Advertisement - Contact Us

Azmin vs Perkasa : Azmin mula cuak dengan kehadiran Perkasa... Azmin bakal ditentang habis-habisan...

1.  Berita baik dari Melbourne, Australia. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir telah dibenarkan keluar dari hospital setelah selesai menjalani rawatan di sana. Tun M dimasukkan ke hospital di Australia selepas mengadu sakit dada dan batuk. SMB mendoakan agar Tun M cepat sembuh seperti biasa. Khidmat dan sumbangan Tun masih dan amat diperlukan oleh negara terutamanya dan seluruh masyarakat dunia amnya.

2.  SMB juga mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang menggelarkan Tun M sebagai pemimpin yang 'tersungkur' di Australia. Azmin tidak sepatutnya begitu celupar terhadap seorang negarawan yang telah banyak berjasa kepada negara Malaysia. Perlu diingat, tanpa peranan yang dimainkan oleh Tun M selama ini belum tentu azmin boleh berada di kedudukannya sekarang. Dasar Tun M yang begitu memperjuangkan kedudukan orang Melayu di Malaysia sebenarnya telah memberi ruang kepada Azmin dan bossnya, Anwar untuk terus bersuara dan bergelar pemimpin.

3.  Azmin dan Anwar mungkin kini hanya sekadar pencacai di bawah sekiranya Tun M mewujudkan dasar keterbukaan dan menghapuskan hak-hak istimewa bumiputera sewaktu zaman kepimpinannya. Azmin sememangnya tidak berpuas hati dengan tindakan Tun M yang telah menyingkirkan Sang Anwar dari kedudukan TPM secara sadis. Perlu diingat, inilah yang dinamakan politik. Siapa yang berada di atas, dialah yang berkuasa. Malah Anwar sendiri pernah menjatuhkan pemimpin secara kejam seperti yang pernah berlaku kepada Tun Ghafar Baba. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa kini Azmin juga sedang melangkah dengan gaya yang sama untuk menjatuhkan dan membunuh karier politik Dato' zaid Ibrahim.

4.  Bercakap soal Perkasa, bagi SMB, tidak ada masalahnya dengan perjuangan yang dibawa oleh Perkasa selagi ia bertujuan untuk memperjuangkan perlembagaan dan menjaga hak-hak yang sepatutnya dipelihara.
Yang menjadi masalah adalah sikap Azmin yang mula berasa tergugat dengan kehadiran Perkasa. Azmin mula tidak tidaur lena apabila melihat sokongan padu yang diterima oleh Perkasa malah ia turut melibatkan ahli-ahli PKR. Azmin sedar agenda yang diperjuangkan oleh Perkasa adalah sama dengan apa yang pernah dilaung-laungkan oleh PKR sebelum ini. Bezanya, Perkasa selaku NGO dilihat lebih bebas dan telus dalam merealisasikan perjuangannya berbanding PKR yang hanya bermotifkan politik.

5.  Selain itu, dengan kewujudan Perkasa, Azmin melihat matlamat PKR yang mahu melihat perpecahan di kalangan orang Melayu menghadapi kesukaran untuk tercapai. Azmin sedar, perpaduan orang Melayu hanya akan merencatkan matlamatnya dan Anwar untuk berkuasa di Putrajaya. Perpecahan di kalangan orang Melayu memudahkan Azmin dan Anwar mempergunakan orang Cina dan india sebagai platform untuk mereka menakluki Putrajaya. Mereka mungkin belum sedar bahawa orang Cina terutama Lim Kit Siang juga bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan pastinya Kit Siang akan cuba mengeksplotasi perpecahan yang berlaku dalam masyarakat Melayu, sekiranya ia benar-benar berlaku.

6.  SMB juga menyokong saranan Perkasa yang mahu melihat Mustafa Kamal dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR dengan menewaskan Azmin dan Zaid. Perkasa percaya, Mustafa dilihat lebih berpendirian dan tahu asas perjuangan sebenar memandangkan beliau juga asalnya dari Abim. Lain halnya dengan Azmin yang hanya layak menjadi budak suruhan Anwar atau 'budak bancuh kopi' (seperti yang digelar oleh Perkasa. Azmin cuba sedaya-upaya untuk memberi tanggapan negatif kepada perjuangan Perkasa dengan menggelar Perkasa sebagai NGO yang memperjuangkan pemikiran sempit dan rasis. Bagi SMB, Perkasa perlu ada dalam senario politik negara bagi mengimbangi kebangkitan masyarakat bukan Melayu yang dilihat semakin berani mempersoalkan kontrak sosial yang selama ini amat dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia.

7.  Sikap dan tindakan Azmin sebenarnya tidak ubah seperti apa yang pernah dilakukan oleh bossnya, Sang anwar. Demi kuasa, azmin sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamat dan kepentingannya dalam politik boleh tercapai. Tidak kiralah cara baik atau kotor, Azmin pasti akan bertindak menjatuhkan sesiapa sahaja yang menjadi penghalang dalam usahanya mengejar cita-cita jahatnya. SMB yakin, antara matlamat utama Azmin adalah untuk berada di atas dalam tempoh waktu yang paling singkat.

8.  Jika diimbas kembali, itu jugalah sifat Sang anwar. Lihat sahaja Anwar mampu melompat satu persatu anak tangga dari tanpa kedudukan hanya sekadar Presiden abim hingga berjaya dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Anwar jugalah menjadi salah satu punca pergolakan yang berlaku kepada UMNO hingga ia diharamkan pada tahun 1987. Anwar juga telah membunuh karier politik Tun Ghafar Baba dengan cara yang amat memalukan. Malah, Tun Ghafar pernah mengaku bahawa tindakan Anwar itu adalah satu perkara yang paling menyedihkan dan dikenang hingga beliau menghembus nafas terakhir.

9.  Hingga tahun 1997, anwar cuba sekali lagi dan kali ini pemimpin yang sepatutnya menjadi mangsa Anwar adalah bossnya sendiri, Tun Mahathir yang juga individu bertanggungjawab membawa Anwar ke kancah politik UMNO. Bezanya kali ini langkah Anwar menjadi sumbang. Hasratnya untuk menjatuhkan Tun mahathir telah dapat dihidu dari awal. Malah atas kebijaksanaan Tun Mahathir, beliau berjaya mengesan satu tabiat pelik di dalam diri Anwar yang merupakan seorang biseksual. Walaupun Anwar cuba berselindung di sebalik kewarakannya, namun bukan senang menutup bangkai gajah. Akhirnya Anwar dijatuhkan dan ditendang kepenjara.

10.  Begitu juga halnya dengan Azmin. Azmin benar-benar bersedia untuk menyingkirkan sesiapa sahaja yang cuba menghalang matlamatnya. Jika sewaktu Dato' zaid keluar dari UMNO bagi menyertai PKR, beliau digelar wira. Kini Dato' Zaid dihentam habis-habisan oleh Azmin dan orang suruhannya setelah menyatakan minat untuk bertanding kerusi Timbalan Presiden PKR. Tak kira apa yang berlaku dalam PKR. Nak terbalik ke, nak tertunggang ke, nak tertiarap atau nak apa pun, yang menjadi harapan SMB adalah untuk melihat orang Melayu kembali bersatu padu bagi memastikan kuasa tetap menjadi milik orang Melayu. SMB juga menggesa agar Azmin memohon maaf atas keceluparannya terhadap Tun Mahathir.

Insaflah wahai orang-orang Melayu. Jangan nanti bila negara sudah tergadai baru nak tersedar. Pada masa itu segala-galanya sudah terlambat. Mustahil untuk kita merampas kembali jika maruah dan negara kita sudah terlepas dari tangan kepada orang lain. Jadikanlah Singapura dan kini Pulau Pinang sebagai ikhtibar. Apa jadi dengan orang Melayu... Tidak lebih hanya sekadar menumpang di bumi sendiri. Sehinggakan halal haram pun dipermainkan oleh orang lain.

1 Ulasan

  1. Takan melayu hilang di dunia..adakah masih relevan,kata-kata hikmat itu?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama