Jumaat, 8 Oktober 2010

Eksklusif : Pendedahan Konspirasi menjatuhkan Tan Sri Khalid 'Bingai' yang didalangi oleh 'Penyangak' Azmin...

1.  Sah !!! Memang wujud konspirasi yang didalangi oleh pencacai Sang anwar, Azmin Ali untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan sri Khalid. Terima kasih diucapkan kepada Blog AIDC yang telah berjaya mendedahkan bukti rakaman perbualan antara pencacai azmin dan satu lagi individu yang menjadi dalang.

2.  Sememangnya umum sudah mengetahui bahawa azmin memang tidak berpuas hati dengan Tan Sri Khalid. Azmin berniat untuk merampas kedudukan sebagai Pengerusi PKR Selangor yang disandang oleh Khalid. Azmin bertambah panas apabila Khalid menggambarkan cita-citanya untuk sama-sama bertanding merebut kerusi Timbalan Presiden PKR yang sememangnya amat diidamkan oleh Azmin.



3.  Cita-cita Azmin untuk menakluki kerusi no2 PKR ini terpaksa mengharungi ranjau yang diciptanya sendiri. Tindakannya secara jelas cuba untuk menjatuhkan pemimpin lain yang cuba menjadi batu penghalang ke arah mengejar cita-citanya. Antara pemimpin yang dilihat mampu menggugat kedudukannya termasuklah Tan Sri khalid dan Dato' Zaid.

4.  Padahnya, kebanyakan cabang PKR dalam negeri Selangor telah menolak pencalonannya sebagai timbalan Presiden PKR. Cabang dalam Selangor lebih selesa mencalonkan Dato' Zaid atau Mustafa Kamil walhal jika diikutkan, Azmin merupakan Ahli Parlimen dalam negeri Selangor. Ini menunjukkan bahawa kepimpinan PKR Selangor sedar dan sedia maklum akan niat buruk Si azmin.

5.  Azmin secara terang-terangan mempergunakan kedudukannya sebagai orang kuat dan anak emas kepada Sang Anwar untuk memaksa cabang-cabang PKR agar mencalonkannya untuk bertanding kerusi no2 itu. Malah Azmin jua awal-awal lagi telah memaksa dan memanggil Ahli-Ahli parlimen PKR untuk menyatakan sokongan kepadanya secara terbuka.

6.  Sementara itu, siang tadi, 2 orang pembantu kepada wakil rakyat Rawang, Gan Pei Nei telah ditahan polis apabila cuba menghalang kerja-kerja yang dilaksanakan oleh TNB. Turut ditahan adalah seorang lagi penduduk tempatan. Seorang pekarja TNB tercedera apabila ditolak oleh mereka hingga terjatuh ke dalam longkang. TNB telah menerima perintah dari Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan kerja-kerja membina kabel bervoltan tinggi di kampung Sungai Terentang dan pada masa yang sama membayar pampasan kepada penduduk yang terlibat.

7.  Inilah sikap yang sering ditonjolkan oleh penyokong-penyokong haprak Pakatan Rakyat. Cuba menjadi hero tak bertempat kononnya untuk membela hak rakyat. Bagi SMB, tindakan kedua-dua PA dari PR sebenarnya adalah untuk mencetuskan ketegangan dan kekacauan. Mereka akan memulakan kekacauan sehingga memaksa anggota polis mengambil tindakan. Akhirnya mereka akan menyalahkan polis yang kononnya bertindak keterlaluan dan kasar terhadap mereka. Saya percaya penduduk setempat tidak memberi apa-apa masalah kerana hal seperti pasti sudah dirunding dan jalan penyelesaian juga telah termeterai. Kedua-dua 'malaun' ini hanya mahu menangguk di air yang keruh.

8.  Seperkara lagi, satu kaji selidik telah dijalankan oleh UIAM berhubung PRK yang akan berlangsung di DUN Galas. Peratusan populariti memperlihatkan BN memperolehi 55% sokongan manakala populariti Pakatan Rakyat hanya sekitar 37%. Peratusan selebihnya mewakili individu yang masih belum pasti untuk memilih samada BN atau PR.

Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE