Selasa, 5 Oktober 2010

Eksklusif !!! Niat disebalik sumbangan... Rupanya warga emas menerima wang judi berstatus rasuah...

1.  Seperti dijangka, pasti ada kisah di sebalik cerita. Masakan pokok boleh bergoyang jika bukan angin yang bertiup. Begitu juga kisahnya bilamana isu pemberian bantuan membasmi kemiskinan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang diperkatakan.

2.  Jika difikirkan, mustahil Kelab Lumba Kuda mengeluarkan sumbangan sebanyak RM2 juta tanpa ada sebab yang terselindung. RM2 juta bukan satu jumlah yang kecil. Sukar untuk mempercayai jika mengandaikan bahawa Kelab Lumba kuda menyumbang RM 2 juta dengan penuh keikhlasan. Pastinya saya dan seluruh rakyat Malaysia yakin wujud unsur kepentingan atau 'udang di sebalik mee' hingga membuatkan Kelab Lumba Kuda perlu memperuntukkan sebanyak RM2 juta kepada kerajaan negeri.

3.  Dan setelah dinilai dan diselidiki berdasarkan beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan dan disokong pula oleh pendedahan yang dibuat oleh beberapa rakan blogger, memang sah Kelab Lumba Kuda terpaksa mengeluarkan sumbangan tersebut demi untuk mendapatkan sesuatu dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sila fahami sidang media yang pernah dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng...


4.  Lim Guan Eng sebelum ini telah pun mengumumkan penukaran status tanah Kelab Lumba Kuda dari Rizab tanah rekreasi kepada tanah pembangunan bercampur. Ini bermaksud cukai yang akan dikenakan kepada Kelab Lumba Kuda itu juga bakal dinaikkan memandangkan taraf tanah tersebut kini berbeza.

5.  Menurut sumber kadar cukai tanah yang bakal dikenakan akan dinaikkan dari RM493,045 kepada RM2,363,559 setahun. Kenaikkan yang mendadak ini sangat merunsingkan Kelab lumba Kuda itu yang juga berada di bawah naungan Penang Turf Club (PTC). Itu belum lagi dicampur dengan jumlah cukai yang tertunggak yang masih belum dijelaskan sejak dari tahun 2008. Jumlah cukai yang sepatutnya dibayar kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah sebanyak kira-kira RM6.1 juta.

6.  Penukaran status tanah yang diumumkan Guan eng juga telah menaikkan nilai tanah tersebut. Jika sebelum ini, nilai harga tanah milik PTC ini adalah sekitar RM0.54 kaki persegi kini ia meningkat kepada RM2.58 kaki persegi. Lim Guan Eng percaya dan beranggapan bahawa PTC tidak akan menghadapi masalah untuk menjelaskan cukai tersebut sekiranya keuntungan yang dicatatkan oleh PTC yakni sebanyak RM30 juta diambil kira.

7.  PTC cuba mengadakan rundingan dengan Guan Eng bagi membincangkan isu kenaikkan cukai tersebut. PTC meminta agar nilai cukai lama sama sewaktu pentadbiran BN dikekalkan. Namun permintaan PTC telah ditolak oleh Guan Eng. Permohonan ini telah diajukan pada 8 April 2010 yang lalu.

8.  Dan selepas 3 bulan permohonan PTC ditolak, kini PTC telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM2 juta kepada kerajaan negeri atas nama sumbangan sempena membasmi kemiskinan. Apakah niat sebenar PTC menyumbang RM 2juta kepada program anjuran kerajaan negeri di bawah Lim Guan Eng? Bukankah ini mungkin satu cara PTC mengambil hati Guan Eng bagi menimbang semula arahan kenaikkan cukai yang telah diumumkan sebelum ini.

9.  Saya amat yakin dan percaya, wujud double meaning dalam isu sumbangan Kelab Lumba Kuda kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. RM 2 juta tidak mungkin diberikan begitu sahaja melainkan ada niat tersembunyi untuk mendapatkan balasan. Dan jika ini benar, warga emas bukan sekadar menerima wang judi, malah mereka juga menerima wang rasuah dari kerajaan negeri atas kapasiti membasmi kemiskinan...

Sumber : Pejuang Bangsa 
              Media Permatang Pauh


Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE