Advertisement - Contact Us

Benarkah wujud krisis antara Ibrahim Ali dengan Sultan Kelantan yang baru???

1.  Menarik... Gelaran Datuk yang dikurniakan kepada Datuk Ibrahim Ali dari Sultan kelantan di tarik balik. Maklumat ini disahkan sendiri oleh Datuk Ibrahim setelah beliau dihubungi oleh MalaysiaKini. Datuk Ibrahim merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas yang telah memenangi kerusi tersebut dengan menggunakan tiket parti PAS.

2.  Datuk Ibrahim menimbulkan kontroversi apabila beliau turut bertanding dalam PRU walaupun namanya tidak dipilih oleh kepimpinan BN. Beliau yang terkenal dengan tindakan melompat parti bertanding di atas tiket Bebas pada mulanya sebelum menggunakan parti PAS dan memenangi kerusi tersebut. Namun sejak akhir-akhir ini, beliau dilihat lebih cenderung berjuang bersendirian termasuk menghentam PAS, parti yang diwakilinya atas kertas.

3.  Datuk Ibrahim juga terkenal apabila menubuhkan Perkasa yang bermatlamat memperjuangkan dan membela nasib orang Melayu. Di dalam Perkasa, beliau telah mendapat restu dari mantan PM, Tun Dr. Mahathir.

"Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.
Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.

Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.

Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka." - MalaysiaKini

4.  Pastinya timbul persoalan kenapa, gelaran datuk ini ditarik balik. Menurut sumber, Datuk Ibrahim kurang bersetuju dengan pertabalan Sultan Kelantan yang baru. Namun semuanya, masih menjadi teka teki.

1 Ulasan

  1. Tok Ali,.. Elok kita jadi Hang Jebat dari jadi Hang Tuah...

    Hidup tok Ali... hanya rakyat tahu siapa benar..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama