Isnin, 4 Oktober 2010

Azmin vs Zaid : Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya...

1.  Pemilihan peringkat cabang bagi parti PKR terus dilanda pergolakan. Jika sebelum ini memperlihatkan ketegangan berlaku di beberapa tempat seperti di Lembah Pantai, minggu ini perkara sama turut terjadi di Sabak Bernam, Padang Serai dan beberapa cabang lain yang selesai mengadakan mesyuarat.

2.  Seperti yang sudah dijangka, Naib Presiden yang bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan kali ini yang juga menjadi ayam tambatan Anwar, Azmin Ali dengan yakin dan lantang menyalahkan UMNO sebagai dalang hingga berlaku ketegangan di beberapa cabang. Azmin menyatakan demikian sewaktu ditemuramah selepas pemilihan di cabangnya sendiri.

3.  Menurut Azmin, terdapat beberapa calon yang bertanding di peringkat cabang sebenarnya mendapat tajaan dari parti UMNO. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk mencetuskan kekecohan dan ketegangan sekaligus boleh menjatuhkan kredibiliti parti PKR, kononnya...

4.  Inilah cara Azmin dan PKR berpolitik. Seperti juga Anwar, Azmin gemar mencari salah dari luar sebagai punca jika sesuatu perkara negatif berlaku. Azmin tidak pernah menyalahkan diri dan partinya sendiri malah memilih untuk menuding jari kepada UMNO. Walhal jika dilihat, kebanyakan kekecohan yang tercetus sebenarnya berpunca dari kelemahan dalaman PKR itu sendiri.

5.  Azmin sebenarnya tersilap dalam percaturannya jika masih lagi beranggapan bahawa rakyat Malysia ini bodoh, buta dan pekak. Rakyat sudah dapat menilai apa sebenarnya yang berlaku dalam PKR. Rakyat tahu kebanyakan yang berada dalam PKR sebenarnya adalah dari kalangan samseng yang gemar memberontak dan menolak jalan diplomasi. Reformasi yang diperjuangkan sebelum ini sebenarnya retorik dan sekadar untuk mendapatkan kuasa, akhirnya ia terbawa-bawa dalam PKR sendiri.

6.  PKR juga mengamalkan kronisme dan nepotisme. Jika sebelum ini mereka menuduh UMNO, kini semuanya berbalik kepada mereka. Ia ibarat meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri. Mereka yang berkuasa akan kekal berkuasa walau dengan apa cara. Jika ada pihak yang ingin menentang, akan mereka cantas dengan sadis seperti yang bakal berlaku kepada Dato' Zaid Ibrahim.


7.  Bagi saya, tidak mustahil pemilihan PKR kali ini akan menjadi pemilihan terakhir. Walaupun secara luaran, Pemimpin PKR bijak menutup kepincangan yang berlaku, tetapi hakikatnya rakyat dapat menghidu barah yang sedang merobok dan akan membinasakan PKR. Sistem yang cuba diamalkan PKR juga sebenarnya banyak kelemahan dan membawa banyak keraguan.

8.  Apa yang menyedihkan kini adalah gara-gara ketamakan kuasa di bawah panji reformasi mengakibatkan banyak perpecahan berlaku terutama melibatkan orang-orang Melayu. Pihak yang sedang sibuk bertepuk tangan dan hanya menanti masa untuk menyelinap masuk pastinya datang dari DAP. DAP kini bijak bermain tarik tali ekoran keretakan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu. Malah Kit Siang sendiri sedang mengatur strategi untuk menakluk kerusi no 1 negara sebagai PM. Kit siang tahu bahawa Anwar tidak layak menjadi PM jika PR berkuasa sekiranya rekod mahkamah dan beberapa perkara lain dibangkitkan dan diambil kira. Jadi, jika bukan Anwar siapa lagi selain Kit Siang.

9.  Sedar-sedarlah wahai orang Melayu. Cukuplah kita memberi muka kepada orang lain sehingga ada yang kini berani memijak kepala dan cuba mempertikaikan hak-hak yang selama ini tidak pernah dibangkitkan. Jangan lah kita terus alpa dan menjadi bodoh sehingga dengan mudah dipergunakan hanya bermodalkan sedikit kuasa dan wang. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Show Comments: OR

0 comments:

Catat Ulasan









Jasper Roberts - Blog

 
REPLACE-WITH-FACEBOOK WIDGET-CODE-HERE