Advertisement - Contact Us

Anwar mempertaruhkan P. Pinang di meja judi... Sungguh laknat Si 'Bangsat' Anwar...

1.  Bahaya... Jika dilihat senario politik semasa, maka tidak mustahil peristiwa 13 Mei boleh berulang kembali. Apatah lagi jika 'Perjanjian Sulit' yang baru didedahkan antara PKR dan DAP diambil kira. SMB beranggapan bahawa sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa mengambil berat akan hal ini. Malah sudah sampai masanya pihak istana turut mencampuri hal ini bertujuan untuk kembali meredakan keadaan terutama membabitkan hubungan antara kaum di Malaysia.

2.  Syabas diucapkan kepada YB Kulim/Bandar Baru, Saudara Zulkifli Nordin yang telah mendedahkan banyak perkara sewaktu beliau membahaskan usul pembentangan Bajet 2010 di Dewan rakyat. Malah beliau juga turut menyentuh dan mengimbas kembali tragedi hitam 13 Mei sebagai pengajaran buat seluruh rakyat Malaysia.

3.  Berkenaan dengan 'Perjanjian Sulit' yang didedahkan beliau, SMB pernah menyatakan akan kewujudan hal seperti ini dalam artikel yang lepas. Memang tidak mustahil wujud perjanjian antara DAP dan PKR, jika tidak masakan DAP dan PKR masih mampu bertahan untuk terus bersekongkol di bawah Pakatan Rakyat. Apa yang dinantikan hanyalah PRU yang akan datang. PRU ini bakal menentukan samada perjanjian itu akan menjadi realiti, atau PR akan berpecah dan berkubur.

4.  Anwar sememangnya telah menjadikan Pulau Pinang sebagai bahan taruhan dalam perjudian politiknya. Kegagalan Bn mempertahankan Pulau Pinang pada PRU12 adalah merupakan satu kesilapan yang sangat besar. Padah kekalahan BN kini sudah mula dirasai terutama oleh kaum bumiputera di Pulau Pinang. Kejayaan DAP mengambil alih tampok kepimpinan di Penang dipergunakan sebaik mungkin oleh barisan penyangak DAP.

5.  Matlamat DAP setelah berjaya memerintah Penang adalah untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka menjelang PRU 13 yang bakal tiba ini. Tidak hairan kenapa statistik daftar pemilih di Penang memihak kepada DAP dengan jurang yang besar berbanding UMNO dan BN. Boleh dikatakan DAP sudah berjaya menguasai lebih 80% pengaruh mereka di kawasan pulau.

6.  Tindakan mereka mengambil alih tanah milik kerajaan negeri terutama di sebelah pulau bertujuan untuk mengusir penduduk di situ yang mana rata-rata kebanyakannya melibatkan kaum bumiputera yang juga merupakan pengundi UMNO. Mereka kemudiannya membina rumah mewah di atas tanah yang dirampas yang pastinya akan dimiliki oleh orang kaya yang juga kebanyakannya adalah orang Cina dan bangsa asing.

7.  DAP sememangnya amat berminat untuk berkuasa di Penang. Penang merupakan sebuah negeri yang mempunyai kadar pertumbuhan ekonomi yang baik, peluang membawa masuk pelabur yang lebih mudah dan mempunyai kepelbagaian prospek untuk dimajukan dan ini semua amat diidam-idamkan oleh DAP. DAP mempunyai cita-cita untuk menjadikan Penang seperti Singapura bersesuaian dengan konsep 'Malaysian Malaysia' yang diperkenalkan oleh mereka.

8.  Perjanjian sulit antara DAP dan PKR terutama mleibatkan Penang adalah satu perkara yang amat diingini oleh DAP. Ianya seperti 'orang mengantuk disorongkan bantal'. Apatah lagi status Penang yang tidak beraja akan memudahkan lagi cita-cita politik DAP. Anwar sedar akan hal ini. Tetapi disebabkan dek kuasa, maka perjanjian haram ini termeterai jua.

9.  Peluang BN untuk merampas kembali pentadbiran BN dilihat agak tipis. Banyak perkara perlu dilakukan oleh BN dan ia perlu dimulakan sekarang. Untuk menguasai dewan Negeri, BN tidak boleh hanya mengharapkan kerusi di bahagian Seberang Perai sahaja kerana ia tidak mencukupi. Mahu tidak mahu BN perlu menguasai beberapa kerusi DUN di bahagian pulau. Ini lah yang menjadi masalah. Ditambah pula dengan pergolakan yang berlaku dalam Gerakan dan MCA, ini hanya akan menyulitkan lagi keadaan.

10. Mungkin satu cara yang boleh dilakukan, itu pun jika masih berkesempatan adalah dengan kembali menyatukan semula orang Melayu yang kini semakin berpecah belah angkara Sang Anwar. PAS sepatutnya sudah mulai sedar akan kedudukan mereka di mata Anwar hanya sekadar 'melukut di tepian gantang'. PAS yang dipergunakan sepenuhnya demi untuk merealisasikan cita-cita politik Anwar. Hanya dengan perpaduan, maka orang Melayu akan dapat mempertahnkan tanah mereka yang kian terhakis terutam di tempat-tempat yang majoritinya Melayu seperi di Balik Pulau dan beberapa kawasan lagi.

2 Ulasan

  1. Salam bro,

    LAMAN WEB DAN BLOG TERKINI PRK PARLIMEN BATU SAPI DAN DUN GALAS
    http://malaysiansearch.com

    BalasPadam
  2. blog saudara telah dipautkan ke http://suaramajlis.blogspot.com mohon dipautkan keblog sdr.tq

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama