindakan PAS yang masih bersekongkol dengan DAP terutama Karpal Singh yang jelas menentang perlaksanaan negara Islam di Malaysia. Isu berkenaan pengambilan tanah orang asli oleh PAS dan kegagalan PAS menjaga kebajikan masyarakat orang asli turut dibangkitkan di Galas. Diharap PAS sedia menjawab segala isu yang jelas menuding ke arah batang hidung mereka sendiri.

5.  Sokongan kepada PAS di Galas juga nampaknya semakin menurun. Malah majlis ceramah yang dihadiri pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Nik Aziz dan anwar Ibrahim juga gagal mendapat sambutan yang menggalakkan. PAS dilihat ketandusan isu untuk dibangkitkan di Galas. Atau mungkin disebabkan penduduk Galas sudah muak dengan pembohongan dan kegagalan kerajaan PAS sepanjang 1 penggal mereka mengambi alih kerusi Galas dari BN pada PRU12 yang lalu.

6.  PAS cuba membangkitkan isu kononnya wujud kepincangan di dalam kem BN. PAS mendakwa bahawa UMNO Bahagian Gua Musang yang diketuai oleh Ku Li tidak berpuas hati dengan pemilihan Saudara Aziz sebagai calon. Dakwaan ini jelas tidak benar malah Ku Li dilihat begitu bersemangat membantu calon BN berkempen. Walhal menurut sumber kem PAS lah yang sebenarnya tidak berpuas hati dengan pemilihan Dr. Zul. Hinggakan Ketua Dewan Pemuda PAS Gua Musang dan pengikutnya dikatakan memulaukan kempen PAS di Galas.

7.  Itu di Galas. Lain pula di Batu sapi. Semalam satu peristiwa lucu dan mencemaskan telah berlaku bilamana calon PKR telah jatuh ke laut apabila pelantar jeti yang dinaikinya telah roboh. Mujur tiada apa yang berlaku. Namun signifikannya jelas menunjukkan bahawa ini seperti satu petanda bahawa PKR akan kecundang dan jatuh, seperti jatuhnya Ansari ke laut.
8.  Selain itu, pemimpin PKR dan pemimpin SAPP yang turut meletakkan calon mereka di Batu Sapi saling menempelak antara satu sama lain. Wan Azizah semalam melabel Teck Li sebagai pengacau dan nyamuk. Dakwaan Pakatan Rakyat kononnya mereka telah menjalin kerjasama yang erat antara sesama komponen PR nyata meleset dan palsu sama sekali. Jika ini yang telah berlaku, mampukah PR mentadbir negara sekiranya ditakdirkan mereka diberi peluang menjadi kerajaan di Malaysia???

9.  Sementara itu, seorang pemimpin PKR, Puan Fuziah mempertikaikan pemilihan Datin Linda sebagai calon BN. Beliau mendakwa kononnya BN bertindak tidak adil apabila memilih seorang suri rumah yang baru kehilangan suami sebagai calon BN. Malah Pn. Fuziah jua mengaku bahawa tugas sebagai ahli parlimen sangat berat hingga dirinya sendiri sudah tak mampu menanggungnya. Adakah Pn. Fuziah mempertikaikan kemampuan suri rumah untuk menjadi pemimpin???

10.  Namun satu perkara yang jelas adalah kesungguhan Pakatan rakyat menghadapi kedua-dua PRK ini samada di Galas ataupun di Batu Sapi. PR dilihat tidak bersungguh-sungguh dan tidak bersedia untuk menghadapi PRK. Tidak banyak poster PR kelihatan digantung di Galas atau di Batu Sapi. Atau mungkinkah PR sudah ketandusan sumber kewangan bilamana penaja mereka selama ini sudah tidak mampu menaja mereka lagi? Atau PR sedar bahawa tidak ada gunanya untuk mereka bersungguh-sungguh menghadapi kedua-dua PRK ini memandangkan sudah nyata bahawa peluang untuk mereka menang di Galas mahupun di Batu sapi sudah tidak ada lagi.

Show Comments: OR

1 ulasan:









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE