Advertisement - Contact Us

Nurul Izzah tandingi Timbalan Presiden??? Nampaknya Penyangak Azmin bakal berputih mata...

1.  Dah agak dah, mesti nafi punya. Kedua-dua peguam dari PKR yang dikaitkan dengan isu penipuan akuan bersumpah yang telah didedahkan oleh Saudara Rahimi semalam telah menafikan pembabitan mereka menerusi satu sidang media yang diadakan hari ini. Rahimi dituduh berbohong dengan mendakwa bahawa kedua-dua peguam haprak ini memaksanya menurunkan tandangan pada dokumen akuan bersumpah bagi membabitkan Najib dan Rosmah dengan kes liwat Sang Anwar.

2.  Anwar juga menerusi blognya turut menfikan perkara itu dan mendakwa Rahimi cuba berbohong dan menfitnahnya. Mereka mempersoalkan tindakan Rahimi yang hanya mahu mendedahkan perkara setelah lebih 2 tahun perkara ini berlaku. Malah kedua-dua peguam ini juga mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rahimi dan mahu Rahimi menarik balik dakwaan tersebut.

3.  Lebih menarik, seperti yang dijangka, dalam sidang media yang sama, seorang lagi peguam PKR telah mendakwa bahawa wujudnya tangan dari belakang hingga membawa pendedahan oleh Rahimi. Dan pastinya, tuduhan itu ditujukan kepada parti UMNO yang dilihat cuba mensabotaj Sang anwar. Siapa sebenarnya yang paling layak digelar tangan dari belakang??? Bagi SMB, kedua-dua peguam haprak ini lah yang paling sinonim dengan gelaran tangan dari belakang kerana telah menggunakan kuasa mereka sebagai peguam bagi memaksa Rahimi menandatangani surat akuan bersumpah itu.

4.  Semalam, kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang mendakwa bahawa wang ehsan yang diserahkan kembali oleh warga emas masih belum diterima oleh mereka. Mareka juga menuduh bahawa pihak ketiga yang berusaha mengumpul kembali wang tersebut telah menyalahguna wang tersebut untuk kepentingan sendiri. Sungguh singkat pemikiran kerajaan negeri Pulau Pinang. Tidak ada sebab untuk menyalahguna wang tersebut. Wang tersebut akan terus dikumpulkan memandangkan masih ramai lagi warga emas yang bercadang untuk memulangkan wang tersebut.

5.  Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng, beliau mendakwa bahawa tidak mengetahui bahawa perlumbaan kuda yang dianjurkan oleh Kelab Lumba Kuda merupakan satu perjudian. bagaimana seorang Ketua Menteri boleh mengeluarkan dakwaan seperti ini??? Dimanakah pemimpin-pemimpin Pakatan rakyat yang beragama Islam yang lain terutama dari PKR dan PAS termasuk Timbalan Ketua Menteri dan Exca Agama Negeri. Tidakkah mereka sepatutnya sentiasa menjadi penasihat dan tempat rujukan membabitkan isu-isu berkaitan sensitiviti agama islam. Atau mereka ini hanya makan gaji buta sahaja???

6.  Seperkara lagi berkenaan dengan pertandingan kerusi Timbalan Presiden PKR yang akan ditandingi tidak lama lagi. Salah seorang calon yang sudah cukup kuotanya yang juga merupakan Menteri Besar selangor bakal mengumumkan kerusi yang bakal ditandinginya samada timbalan atau naib setelah kepulangan Sang Anwar yang kini berada di luar negara. Malah timbul ura-ura bahawa anak kesayangan Sang Anwar, Nurul Izzah juga berminta untuk bertanding jawatan no 2 PKR ini. Apa reaksi Azmin jika benar Nurul Izzah berminat untuk turut sama masuk gelanggang. Dato' Zaid awal-awal lagi mengibarkan bendera putih jika Nurul Izzah ingin bertanding.

7.  Berkenaan dengan PRK DUN Galas dimana penamaan calon dijadualkan pada 26 Oktober manakala hari pembuangan undi jatuh pada 4 November. UMNO dan Bn bercadang untuk menamakan Setiausaha Agong UMNO Bahagaian Gua Musang, Abdul aziz Yusof, 49 sebagai calon. Seorang lagi nama yang disebut-sebut berpotensi untuk menjadi calon mewakili BN datang dari sayap Pemuda. Beliau adalah Saudara Zamzani Harun, 39 yang juga merupakan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian.

8.  Sementara itu di kem Pakatan Rakyat, Pas dikatakan berminat untuk meletakkan calon dari kalangan orang asli yang berkelayakan. Berdasarkan statistik penduduk, terdapat 1889 orang asli dari 11, 553 jumlah keseluruhan pemilih berdaftar di dalam DUN Galas. Tengku razaleigh yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon mewakili BN dilihat lebih cenderung untuk meletakkan calon lain dan beliau lebih selesa kekal sebagai Ahli Parlimen Gua musang.

1 Ulasan

  1. Biasalah bro, itulah permainan pakatan rompak.... kalau boleh semua perkara buruk dikaitkan dengan UMNO..... sampai su Nuar jolok punggung orang pun dia kata UMNO yang suruh buat....

    Galas, PAS letaklah calon siapa pun.... sebenarnya orang-orang Melayu di Galas terlalu banyak yang sedar akan kepincangan serta pembohongan PAS-PKR selama ini....

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama