Advertisement - Contact Us

Anwar tunjuk 'terrer' di Indonesia. Inilah cara Anwar menjual maruah Malaysia kepada pihak luar...

1.  Kepala Si Lanun berketurunan jin Aprit kini berada di Indonesia. Kita pun tak pasti apa tujuan dan matlamat Sang Anwar ni mengunjungi Indonesia. apa yang pasti dan jelas, tidak lain dan tidak bukan Sang Anwar pasti mempunyai tujuan yang tidak baik untuk menjahanamkan negara dan sekaligus untuk menaikkan populariti dirinya terutama di rantau Asia Tenggara.

2.  Umum sudah sedia maklum bahawa suara Anwar di Malaysia suadah lagi tidak laku dan tidak dihiraukan lagi. Apatah lagi satu-persatu kejahatan, penipuan dan kemaksiatannya kini kian terbongkar. Mahu tidak mahu, Anwar terpaksa mencari alternatif lain untuknya bersuara. Indonesia menjadi pilihan kerana di sana terdapat ramai rakan sekongkolnya.

3.  Selain itu, isu masalah hubungan yang wujud antara Malaysia dan Indonesia akhir-akhir ini cuba dieksplotasi oleh Sang Anwar. Mungkin disebabkan kejaguhan Sang Anwar di bumi Malaysia sudah terhakis memaksa Sang Anwar ke Indonesia untuk mencelah setidak-tidak menjadi hero yang haprak. Maka berduyun-duyunlah para media Indonesia datang untuk mendengar Sang Anwar mengangkat diri sendiri.

4.  Sang Anwar dengan nada angkuh memberi jaminan bahawa masalah hubungan antara Malaysia dan Indonesia yang dapat diselesaikan dengan mudah dan segera jika dirinya menjadi PM Malaysia. Dia juga menuduh bahawa kerajaan Malaysia tidak cekap hingga membiarkan isu hubungan ini berlarutan.

5.  SMB tidak pasti apakah cara yang bakal diambil oleh Sang anwar untuk menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera. SMB percaya, tidak mustahil Sang Anwar sanggup menggadaikan negaranya sendiri hanya semata-mata untuk memperlihatkan dirinya sebagai seorang wira yang mampu menyelesaikan apa jua masalah.

6.  Selain itu, Sang Anwar memuji media Indonesia yang disifatkannya sebagai lebih adil, telus dan terbuka. Dalam masa yang sama, Anwar menyelar media Malaysia terutama utusan Malaysia yang dikatakan terlalu pro kerajaan dan tidak boleh dipercayai. Sidang media seperti ini sebenarnya adalah sesuatu yang sangat dinanti-nantikan oleh segelintir media Indonesia. Apatah lagi dengan kehadiran Anwar yang pasti membawa mesej untuk memburuk-burukkan negara Malaysia.

7.  Dalam sidang media yang sama, Sang Anwar juga memuji Indonesia yang disifatkan sebagai sebuah negara demokrasi tulen, reformasi tanpa huru hara, mempunyai media yang adil dan menganggap bahawa pertumbuhan ekonomi Indonesia jauh lebih baik dari Malaysia. Inilah sifat sejati Anwar. Seorang yang lidahnya bercabang. Mengangkat pihak lain secara melampau dan pada masa yang sama mengharapkan balasan. Dan sanggup membuka pekung di dada asalkan matlamat peribadinya tercapai. ADAKAH INI PEMIMPIN YANG LAYAK UNTUK DIANGKAT SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA???

8.  Di samping itu, tatkala Sang Anwar sedang sibuk menghentam Malaysia, tiba-tiba seorang dari kalangan media mempersoalkan tindakan Anwar yang ponteng dari sidang Dewan Rakyat. Tak semena-mena Anwar menjadi berang. Tanpa menjawab persoalan itu, Anwar menuduh segelintir media yang gemar menyerangnya dan parti PKR. Bagi Anwar, tidak adil hanya dirinya diserang walhal PM dan TPM juga tidak menghadiri sidang dewan Rakyat.

9.  Betapa bodohnya Sang anwar ini. Hendak membanding-banding dirinya dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Kedudukan dirinya yang hanya sebagai pembangkang, bukanya pemimpin yang mentadbir urus kerajaan dan negara Malaysia. Mungkin disebabkan kedudukan Sang Anwar yang kini hanya berada di hujung karier politiknya memperlihatkan dengan jelas akan kebodohan dan kedangkalan dirinya sendiri dalam semua situasi.

1 Ulasan

  1. Si Nuar Jubor nih fikir kalau Thaksin memalukan Thailand di Cambodia, dia pun boleh memalukan Malaysia di Indonesia. Terkini, Nuar Jubor telah terima dana Yahudi melalui bank di Indonesia utk PRK Galas dan Batu Sapi. Azmin n Nik Nazmi jadi orang tengah.
    Fuckatan akan membuat serangan luar biasa terhadap BN/UMNO/PBS setelah dana besar diperolehi...akan berlaku 'tikam belakang' dan 'divert issue' dalam seminggu ni hasil kerja kotor duit haram tu.
    "Cuma nak pesan Bajet 2011 tu kalau tak pro rakyat jgn haraple boleh galas, silap-silap jadi batu atau sapi jer" nak faham, faham ler...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama