Advertisement - Contact Us

Ansari sekadar 'Kuda Tonggekkan' Sang Anwar manakala Dr. Zul hanya 'Kuda Tempangan' Nik Ajis...

1.  Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum tempoh bagi penamaan calon PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi bermula. Ini bermaksud gelanggang pertarungan merebut jawatan sebagai wakil rakyat di kedua-dua kerusi bakal dibuka. Walaupun gendang perang sudahpun dipalu namun secara rasminya hanya akan bermula esok pagi.

2.  Hakikatnya kesemua parti yang bercita-cita untuk menduduki kerusi-kerusi tersebut sudah pun mengumumkan 'jenaral' yang akan menjadi taruhan di sana. Namun begitu, kata akhirnya hanya akan ditentukan esok pagi. Al-maklum, kadang kala Si 'Jenaral' pun terlupa membawa pedang untuk berperang. Akibatnya pencalonan ditolak setelah tempoh bagi penamaan calon tamat secara rasmi.

3.  Di Galas, PAS dengan nada sinis mempertikaikan pemilihan Aziz sebagai calon BN. Kononnya PAS menuduh Ku Li sengaja memilih calon yang tidak celik IT dan hanya sekadar memperolehi pangkat 3 dalam SPM. Entah lah apa matlamat PAS. Mungkin bertujuan untuk menutup kelemahan calonnya yang jauh lebih buruk akhlaknya walaupun dari segi akademik bergelar Dr.

4.  Perlu diingat, Dr yang menjadi taruhan PAS sebenarnya pernah ditangkap berkhalwat bersama pasangannya sebelum ini. Nasib baik Dr. ni menganut agama bawaan PAS. Maka secara automatik salah laku yang pernah dilakukannya menjadi halal dan mulia di mata ulama PAS, terutama di mata Nik Ajos. Bayangkan jika salah laku ini dilakukan oleh calon BN. Maka bertalu-talulah kutukan, cacian, makian disusuli dengan hadis dan nas bakal terbit dari mulut masam pemimpin PAS.

5.  Malah menurut sumber, terdapat gesaan dari seglintir barisan Pemuda PAS yang mahu bakal calon PAS iaitu Si 'Dr.' ni ditukar dengan calon lain menjelang penamaan calon, esok. Ini kerana mereka tidak mahu calon 'recycle' kembali bertanding dalam PRK Galas. Si 'Dr.' ni sebenarnya pernah tewas di tangan Ku Li dalam PRU tahun 2004. Apatah lagi ditambah dengan kes salah laku yang amat memalukan dan hanya akan menjatuhkan martabat PAS sebagai sebuah Parti yang memperjuangkan Islam. Mereka lebih mahukan Ketua dewan Pemuda PAS kawasan, Ustaz Hussain sebagai calon di Galas.

6.  Itu di Galas. Di Batu sapi pun tidak kurang menariknya. Ini berikutan Parlimen Batu Sapi bakal memperlihatkan pertarungan sekurang-kurangnya 3 penjuru. BN meletakkan pemimpin Wanita PBS yang juga merupakan isteri bekas ahli Parlimen yang telah terbunuh dalam kemalangan jalanraya. Pembangkang pula akan ada 2 calon setelah gagal mencapai kata sepakat antara PKR dan SAPP.

7.  Anwar dilihat begitu terdesak untuk meletakkan calon di Batu Sapi. Walaupun sebelum ini anwar pernah berjanji untuk memberi ruang kepada pakatan pembangkangnya di Sabah untuk bertanding jika ada PRK. Namun Anwar terpaksa memungkiri janjinya. Ini kerana, Anwar terpaksa mencari jalan untuk menaikkan semula populariti PKR yang sebelum ini jatuh merudum berikutan kes liwatnya dan isu pergolakan dalaman yang melanda pemilihan tertinggi PKR hingga membawa kepada ketegangan yang berpanjangan.

8.  Akibat isu negatif yang timbul dalam PKR membuatkan rakyat semakin muak dan meluat dengan kemelut yang melanda PKR dan Anwar sedar perkara ini. Rakyat mula menganggap bahawa PKR tidak lebih hanya seperti 'meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri'. Mahu tidak mahu Anwar terpaksa meletakkan calon di Batu Sapi sekurang-kurangnya sebagai platform untuk dirinya muncul untuk kembali memperdaya rakyat dengan tipu muslihatnya.

9.  Anwar sedar calonnya Ansari tidak akan mampu menawan kerusi Batu Sapi jika dibandingkan dengan calon SAPP, Yong Teck Li yang juga merupakan orang lama dan berpengaruh dalam politik Sabah. Ansari hanya sekadar kuda hitam tunggangan Anwar, bukan untuk memecahkan undi, tetapi hanya sebagai peluang untuk Anwar mengembalikan semula populariti dirinya dan PKR.

10. Pertembungan di batu Sapi sebenarnya lebih terarah kepada 2 penjuru iaitu antara calon BN, Datin Linda dan calon SAPP, Yong Teck Li. Calon SAPP dilihat mengharapkan sokongan padu dari masyarakat Cina yang menjadi majoriti kedua terbanyak iaitu 42%. Manakala Datin Linda dijangka menerima sokongan penduduk bumiputera yang menguasai 58% termasuk yang bukan beragama Islam. ANSARI ??? Biarlah Sang anwar je yang sokong dia...

2 Ulasan

  1. kalau hantar satu malaysia jentera umnongok pon
    belum tentu boleh menang kat galas baik hantar mak cik felda je jadi calon hehehehehehehe

    BalasPadam
  2. dari letak calon recycle PAS , baik letak botol kicap jadi calon PAS. kalah nanti boleh recycle balik botol tu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama