Advertisement - Contact Us

Mesti Baca !!! Info menarik berkaitan ATM yang tidak pernah didedahkan...

Di bawah merupakan antara info menarik yang antaranya mungkin sudah diketahui umum berkaitan dengan Angkatan Tentera Di Raja Malaysia (ATM). Namun SMB yakin dan percaya bahawa kebanyakan info ini masih belum pernah didedahkan kepada umum.

Namun begitu, terdapat juga beberapa maklumat yang tidak dapat dipastikan akan kesahihannya. Ada antaranya yang disampaikan oleh sumber tidak rasmi tanpa bukti yang sahih.

Tujuan SMB adalah sebagai satu pengetahuan am kepada para pembaca. Dan yang berminat bolehlah menyiasat dan mengkaji akan kesahihan setiap info yang dinyatakan.


1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.

4.Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny on ship" dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).

5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

6. Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.

9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 - 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.

13. Filiphina pernah "mengacah" sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.

15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari 1979 sehingga sekarang.


16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.

18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)

19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu Komando yang pergi ke filipina utk curi dokumen rahsia adalah SB. Mahathir bagi cash RM100k kpd beliau utk buat model Istana Malacanang (di Pahang kalau tak silap). Setiap hari beliau praktis utk curi dokumen tersebut. Ketika kejadian sebenar, 100% komando Malaysia dikerah berada di Sabah bersedia utk menyerang filipina, sekiranya berlaku kesilapan kpd SB tersebut. Duta Malaysia dan rakan2 sudah lama cabut lari (takut beb). Tapi Alhamdulillah dokumen tersebut berjaya dicuri dan Sabah milik Malaysia sehingga Kiamat , insya ALLAH.....(Fakta tidak dapat disahkan)

20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, "Berani tetapi Gila" dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu. senjata yg di gunakan RPG 2 (search kt google)

26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

27. Kapal peronda TLDM KD Perak karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.

28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera malaysia pada meja pegawai tinggi . tujuannye kerana mbalas dendam kerana jet singapore sering ceroboh ruang udara johor.. mereka mlakukan tugas itu 1 hari je tanpa d kesan. kakitangan komplek pertahanan singapore yg trlibat telah d pecat kerana insiden itu


Terima kasih kepada blogger Buaya Merah atas kesudian berkongsi info yang amat berguna ini...

6 Ulasan

  1. Jika nak cerita camcamerba 29 para, dengan tak cukup fakta dengan tujuan nak mengata, pi hantaq maklumat ni kat bakoi sampah lagi bagus lah....

    perrgh...

    BalasPadam
  2. Setuju dgn tanpa nama 12.25. mcm cerita penglipurlara le pulak....

    BalasPadam
  3. Itu duluuuu.....tapi la ni ATM kena pastikan setiap inci sempadan dan wilayah kita adalah hak kita! macam di Terumbu Layang-Layang, Ambalat, Tubir Tengah, Batu Putih atau dimana saja asalkan ianya wilayah kedaulatan Malaysia.

    BalasPadam
  4. SB atau CAWANGAN KHAS adalah pasukan daripada PDRM bukan ATM...

    pasukan paling BANYAK berjasa bagi membanteras komunis...

    bapak aku juga anggota SB telah ditukarkan daripada 69 komando pada awal 80-an...(grup pertama dan terakhir dari 25 orang 69 komando)

    tugasnya adalah duduk di pos orang asli dan mencari maklumat komunis...

    sebenarnya SB memainkan peranan penting bagi membebaskan MALAYSIA tercinta ini daripada komunis...tetapi unit ini tidak menghebohkan aktivitinya...hanya yang berdampingi mereka je tahu apa itu cawangan khas....

    BalasPadam
  5. jangan marah dia, nih asalnya dari blog military of malaysia..oleh Shahpaskal

    dan tajuk asal, 29 perkara yang anda tidak tahu tentang Malaysia..kot

    tak de pun tajuk sebut ATM ke PDRM ke APMM

    BalasPadam
  6. kalau fakta ini benar sekalipun, tak boleh dedahkan perkara macamnih.. ini dah kira maklumat sulit kerajaan,..

    apa akan jadi kalau musuh2 dapat maklumat macamnih?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama